Thursday, 5 January 2012

Visi & Misi - 5 Januari 2012

Rangsangan visual (industri)

Sila perhatikan gambar-gambar yang diberikan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan rangsangan secara individu. Kamu boleh letakkan komen kamu di bahagian komen.

Soalan-soalan rangsangan :
    • Pada pendapat kamu, apakah yang dimaksudkan dengan visi dan misi?
    • Apakah perbezaan di antara visi & misi?

Cg Azizah.Ahmad

8 comments:

  1. - Pada pendapat saya, visi adalah sesuatu harapan atau penglihatan untuk masa depan manakala misi adalah tujuan untuk kumpulan atau sekolah itu.

    - Visi dengan Misi berbeza di mana visinya untuk kumpulan atau sekolahnya sendiri manakala misi adalah untuk orang-orang di dalam kumpulan atau sekolah tersebut.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, misi bermaksud tujuan, dan visi bermaksud apa yang diharapkan untuk menjadi. Perbezaan antara visi & misi ialah misi adalah sebuah perbuatan, manakala visi adalah sebuah harapan.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, visi bermaksud sesuatu arah yang sebuah masyarakat mahu pergi manakala misi ialah sesuatu yang mahu dicapai oleh sesebuah masyarakat.

    Perbezaan anatara visi dan misi ialah visi ialah untuk masyarakat itu sendiri manakala misi ialah untuk semua orang.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. 1) Visi ialah apa yang ingin dicapai di akhirnya seperti destinasi. Misi ialah apa yang ingin diberikan atau dipupuk oleh seseorang dalam destinasinya untuk mencapai visi tersebut.

    2) Misi adalah apa yang diinginkan dalam perjalanannya untuk menuju ke visi sementara visi adalah apa yang diinginkan di akhir kelak. Misi adalah satu permulaan untuk menuju ke visi tersebut.

    ReplyDelete
  6. Misi: Apakah tujuan seseorang/sesuatu. Seseorang/sesuatu pada masa kini.

    Visi: Apakah yang ingin dicapai seseorang/sesuatu pada masa depan dan juga insiprasinya. Visi mempunyai harapan orang/benda itu.



    Misi: Tujuan dan pada masa kini. Untuk orang lain.

    Visi: Inspirasi dan untuk masa depan. Untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, visi adalah sesuatu destinasi dan misi adalah perkara yang harus dilakukan untuk tiba di destinasi tersebut.

    Visi adalah sesuatu destinasi untuk semua orang di sebuah komuniti manakala misi adalah perkara yang harus dilakukan oleh setiap individu untuk tiba di destinasi tersebut.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas sumbangan awak semua. Saya harap melalui aktiviti ini, awak akan lebih memahami tentang visi & misi.

    ReplyDelete