Saturday, 7 January 2012

Visi & Misi Nur Nadiah 2012

VISI:
Seorang pelajar yang cemerlang di dalam aspek akademik dan pertumbuhan diri

MISI:
  • Membuat yang terbaik dalam kerja yang diberikan
  • Mengawal masa dengan baik
  • Sentiasa mengutarakan soalan untuk berfikir dengan lebih mendalam

PENJELASAN:
Visual ini menggambarkan seorang wanita yang ingin memanjat tangga kejayaan tetapi berasa enggan kerana langkah-langkah tangga tersebut pecah. Langkah-langkah tersebut melambangkan cabaran yang akan dihadapi semasa perjalanan ke kejayaan. Ini menunjukkan yang ia tidak mudah untuk menerima kejayaan di dalam kehidupan kita kerana kita pasti akan menghadapi beberapa cabaran yang akan menghalang kita daripada menerima kejayaan.

Saya menerima visual ini kerana ia memaparkan halangan yang harus diatasi untuk mencapai visi saya. Perjalanannya amat sukar dan memenatkan tetapi jika saya berusaha dan terus mencuba walaupun saya gagal, saya akan berjaya akhirnya.

1 comment:

  1. Suatu kata semangat yang pasti akan membuat awak bekerja lebih keras. Perjalanan dalam kehidupan bukan suatu yang mudah. Dengan berkat usaha gigih, sokongan orang sekeliling terutama keluarga, perjalanan yang amat sukar menjadi lebih mudah. Ini kerana kita akan sentiasa diberi sokongan, kasih sayang serta dorongan untuk terus maju. Saya pasti awak akan cemerlang dalam apa yang dilakukan.

    ReplyDelete