Tuesday, 18 September 2012

Tugasan - 19 September 2012

Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadirkan diri pada hari Rabu, 19 September. Bagi kelas Bahasa Melayu, para pelajar dikehendaki pergi ke Info Hub dari pukul 9.45 hingga 10.35 pagi.

Untuk tugasan, sila rujuk pada Buku Latihan (warna kuning). Buat latihan Bahagian B dari Latihan 1B hingga sekurang-kurangnya 5B atau lebih. Nur Nadiah, sila pastikan semua pelajar melaksanakan semua tugasan.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

Wednesday, 29 August 2012

Tugasan - 30 Ogos 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kamu perlu berada di Info Hub untuk masa kelas Bahasa Melayu (1105 - 1155). Setiap pelajar dikehendaki menggunakan masa untuk membuat latihan Peribahasa di buku latihan.

Wakil kelas : Nur Nadiah


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 28 August 2012

Kelas tambahan dan mock exam

7 Sept 2012(Jumaat) Di kelas Melayu

Mock Exam:
8 pagi - 10 pagi -> Kertas 1
10:30pagi - 12 tengah hari -> Kertas 2

2 petang - 4 petang -> latihan (buku latihan)

* Bawa bekal sendiri
* Makan tengah hari & Solat Jumaat (12 tengah hari - 2 petang)

Tuesday, 31 July 2012

Tugasan (Diberi pada 31/7/12)

Karangan 13A:
Dihantar 13/8/12



Pemahaman 5:*
Dihantar 13/8/12
Jawapan di kertas foolscap
*Masih dibuka untuk perbincangan


Performance Task

Monday, 16 July 2012

Majlis Perkahwinan - Perbandingan

Para pelajar arif budiman,

Selepas menonton video ini, kamu dikehendaki untuk berkongsi pendapat berdasarkan soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Apakah persamaan di kededua majlis perkahwinan ini?
2. Apakah perbezaan di kededua majlis perkahwinan ini?
3. Pada pendapat kamu, majlis perkahwinan yang mana satu pilihan kamu? Mengapa?


Majlis Perkahwinan A




Majlis Perkahwinan B





Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Friday, 13 July 2012

Acara Bulan Bahasa 2012

Kepada Waris Para Pelajar,

Dengan sukacitanya, pihak sekolah memaklumkan tentang aktiviti yang boleh diikuti para pelajar SST serta ahli keluarga masing-masing. Memandangkan Unit Bahasa Melayu SST mempunyai hubungan kerja yang erat dengan pihak NLB, kami amat mengalu-alukan sokongan para pelajar serta ahli keluarga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak NLB.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Perpustakaan Daerah Jurong (Jurong Regional Library). Semua pelajar dijemput hadir untuk mana-mana aktiviti. Ahli keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan acara Bulan Bahasa 2012.

PERPUSTAKAAN DAERAH JURONG, SABTU, 14 JULAI 2012

MASA

AKTIVITI

TEMPAT

PENYERTAAN (√)

2.30 – 3 ptg

Aktiviti Bercerita

Kawasan Perpustakaan

3.15 – 3.45 ptg

11 pg – 1 ptg

Bual-bual Seni – Bual & Tunjuk oleh Sri Warisan

Programme Zone

2 – 5 ptg

Alunan Ekspresiku oleh Jawatankuasa Penganjur Bulan Bahasa 2012

Daerah

Verging All Teens

1 – 5 ptg

Pondok Aktiviti oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

Kawasan Perpustakaan

2 – 3 ptg

Sembang Sastera : Cerna Ilham

Programme Zone

3 – 4 ptg

Pelabgai Inspirasi, Satu Suara: 365 Tukilan Menemani Anda Setiap Hari oleh Rita Zahara & Sarkasi Said

Programme Zone

4 – 5 ptg

Celatah Si Comel oleh Warna

Kawasan Perpustakaan

4 – 5 ptg

Sembang Dikir : Menjana Identiti Tulisan Kita oleh Lam Soon MAEC Youth, Keris Movements

Programme Zone

Sekian terima kasih.

Cikgu Azizah Bte Ahmad

bagi pihak Jabatan Bahasa Ibunda, Sekolah Sains & Teknologi

Sunday, 24 June 2012

Pertemuan Sekali Lagi...


Selamat sejahtera,

Harapan agar semua mendapat rehat yang secukupnya. Kita akan bertemu lagi. Buat masa ini, awak boleh dapatkan jadual kelas dari googlesite atau daripada guru kelas.



Sila pastikan bahawa awak bawa Fail Bahasa Melayu serta Lampiran (tugasan cuti sekolah bulan Jun). Semoga kita menjadi lebih bersemangat untuk menempuh cabaran-cabaran baru. Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Wednesday, 30 May 2012

Karangan

Peta Minda (Latihan Amali)

-Melalui Shared Google Doc (Share bersama Cikgu)
-Ikut Giliran
-Mulakan setiap Isnin, selepas menghantar Karangan, (3 ptg, lepas sekolah)
-Hingga Jumaat, 10.35 pagi
-Buat Karangan (Jumaat - Ahad)

Jadual Karangan: 

4th June - Latihan 4A
11th June - Latihan 5A
18th June - Latihan 6A
25th June - Latihan 7A
2nd July - Latihan 8A
9th July - Latihan 9A
16th July - Latihan 10A
23rd July - Latihan 11A
30th July - Latihan 12A
6th August - Latihan 13A
13th August - Latihan 14A
20th August - Latihan 15A
27th August - Latihan 16A

Lisan


Jadual untuk Lisan: 

21st June - Latihan (11am TEPAT!)
27th June - Peperiksaan EOY (1.30pm di ML Room) 

Friday, 11 May 2012

Kelas Bahasa Melayu - 22 Mei 2012 (10 pagi hingga 11.30 pagi)

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kelas ini akan diadakan di Info Hub. Memandangkan saya akan berada di Brunei pada ketika itu, saya akan berikan tugasan yang harus diselesaikan.

Nur Nadiah Ismail, sila bantu untuk pastikan semua pelajar mengikuti apa yang telah ditugaskan. Pustakawan, Puan Manju, telah pun menempah bilik 'Discussion' untuk kegunaan awak. Sila lapor diri pada beliau apabila awak ke Info Hub.

Kelas 3ML pun akan bersama pada ketika itu. Kededua kelas akan berada di bilik yang berasingan. Sila pastikan tiada pelajar lain yang berada di bilik 'Discussion' itu. Ini untuk memastikan awak semua boleh melaksanakan tugasan tanpa gangguan.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Wednesday, 9 May 2012

Kelas Bahasa Melayu - 10 Mei


Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah.  Kaki saya masih bengkak.

Untuk kelas Bahasa Melayu, sila pergi ke Info Hub.  Saya telah maklumkan hal ini kepada pustakawan ('libarian').  Saya minta kerjasama semua untuk berada di tingkat bawah bahagian Info Hub.  Nur Naidah, sila bantu saya untuk pastikan bahawa semua berjalan lancar.

Sila gunakan masa untuk selesaikan tugasan Performance Task.  Saya harap tugasan ini dapat dihantar pada hari Selasa, 15 Mei.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Monday, 16 April 2012

Kelas Bahasa Melayu - 17 April 2012

Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadir pada hari Selasa, 17 April. Sila pastikan kamu duduk di kelas sendiri dan selesaikan tugasan yang diberikan. Kamu dikehendaki rujuk pada arahan-arahan berikut bagi memastikan masa kamu digunakan sebaik mungkin.

1. Buat latihan Bahasa di buku latihan.

2. Buat latihan Soalan A1 hingga selesai.

3. Jika sudah selesai Soalan A1, sila beralih ke Soalan A2.

Semoga masa dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad





Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3HML)

Petikan : Isnin, 16 April 2012, Kawal risiko di dalam talian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Laman rangkaian sosial kian menjadi pelantaran lumayan untuk aplikasi pihak ketiga.” Pada pendapat kamu, mengapakah laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada artikel ini dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah rangkaian sosial penting dalam kehidupan remaja? Jelaskan. (6 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 19 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3HML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada artikel ini dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah latihan jasmani dapat mendisiplinkan diri? Jelaskan.

(6 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 3 April 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 3HML)

Petikan : Selasa, 3 April 2012, Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Kunjungan ke Beijing dan Xian ibarat kelas Sejarah di luar bilik darjah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah darmawisata perlu dilaksanakan untuk setiap pelajar? Jelaskan. (6 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Perbincangan (Media Sosial)

Para pelajar arif budiman,

Setelah menganalisa teks "Gejala Sosial", kamu dikehendaki melakar karangan eksposisi.

Soalan : Media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam zaman berteknologi tinggi. Pengaruh ini adakalanya mendatangkan kesan positif dan negatif. Bincangkan kesan-kesan daripada pengaruh negatif media sosial dan langkah-langkah menanganinya.

Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Ilya
2. Perenggan 2 : Isi (kesan dari pengaruh negatif) = Nur Nadiah
3. Perenggan 3 : Isi (kesan dari pengaruh negatif) = Norul
4. Perenggan 4 : Isi (kesan dari pengaruh negatif) = Nadiah
5. Perenggan 5 : Isi (langkah untuk menanganinya) = Fatin
6. Perenggan 6 : Isi (langkah untuk menanganinya) = MHakeem
7. Perenggan 7 : Penutup = Iskandar




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad







Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3HML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak

$225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib

baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan

pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini dan jelaskan jawapan kamu

dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah khidmat bantuan kewangan yang disediakan TYA dapat

membantu golongan yang memerlukan pada jangka masa panjang? Jelaskan.(6 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 29 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Gejala Sosial)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Gejala Sosial", kamu dikehendaki menganalisanya. Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Ini harus diselesaikan sebelum 9 malam, hari Isnin, 2 April.

Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Nur Nadiah
2. Perenggan 2 : Isi = Norul
3. Perenggan 3 : Isi = Nadiah
4. Perenggan 4 : Isi = Fatin
5. Perenggan 5 : Isi = MHakeem
6. Perenggan 6 : Isi = Iskandar
7. Perenggan 7 : Penutup = Ilya




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Kembara (3HML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan : Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepadamanusia Melayu dan wajar
dihormati”. Adakah pernyataanini sesuai pada konteks sekarang? Berikan pendapat kamu.
(4markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah kepercayaan pada semangat kayu perlu diteruskan? Jelaskan.
(6 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad


Santapan Minda - Pendidikan & Pelajar (3HML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan : Isnin, 26 Mac 2012, Bengkel kongsi idea hadapi gejala IT
Pautan : Berita


1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Media sosial boleh diibaratkan sebagai senjata tajam seperti pisau;
terpulang kepadasi pengguna menentukan bagaimana ia digunakan dan hasilnya kelak
menguntungkan ataupun memudaratkan”. Adakah kamubersetuju dengan pernyataan ini?
Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakanbukti-bukti.
(4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini dan jelaskan jawapan kamu
dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah dengan memberi maklumat menerusi lamanweb serta
pameran-pameran adalah cara-cara yang berkesan untuk menyampaikantentang isu
berkaitan IT? Jelaskan. (6 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad