Monday, 6 February 2012

Pembelajaran Berteraskan Konsep - Kerja Berkumpulan (7 Febuari 2012)

Para pelajar,

Berdasarkan soalan-soalan rangsangan, sila letakkan jawapan kamu di bahagian komen.

    • Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerja berkumpulan’?
    • Setakat mana kerja berkumpulan penting dalam pembelajaran? Mengapa?
    • Bagaimana cara untuk memastikan semua ahli kumpulan melaksanakan tugas masing-masing?
    • Apakah yang boleh dilakukan jika ada perselisihan faham di dalam kumpulan?


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. 1) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerja berkumpulan’?

    'Kerja berkumpulan' bermaksud untuk membuat sesuatu bersama orang lain.

    2) Setakat mana kerja berkumpulan penting dalam pembelajaran? Mengapa?

    Kerja berkumpulan amat penting dalam pembelajaran kerana dengan kerja berkumpulan, kumpulan itu akan ada banyak idea dan meraka boleh mengambil sedikit dari setiap idea dan menghasilkan kerja yang terbaik.

    3) Bagaimana cara untuk memastikan semua ahli kumpulan melaksanakan tugas masing-masing?

    Cara untuk memastikan semua ahli kumpulan melaksanakan tugas masing-masing ialah dengan memberikan jumlah kerja yang sama supaya tiada orang yang tidak mahu melaksanakan tugas.

    4) Apakah yang boleh dilakukan jika ada perselisihan faham di dalam kumpulan?

    Ahli kumpulan boleh berbincang tentang isu tersebut jika ada perselisihan fahan di dalam kumpulan.

    ReplyDelete
  2. 'Kerja berkumpulan' bermakna melakukan sesuatu perkara/tugas bersama orang lain, di mana kita harus saling memahami dan bekerjasama.

    Kerja berkumpulan amat penting dalam pembelajaran kerana dengan melakukan tugas secara kumpulan, kita boleh menghabiskan tugas tersebut dengan lebih cepat. Kita juga dapat belajar lebih banyak perkara apabila bekerja sekumpulan kerana terdedah kepada pandangan dan ilmu yang berbeza.

    Setiap ahli kumpulan harus diberi jumlah kerja yang sama supaya ia adil. Begitu, kerja kumpulan itu akan bergantung kepada setiap ahli, dan mereka akan berasa lebih tertekan untuk melakukan tugas tersebut. Jika satu ahli tidak melakukan tugas, ia akan menyebabkan kerja kumpulan itu untuk gagal dalam kesuluruhan.

    ReplyDelete
  3. 1. 'Kerja berkumpulan' bermaksud melakukan sesuatu perkara bersama-sama dengan harmoni.

    2. Kerja berkumpulan amat penting dalam pembelajaran kerana prestasi seseorang sama ada cemerlang atau tidak akan menjejaskan prestasi seluruh organisasi. Selain itu, jika setiap individu tidak bekerjasama, kerja yang harus diselesaikan tidak dapat dibuat dengan baik.

    3. Setiap ahli kumpulan harus memahami mengapa tugasan tersebut dilakukan. Dengan itu, setiap ahli kumpulan akan bermotivasi untuk membuat yang terbaik bagi tugasan tersebut.

    4. Di dalam setiap kumpulan, pasti ada perselisihan faham. Ia boleh diselesaikan dengan berbincang isu tersebut dengan tenang dan rasional.

    ReplyDelete
  4. kerja berkumpulan pada saya bermaksud bekerja dalam kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang.

    kerja berkumpulan adalah penting kerana ia membolehkan kita untuk menolong antara satu sama lain. terutama apabila kita ada masalah dalam kerja, kita boleh mengajarnya bagaimana untuk menjawab soalan tanpa memberi jawapannya.

    kita harus memastikan yang bukan hanya satu atau dua orang yang selalu melaksanakan tugas itu. kita harus teguh orang supaya melakukan kerja mereka.

    ada masa ketua kumpulan yang boleh menyelesaikan perselisihan faham.

    ReplyDelete
  5. 1) 'Kerja berkumpulan' bermakna membuat sesuatu aktiviti bersama-sama dan menolong satu sama lain yang mungkin menghadapi masalah untuk menghabiskan tugas yang diberikan.

    2) Kerja kumpulan penting dalam pembelajaran kerana ia membantu kita menimba lebih banyak ilmu. Seperti contoh, seseorang yang cerdik dan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dapat memberi sedikit ilmu kepada ahli kumpulan yang lain supaya mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru.

    3) Dalam satu kumpulan, ahli kumpulan boleh melantik seorang ketua untuk membahagi-bahagikan tugas yang harus diselesaikan. Ahli kumpulan juga boleh selalu mengingatkan satu sama lain tentang tugas yang harus diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. 1) Kerja berkumpulan adalah apabila beberapa orang bersama untuk berkongsi ilmu antara satu sama lain untuk mencapaikan sesuatu objektif.

    2) Berkerja berkumpulan dalam pembelajaran adalah apabila kita sedang dalam peringkat mengulangkaji, kerana kita boleh menerima dan memberi pelbagai pendapat yang tidak kita terfikir. Ini dapat meluaskan ilmu kita dan mencapai markah yang cemerlang dalam peperiksaan dan hidup seterusnya. '

    3)Kita perlu sesuatu pemahaman jika mahu manghabiskan sesuatu. Jika seseorang tidak mahu bekerjasama, tentu tidak dapat habiskannya. Perlulah semua ahli kumpulan memahami tujuan yang sama.

    4)Perlulah semua berhenti sebentar, dan memikirkan sekali lagi apa yang terjadi. Dengan proses ini, lebih semua dapat memahami perkara yang terjadi dan juga mempelajari perkara yang baru.

    ReplyDelete