Monday, 6 February 2012

Tugasan B.Teks - Gelora (ms. 37)

Para pelajar,

Tugasan ini harus dilakukan hari ini. Sila letakkan jawapan kamu di bahagian komen. Setiap soalan telah diberikan pada individu dalam kelas. Kita akan bincangkan dapatan-dapatan kamu di dalam kelas.

Masukkan komen kamu seperti berikut :

Bahagian A : Kosa Kata
Soalan 1 : keletah = gerak geri

Bahagian B : Pemahaman
Soalan 1 : Mengapakah Maya dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Rahmat?
Jawapan : __________________________________________________________


Ini tugasan-tugasan setiap individu.


Ilya = Kosa Kata (No.2 - 8) (1 markah setiap satu soalan)
M.Hakeem = Pemahaman (No. 1) (2 markah)
Iskandar = Pemahaman (No. 2) (4 markah)
Fatin = Pemahaman (No. 3) (4 markah)
Norul = Pemahaman (No. 4) (4 markah)
Nur Nadiah = Pemahaman (No. 5) (4 markah)
Nadiah = Pemahaman (No. 6) (4 markah)



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad


13 comments:

  1. bahagian b : pemahaman
    soalan 1 : Mengapakah Maya dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Rahmat?
    Jawapan : Maya dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Rahmat kerana Amirah sakit dengan demam panas dan Maya harus mengganti Amira sebagai pembahas simpanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kesilapan imbuhan - 'mengganti'.
      Secara keseluruhan, suatu usaha yang baik. Jawapan yang menepati soalan.

      Delete
  2. Bahagian B: Pemahaman
    Soalan 2: Mengapakah Maya tidak menolakkan tugas yang diberikan Cikgu Rahmat?
    Jawapan: Maya tidak menolakkan tugas yang diberikan Cikgu Rahmat kerana tugas yang diberikannya adalah apa yang dia mahukan sebagai pembahas simpanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara keseluruhan, usaha yang baik.
      Ada kesilapan imbuhan - 'menolakkan'.
      Jawapan memerlukan dua isi.
      Isi 'apa yang dia mahukan sebagai pembahas simpanan' perlu dijelaskan - apakah tugasnya sebagai pembahas simpanan yang menyebabkan dia teringin untuk jadi pembahas sekarang?
      Perlu penambahan isi - bagaimana tentang peluang yang diberikan?

      Delete
  3. Bahagian B : Pemahaman
    Soalan 5 : 'Maya tertekan'. Buktikan.
    Jawapan : Terdapat pelbagai perkara yang telah difikirkan oleh Maya pada satu masa dan dia berasa amat bingung dan khuatir sehingga dia berpeluh dingin. Dia juga berasa gelisah yang amat sangat semasa berfikir tentang cara untuk menguruskan masanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang baik kupasan isi dengan disertakan dengan penjelasan.
      1. Bingung & khuatir = berpeluh dingin.
      2. Gelisah = apa kesan pada dirinya hingga menunjukkan dia tertekan?

      Delete
  4. Bahagian B : Pemahaman
    Soalan 4 : Berdasarkan petikan, terangkan watak Maya.
    Jawapan : Maya adalah seorang watak yang tidak begitu bijak merancang dan mengatur masa. Dia lebih mengutamakan mewakili sekolah dalam peraduan bahas daripada projek Sains dan ujian-ujian kelasnya, dan ini menyebabkannya susah kemudian sebab tidak bijak mengutamakan perkara yang penting dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu percubaan yang baik. Kupasan 1 isi yang menyeluruh tidak bijak mengatur masa.
      Masih perlukan tambahan 1 isi = sifat bertanggungjawab? pelajar yang aktif?

      Delete
  5. Bahagian B: Pemahaman

    Soalan 3: Berikan dua sebab Maya sukar menumpukan perhatian pada tugasnya pada malam itu.

    Jawanpan: Dua sebab mengapa Maya sukar menumpukan perhatian pada tugasnya pada malam itu ialah dia tidak merancang dan mengatur masa walaupun dia sudah tahu tarikh untuk menyelesaikan projek sainsnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara menjawab yang baik.
      Masih perlukan tambahan satu isi lagi = tentang ujian yang bakal dihadapinya? / banyak perkara dalam masa yang sama?

      Delete
  6. Bahagian B: Pemahaman

    Soalan 6: Pada pendapat kamu, bagaimanakah Maya dapat mengelakkan masalah tekanan yang dihadapinya?

    Jawapan: Pada pendapat saya, Maya dapat mengelakkan masalah tekanan yang dihadapinya dengan lebih bijak mengatur masa. Dia harus pandai untuk memilih dan meletakkan keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Perkara yang lebih penting harus dilakukan dahulu. Sebagai contoh, perkara itu mungkin merangkumi markah yang lebih tinggi dalam keseluruhan markah ataupun perkara yang tarikhnya untuk menghantarnya semakin dekat. Maya juga tidak harus melambat-lambatkan tugas yang diberikan kerana tugasnya akan menjadi semakin banyak dan Maya akan rasa susah untuk menyelesaikannya dalam masa yang singkat. Ini juga akan menimbulkan sifat malas dalam dirinya. Namun, jika Maya berminat sangat untuk menyertai dalam bahas itu, dia boleh meminta guru untuk memberinya beberapa hari untuk menghabiskan tugas sekolah. dan untuk projek Sainsnya, Maya boleh berjumpa dengan ahli kumpulan dan berbincang tentang minatnya untuk menyertai pertandingan bahas ini. Ahli kumpulan mungkin akan bertolak ansur dan membantu membuat sedikit tugas Maya untuk meringankan bebannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan yang menyeluruh - terlalu banyak isi hinggan ada bahagian yang terlalu panjang.
      Terdapat 3 isi yang disentuh - hanya perlu masukkan dua isi.
      1. memilih dan beri keutamaan = buat apa yang penting atau genting dahulu, buat ulangkaji untuk ujian
      2. jangan lambat-lambatkan tugasan = dapat elakkan daripada harus menyelesaikan tugasan yang bertindan, timbulkan sikap suka bertangguh ('procastination')
      3. Berbincang dengan guru/kawan sekumpulan = minta tangguh masa penghantaran kerana latihan/peraduan bahas

      Delete
  7. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.
    Memandangkan Ilya masih belum dapat lakukannya, semua orang perlu membuat bahagian kosa kata secara individu.
    Jika Ilya sempat untuk membuatnya, pelajar lain tidak perlulah membuat penyelidikan peribadi.
    Harapan kita agar Ilya cepat sembuh dan dapat melaksanakan tugasannya. Ia pasti akan membantu meringankan beban kawan-kawan yang lain.

    ReplyDelete