Thursday, 29 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Gejala Sosial)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Gejala Sosial", kamu dikehendaki menganalisanya. Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Ini harus diselesaikan sebelum 9 malam, hari Isnin, 2 April.

Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Nur Nadiah
2. Perenggan 2 : Isi = Norul
3. Perenggan 3 : Isi = Nadiah
4. Perenggan 4 : Isi = Fatin
5. Perenggan 5 : Isi = MHakeem
6. Perenggan 6 : Isi = Iskandar
7. Perenggan 7 : Penutup = Ilya




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

10 comments:

  1. Perenggan 5 : Isi


    Teks ini mengenai:

    - pihak kuasa patut lebih efektif menangani gejalah sosial dengan cara-cara yang berkesan

    Istilah yang digunakan adalah:

    - Setiap penyakit ada ubatnya
    - Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya
    - baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

    ReplyDelete
  2. Isi:

    Sudah terang lagikan bersuluh bahawa pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara penyumbang ke arah berlakunya masalah gejala sosial.

    Huraian:

    Seorang remaja banyak menghabiskan masanya bersama-sama dengan rakan mereka berbanding dengan ibu bapa.

    Hal inilah yang memberi ruang yang secukupnya untuk mereka mengikuat apa-apa sahaja yang dilakukan oleh rakan mereka tanpa memikirkan impaknya.

    3) Banyak kes membuktikan bahawa penglibatan seseorang dalam penyalahgunaan dadah bermula dengan pengaruh rakan.

    Contoh:

    Kadangkala, mereka secara sukarela melakukan perkara-perkara yang tidak baik supta mereka diterima dalam kumpulan

    2) Malah tidak kurang juga yang dicabar untuk melakukan sesuatu yang tidak baik dan menyahut cabaran untuk menunjukkan bahawa mereka juga anak jantan.

    ReplyDelete
  3. Perenggan 1 : Pendahuluan

    Teks ini mengenai perkara-perkara yang biasanya dilakukan oleh remaja iaitu sesuatu gejala sosial. Selain itu, akibat kelakukan remaja pada zaman ini juga disebutkan.

    Istilah yang digunakan untuk menjelaskan akibat kesalahan-kesalahan remaja adalah luka.
    -> "Luka yang sedikit sekiranya dibiarkan akan melarat dan bernanah sehingga mengancam keselamatan dan kestabilan negara."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gejala sosial:
      - Sesuatu kesan kepada masyarakat
      - Cth: Pembulian siber, kumpulan samseng, hubungan seks luar nikah (pre-marital sex) dan pergaulan bebas (boleh dicabangkan)

      - Tidak boleh disebut punca dan langkah pada perenggan pertama (isi)
      - Istilah penyakit juga boleh digunakan
      -> Mempunyai peringkat yang berbeza (lebih memudaratkan jika peringkat lebih tinggi)

      Delete
  4. Perenggan 4 : Isi

    Isi: Perenggan ini menerangkan tentang tanggungjawab ibu bapa apabila berlakunya peningkatkan dalam gejala sosial.

    Huraian: Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

    Contoh: Sekiranya ibu bapa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan hanya mengejar kebendaan serta mementingkan wang ringgit semata-mata akan menyebabkan anak-anak terbiar dan ketandusaan kasih sayang.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Perenggan 6:

    Teks ini mengenai kelibatan ibu bapa dalam kebesaran anak mereka. Ini memberi lebih tekanan kepada apa yang ibubapa patut buat supaya elak daripada anak mereka membuat apa-apa kejahatan seperti merokok dan sebagainya.

    Istilah yang digunakan adalah:

    -sayangkan anak tangan-tangankan

    suka akan, gemar akan anak sendiri, dan membersarkannya supaya mereka dapat berjaya

    ReplyDelete
  7. Perenggan 2: Isi

    Teks ini mengenai betapa penting agama dalam memainkan peranan bagi mengelakkan seseorang daripada melakukan kejahatan. Kebanyakan agama menyuruh umatnya melakukan kebaikan dan menjadi kemungkaran.

    Istilah yang digunakan adalah "memilih antara intan atau kaca" dimana seseorang yang mendapat ajaran agama akan dididik bagaimana untuk membuat keputusan antara yang baik dan buruk sebelum mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Penutup

    Teks ini mengenai usaha anggota untuk membuang gejala sosial yang menghalang pada masyarakat supaya negera dapat bekerjasama untuk menghasilkan generasi baru yang beretika baik.

    Istilah yang digunakan adalah:

    - akan merebak jika masyarakat bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
    - merosakkan generasi muda
    - sifat berganding bahu patut ada pada masyarakat supaya dapat menghasilkan generasi baru yang dinamik

    ReplyDelete