Thursday, 12 January 2012

Pembelajaran Berteraskan Konsep - Refleksi Individu 12 Januari 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila letakkan refleksi kamu di bahagian komen. Kamu perlu rujuk pada soalan-soalan berikut. Tugasan ini perlu dilakukan selewat-lewatnya pada hari Ahad, 15 Januari 2012, 9 malam.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan nilai diri?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan norma masyarakat?
  • Adakah norma masyarakat penting? Mengapa?
  • Bagaimana cara untuk mengenali norma masyarakat yang dimiliki seseorang?
  • Apakah nilai masyarakat kamu?


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. nilai diri pada saya adalah nilai yang ada pada diri seperti nilai moral. juga, nilai diri juga boleh bermaksud kebolehan dan kegunaan diri. ia seperti beberapakah penting diri kita

    norma masyarakat seperti apa yang saya mengatakan, ialah apa yang diterima dan dilarang oleh masyarakt yang berdiam di sana. norma masyarakt berbeza daripada masyarakat ke masyarakat.

    norma masyarakat penting kerana ia seperti hukum kerana ia memberitahu apakah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang dalam masyarakat itu. juga, jika kita pelanggan, norma-norma itu membantu kita 'fit in' kerana kita tahu apa yang patut dilakukan.

    terdapat banyak cara. jika seseorang itu takut untuk bergaul atas sebab-sebab tertentu, dia boleh memerhatikan beberapa kumpulan orang untuk mengenal pasti norma-norma itu. malangnya, seseorang itu mungkin tidak dapat memerhatikan banyak. jadi, untuk menambah pengetahuannya, dia patut bergaul. jika dia malu, dia boleh bergaul dengan pekerja kedai yang ada (jika ada kedai). seseorang itu tidak haruslah menanya secara terus terang tetapi boleh mengadakan perbualan biasa. akhirnya, seseorang itu juga boleh mencari maklumat tentang masyarakat tersebut dari sumber-sumber seperti orang, buku dan juga lelaman web.

    nilai masyarakat saya di:

    rumah:
    - tutup kipas angin dan lampu apabila tiada orang yang menggunanya
    - apabila sampai di rumah, tanggalkan stokin dahulu. kemudian, buka semua tingkap dan cuci kaki di tandas. seterusnya, mandi dan solat. barulah boleh mulakan kerja.

    rumah orang lain:
    - duduk diam dan jangan melakukan apa-apa untuk memalukan ibu bapa
    - apabila dihidangkan dengan makanan, jangan lupa sopan santun (terima kasih). apabila makan, jangan makan gelojoh dan jangan makan apabila ada makanan di dalam mulut

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, nilai diri dimaksudkan apa yang dipercayakan penting untuk diri kita sendiri. Setiap orang mempunyai nilai tersendiri dan berlainan. Nilai diri juga bermaksud bagaimana kita melihat diri kita sendiri sebagai individu.

    Norma masyarakat adalah perkara-perkara yang diterima oleh masyarakat dalam kesuluruhan dan menjadi peraturan yang dikongsi oleh semua orang. Ia juga boleh termasuk perkara yang dilarang oleh masyarakat, di mana hukuman akan dijatuhkan kepada sesiapa yang tidak mengikuti norma masyarakat. Masyarakat tidak semestinya dimaksudkan masyarakat global; norma masyarakat boleh dikhususkan bagi masyarakat tertentu, seperti masyarakat sekolah, orang Melayu, dan sebagainya.

    Norma masyarakat adalah penting kerana setiap hari, kita berinteraksi dan membuat kontak dengan orang lain. Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai nilai diri dan juga pendapat yang berlainan. Ini boleh menyebabkan percanggahan. Untuk kita dapat menjalin hubungan yang positif, kita harus mengadakan asas peraturan ataupun persetujuan bagi perkara-perkara yang diterima dan dilarang masyarakat dalam kesuluruhan.

    Kita boleh mengenali norma masyarakat seseorang dengan memerhatikan perbuatannya. Nilai masyarakat saya adalah untuk pentingkan moral lebih daripada perkara lain seperti kepuasan diri.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, nilai diri bermaksud apa yang berharga atau penting pada diri individu. Tanpa nilai diri, seseorang mungkin tidak dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

    Pada pendapat saya, norma masyarakat ialah nilai-nilai yang ada dalam sebuah masyarakat.

    Pada pendapat saya, norma masyarakat penting kerana tanpa norma masyarakat, sesebuah masyarakat akan menjadi huru-hara. Ia juga mengekalkan keharmonian, memelihara maruah keluarga dan membolehkan seseorang untuk diterima dalam masyarakat.

    Cara untuk mengenali norma masyarakat yang dimiliki seseorang ialah dengan melihat perbuatan seseorang itu.

    Nilai masyarakat saya ialah untuk memikirkan tentang kesan perbuatan saya sebelum saya melakukannya. Saya tidak mahu membawa malu kepada saya dan juga keluarga saya.

    ReplyDelete
  4. Nilai diri adalah sesuatu panduan berdasarkan kepercayaan bagi manusia. Ia juga menunjukkan perkara yang penting dalam kehidupan seseorang.

    Norma masyarakat adalah sesuatu kebiasaan dalam sebuah masyarakat. Ia berlandaskan nilai-nilai yang ditetap oleh setiap ahli masyarakat.

    Norma masyarakat penting kerana ia memberikan sebuah identiti dan budaya kepada masyarakat tersebut. Ia juga memastikan keharmonian dalam masyarakat tersebut kerana tiada nilai-nilai yang bercanggah. Selain itu, masyarakat juga akan menjadi lebih teratur

    Untuk mengenali norma masyarakat yang dimiliki seseorang, kita harus menganalisa pertuturan dan pergaulan mereka dalam masyarakat. Sebagai contoh, ada masyarakat yang amat bersopan-santun apabila bertutur dan berpakaian dengan sederhana. Ada juga masyarakat yang kasar apabila bertutur dengan ibu bapa mereka.

    Nilai masyarakat saya adalah untuk bersopan-santun apabila bertutur dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa dan guru dan juga untuk menjaga maruah diri.

    ReplyDelete
  5. Nilai diri ialah bermaksud apa yang kita percayai yang membolehkan kita maju dalam hidup sendiri kita semua. Dengan nilai diri, kita boleh memberi arah dalam hidup kita supaya dapat capai apa yang dimahukan.

    Norma masyarakat pula adalah tentang nilai-nilai yang dikongsi dan disetujui seluruh masyarakat kita. Inilah yang dianggap "betul" daripada semua orang. Ini membolehkan masyarakat kita hidup dengan damai walaupun ramai orang ada dalamnya, dan apabila kita cuba memahami satu sama lain melalui norma-norma masyarakat, tentu kita dapat kerjasama dan mencepatkan proses untuk bermaju dalam negara, dan juga di sekeliling kita.

    Untuk mendapat tahu sesuatu norma masyarakat, yang paling senang adalah untuk berkaji tentangnya melalui berbagai bahan, seperti kawan, ahli keluarga ataupun internet dan buku. Ini membolehkan kita mendapat gambaran tentang apa yang akan dibentangkan. Kalau tidak, kita juga boleh memerhatikan sesuatu suasana supaya dapat pengalaman yang lebih tepat.

    Dalam masyarakat kita pula, yang paling penting adalah menghormati satu sama lain. Kita berhidup dalam masyarakat yang antarabangsa, tentu semua orang amat berbeza. Perbezaan adalah satu benda yang baik, kerana ia memberikan hidup kita menjadi lebih menarik. Apabila kita menjumpai seseorang, kita tentu ada fikirkan tentangnya, dan cara-cara hidupnya, tentu, lalu begitu kita harus memahami satu sama lain. Dengan ini, walaupun antarabangsa, masih nyaman.

    ReplyDelete
  6. Nilai diri adalah apa yang dipercayai penting untuk seseorang. Ia adalah apa yang harus dilakukan sebagai routin harian. Nilai diri penting kerana ia membuat kita untuk menjadi apa yang kita adalah yang hari ini. Ia membentuk personaliti kita dan nilai diri dapat membantu seseorang itu mencapai sesuatu ataupun membuat keputusan jika seseorang itu menggunakan nilai diri itu dengan sebaik-baiknya.

    Norma masyarakat adalah peraturan-peraturan ataupun konsensus yang disetujui oleh masyarakat dan orang-orang yang terdapat di dalam masyarakat itu akan mengikut peraturan-peraturan itu.

    Norma masyarakat penting kerana ia membentuk sesuatu masyarakat itu. Ia memberi kesedaran kepada orang di dalam masyarakat itu dan mereka harus mengikut peraturan itu. Jika tidak, masyrakat itu akan jadi huru-hara. Ia memastikan keharmonian di dalam masyarakat.

    Untuk mengenali norma masyarakat, kita harus menganalisa keadaan dan memerhatikan perbuatan sekumpulan orang di dalam masyrakat itu. Nilai masyarakat saya ialah untuk berlakuan yang terbaik di depan orang ramai dan tidak menjatuhkan nama baik keluarga apabila berada di luar.

    ReplyDelete