Friday, 6 January 2012

Visi & Misi Fatin 2012

Visi: Untuk menjadi seorang pelajar yang bekerja keras dan tidak berputus asa supaya saya boleh mendapat keputusan yang cemerlang

Misi: Memberi yang terbaik apabila membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru


Visual ini menunjukkan seorang perempuan yang sedang menulis di dalam sebuah buku. Perempuan itu kelihatan amat fokus apabila membuat kerjanya. Pada pendapat saya, visual ini dapat menggambarkan misi saya kerana jika kamu fokus apabila membuat kerja sekolah, pasti ia akan menjadi hasil yang terbaik dari kamu. Visual ini juga dapat menggambarkan visi saya kerana jika kamu mengambil masa untuk duduk dan cuba untuk membuat kerja yang diberi, ia menunjukkan bahawa kamu bekerja keras dan tidak berputus asa.

1 comment:

  1. Saya pasti dengan usaha gigih, awak pasti akan berjaya. Ia akan jadi lebih bermakna jika kita berjaya bersama rakan-rakan yang lain.

    ReplyDelete