Friday, 6 January 2012

Visi & Misi Norul 2012

Visi- Menjadi seorang pelajar yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan pembelajaran.

Misi- Memberikan usaha terbaik untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan tabah dan komitmen. 

--
Penjelasan: Visual tersebut menunjukkan sebuah tanaman yang tumbuh dengan subur dan juga sebuah lampu dalam kepala seorang. Pada pendapat saya, ia bermaksud bahawa minda kita boleh 'diterangkan' ataupun menjadi cemerlang jika kita sentiasa 'tumbuhkan' ataupun menambah pengetahuan kita. Sedikit demi sedikit, tanaman itu akan tumbuh menjadi sebuah pokok yang besar. Ini boleh dijadikan analogi bagi minda kita; apabila kita mencari dan menambah ilmu, akhirnya kita mampu mencapai kecemerlangan.

1 comment:

  1. Dengan usaha gigih antara awak dan saya, kita pasti akan mencapai kecemerlangan. Sokongan keluarga dan kawan-kawan juga penting. Semoga usaha kita akan sentiasa diberkati.

    ReplyDelete