Thursday, 5 January 2012

Visi & Misi - 5 Januari 2012

Rangsangan visual (sst)

Sila perhatikan gambar-gambar yang diberikan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan rangsangan secara berpasangan/berkumpulan. Kamu boleh letakkan komen kumpulan kamu di bahagian komen. Kamu boleh rujuk pada lelaman sekolah bagi mendapatkan visual yang lebih jelas.
Soalan-soalan rangsangan :

  • Berdasarkan visi dan misi sekolah kamu, apakah yang ingin dicapai oleh sekolah kamu?
  • Adakah visi dan misi sekolah kamu penting bagi kamu? Mengapa?


Cg Azizah.Ahmad


7 comments:

  1. Berdasarkan visi dan misi SST, ia ingin memupuk pelajar-pelajar menjadi pemimpin yang berpandangan masa depan dan sedia untuk menghadapi cabaran global melalui pembelajaran gunaan dan teknologi inovatif.

    Visi dan misi sekolah saya penting untuk saya kerana ia memberi kesan kepada pembelajaran dan pendidikan saya dengan secara langsung.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Norul. Suatu pandangan yang amat baik. Saya harap apa yang dipelajari melalui kurikulum SST melambangkan visi dan misi dengan lebih jelas.

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan visi dan misi sekolah, SST mahu menjadi sebuah institusi Sains and Teknologi yang dikenali di seluruh dunia. Ia juga mahu pelajar-pelajar untuk menjadi pemimpin yang memandang kepada masa depan dengan mengunakan inovasi teknologi dan pembelajaran gunaan.

    Pada pendapat saya, visi dan misi sekolah saya tidak begitu penting jika dibandingkan dengan visi dan misi saya sendiri kerana ia tidak khas kepada diri saya sendiri tetapi ia untuk semua pelajar di SST.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Fatin. Komen yang membina. Dengan mengenali visi & misi sekolah, kami berharap para pelajar tahu bahawa kami inginkan yang terbaik daripada pelajar seperti awak.

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan visi dan misi SST, ia ingin menjadi sebuah institusi yang global bagi Sains & Tekonologi. Ini boleh dicapai dengan menyemai kemahiran abad 21 dalam pelajar-pelajarnya.

    Ia penting kerana ia adalah sesuatu panduan bagi saya untuk mencapai cita-cita saya.

    ReplyDelete
  6. Berdasarkan visi dan misi SST, saya rasa SST ingin mempersiapkan pelajar-pelajarnya untuk berdepan dengan cabaran di dunia ini yang kini sedang menuju ke zaman teknologi dan banyak ke dalam bidang sains. Ia juga ingin menjadi institusi Sain dan Teknologi yang terkenal di dunia dan bukan hanya terkenal di Singapura sahaja. Ia ingin menyediakan pelajar-pelajarnya dengan kemahiran yang boleh digunakan apabila mereka keluar bekerja dan berdaya saing di abad 21 ini.

    Ia tidak begitu penting bagi saya kerana visi dan misi seseorang itu sendiri lagi penting dan berguna untuk dirinya kerana itu tidak mungkin adalah apa yang kita ingin tujui. Setiap orang mempunyai visi dan misi yang berbeza dan menuju ke bidang yang berbeza. Mungkin visi dan misi SST itu penting untuk pelajar di SST mengenal tentang zaman kini yang banyak bergantung kepada sains dan teknologi.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Nur Nadiah & Nadiah.
    Nur Nadiah - Dengan adanya kemahiran abad ke-21, kami harap agar para pelajar SST dapat menyesuaikan diri dan menempuhi kehidupan dengan lebih yakin.
    Nadiah - Kami harap nama SST menjadi suatu jenama yang dikenali dan disanjungi. Ini akan mengutungkan para pelajar akan dihormati dan disanjungi kerana pernah menuntut di insitusi agung. Dalam erti kata lain, nilai pelajar SST akan lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah lain. Itulah impian yang ingin kami capai.

    ReplyDelete