Monday, 16 January 2012

Tugasan Kata Majmuk - 17 Januari 2012

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah tugasan yang perlu dilaksanakan. Tarikh penghantaran ialah selewat-lewatnya pada hari Selasa, 17 Januari 2012, 9 malam.

Semua pelajar dikehendaki menyemak dan memahami ketiga-tiga aspek tatabahasa dengan merujuk pada entri setiap kumpulan. Ini akan membantu bila pelajar perlu menyelesaikan latihan ringkas di dalam kelas pada hari Rabu, 18 Januari 2012.

1. Aspek Tatabahasa
  • Kata Nama Majmuk
  • Kata Kerja Majmuk
  • Kata Adjektif Majmuk
2. Tugasan kumpulan

Aspek Tatabahasa Ahli Kumpulan

Kata Nama Majmuk

    • Ilya, Nur Nadiah

Kata Kerja Majmuk

    • Fatin, Hakeem, Nadiah

Kata Adjektif Majmuk

    • Norul, Iskandar


3. Lakaran Tugasan

- Teliti & fahami bahan-bahan rujukan - definisi, contoh perkataan

- Tugas - kuiz, lampiran (hanya perlukan 5 minit untuk dilaksanakan)


4. Bahan rujukan

- keynote = rujuk pada nota 2011 atau di googlesite = Kemahiran Berfikir (Bahasa); Kata Majmuk

- bahan-bahan rujukan tambahan


Selamat mengkaji...

Cg Azizah. Ahmad

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kata kerja majmuk:

    kata yang mempunyai beberapa kata dasar tetapi kata itu merupakan kata yang lain/baru. kata kerja majmuk itu menunjuk aksi atau perbuatan.


    kata kerja digunakan untuk tetapkan dan ubahkan kelas kata dasar:

    campur (KK) dan tangan (KN) jadi campur tangan (memasuki hal-hal orang lain) (KK)

    angat (KK) dan kaki (KN) menjadi angkat kaki (meninggalkan sesuatu tempat) (KK)

    gulung (KK) dan tikar (KN) menjadi gulung tikar (KK)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kata Adjektif Majmuk:

    Dua kata, Adjektif dan Kata Nama, yang digabungkan yang memberi deskiptif tentang sesuatu dengan lebih tepat.

    Contoh:

    Biru (Adjektif) dan Laut (Kata Nama), Biru Laut. Memberikan gambaran warna kepada laut.

    Panas (Adjektif) dan Terik, Panas Terik. Memberikan perasaan (Panas) pada cuaca itu.

    Muda (Adjektif) dan Remaja (Kata Nama), Muda Remaja. Mengambarkan beberapa muda seseorang itu (Remaja)

    ReplyDelete