Sunday, 25 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (E-Learning 23 Mac 2012)



Para pelajar arif budiman,

Sila rujuk pada daftaran tugasan yang dilampirkan. Kamu dikehendaki memberi komen kamu pada hasil karangan rakan kamu. Kamu dikehendaki merujuk pada hasil karangan rakan yang diletakkan di dalam Googlesite E-Learning 23 March.





Komen-komen kamu boleh berpandukan pada soalan-soalan berikut :

1. Adakah kosa kata atau ayat-ayat yang digunakan menunjukkan pengguasaan bahasa yang baik?
2. Adakah gaya/cara penulisan dapat menarik perhatian audiens (kamu)?
3. Apakah yang boleh diperbaiki lagi?

Selain itu, kamu boleh memberi komen-komen yang memberangsangkan. Tulis komen kamu seperti berikut...

Komen untuk rakan saya (nama rakan)
1.
2.
3.

Terima kasih.


Tugasan ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 26 Mac sebelum pukul 9 malam.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad










6 comments:

  1. Komen untuk rakan saya (Nur Nadiah)

    1. Kosa kata dan ayat-ayat yang digunakan oleh Nadiah menunjukkan pengguasaan bahasa yang baik. Sebagai contoh, dia telah menggunakan kosa kata seperti 'hatiku menari kencang' dan 'Aku berasa lemah longlai selama beberapa hari'. Ini menunjukkan pengguasaan bahasa yang baik.

    2. Cara penulisan Nadiah dapat menarik perhatian saya kerana dia telah menggunakan kosa-kata yang baik. Saya dapat menggambarkan situasi watak dalam cerita ini apabila saya membaca karangannya.

    3. Mungkin Nadiah boleh menerangkan dengan lebih apabila dia menulis tentang peluang Ani untuk mempamerkan bakatnya. Pada saya, ia terlalu pendek kerana ia adalah bahagian yang paling penting dalam karangan ini. Walaubagaimanapun, syabas kerana kamu telah menulis karangan yang menarik. Terus berusaha :)

    ReplyDelete
  2. Komen untuk rakan saya Fatin Zafirah
    1. Terdapat pelbagai kosa-kata dan peribahasa yang bersesuaian
    2. Ejaan masih boleh diperbaiki
    3. Isi karangan masih boleh diperkembangkan (terlalu pendek)
    4. Keseluruhan, bahasa yang agak baik dan isi yang bertepatan tetapi masih boleh diperbaiki

    ReplyDelete
  3. Komen untuk rakan saya Nadiah

    1. Kosa kata dan ayat-ayat yang digunakan menunjukkan penguasaan bahasa yang baik. Perkataan-perkataan serta frasa-frasa yang telah digunakan dapat memberikan gambaran yang meyakinkan bagi suasana/perasaan/situasi.

    2. Gaya/cara penulisannya telah dapat menarik perhatian saya. Jalan ceritanya menarik, dan isinya juga bertepatan.

    3. Terdapat beberapa kesilapan ejaan yang cuai. Terdapat satu bahagian yang agak janggal pada pendapat saya, iaitu "Aku mempunyai kecederaan kerana terjatuh apabila membuat aksi yang lebih mencabar". Perenggan itu telah bermula dengan tiba-tiba.

    ReplyDelete
  4. 1) Kosa kata bertepatan pada tajuk. Norul cuba untuk menggunakan perkataan-perkataan yang lebih susah. Ayat-ayat yang digunakan bersesuaian tetapi ada dia boleh menggunakan lebih banyak jenis ayat-ayat. Namun, ada kesalahan ejaan seperti pekej, separah dan perkataan percintaan yang tidak sesuai dengan ayat.

    2)Cara penulisan Norul amat bagus dan ia dapat menarik perhatian saya. Jalan cerita pun sesuai dengan tajuk.

    3)Norul boleh memperbaiki ejaannya dan mungkin dia bolen lebih memperkembangkan isi cerita.

    ReplyDelete
  5. komen kepada kawan saya (ilya)

    1) Ada kesilapan imbuhan: 'saya fikir' menjadi 'saya berfikir'.

    2) Ada kalanya sesuatu senario boleh dijadikan lebih menarik. Seperti 'Saya ke kedai buku Popular dengan bapa saya banyak kali untuk cari buku-buku latihan dan kertas-kertas peperiksaan dari tahun-tahun dulu.' Boleh dijadikan lebih menarik dengan penggunaan ayat yang berbeza.

    3) Ada perasaan ingin tahu kenapa ada beberapa perkara berlaku. 'Namun, tanpa saya menyangka, saya tidak belajar sekeras yang sepatut.' Mengapakah tidak belajar sekeras yang disepatutnya? Belumkah anda memberhentikan perkara yang tidak akan membantu anda mengulang kaji?

    4) Seperti ada isi yang tidak begitu tepat (mengatakan perkara yang berbeza). 'Namun, tanpa saya menyangka, saya tidak belajar sekeras yang sepatut.' dan '“Saya belajar dengan betul tetapi dapat markah seperti ini?”' Jadi adakah anda tidak ulangkaji dengan betul atau...tertulis jawapan yang tidak begitu tepat?

    5) Ada percubaan baik untuk menggunakan frasa berbunga.

    6) Terdapat kesalahan isi: 'meduduki peperiksaan PSLE yang akan menentukan sekolah rendah yang mana kami akan pergi.'

    7) Pengajaran dan penutup yang agak baik

    ReplyDelete
  6. Komen untuk kawan saya (Hakeem)

    1. Walaupun ada juga percubaan untuk menggunakan perkataan yang unik, bahasa masih harus diperbaiki. Ada kesilapan yang boleh dielakkan seperti ejaan "terdapat" dan penggunaan perkataan "Dan" sebagai perkataan pertama dalam ayat.

    2. Dengan perspektif ini, terdapat lagi audiens mudah memahami ceritanya. Dialog juga digunakan. Boleh cuba lagi untuk menggunakan gaya penulisan yang lain yang mungkin lebih menarik.

    3. Selain bahasa dan gaya penulisan, boleh menggunakan lebih frasa-frasa berbunga untuk menggambarkan sesuatu dalam cerita supaya dapat lebih menarik.

    4. Kesilapan bahasa dapat dielakkan, dengan itu, haruslah lebih perhatikan kepada bahasa supaya dapat karangan yang lebih baik. Cerita juga mencukupi. Keseluruhannya baik.

    ReplyDelete