Tuesday, 27 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Majalah Siswa)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Malu Berbahasa Melayu" di muka surat 48, kamu dikehendaki menganalisanya berdasarkan konsep Paul's Wheels of Reasoning (sila rujuk pada gambar rajah serta penjelasan).



Analisis Petikan (Pemikiran Kritis)

NO.

POINT KEMASUKAN

DAPATAN (BERDASARKAN SOALAN PANDUAN)

1

Tujuan

Apakah jenis petikan ini? Apakah tujuan penulis artikel ini? Mengapa penulis mengarang artikel ini?

2

Bukti/Data

Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

3

Andaian

Apakah andaian penulis berdasarkan isu yang dibentangkan? Apakah andaian penulis pada para pembacanya?

4

Pendapat

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?

5

Konsep

Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

6

Kesan

Apakah kesan daripada penulisan isu-isu yang dibentangkan dalam artikel ini?

7

Maksud Tersirat

Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

8

Persoalan

Apakah isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini? Adakah isu-isu berkaitan isu utama ini?



Sila letakkan dapatan kamu di ruang komen. Sebagai contoh, saya letakkan dapatan saya bagi Point Kemasukan (1) Tujuan. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Point Kemasukan (1) Tujuan
  • Teks ini adalah teks jenis karangan perbincangan.
  • Tujuan penulis artikel ini adalah untuk membincangkan tentang kegunaan Bahasa Melayu yang semakin hilang unsur kepentingannya.
  • Penulis mengarang artikel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelbagai pihak - pemerintah dan rakyat Malaysia. Dia ingin pihak pemerintah bersikap lebih proaktif bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dilestarikan. Selain itu, dia juga ingin rakyat Malaysia melihat potensi Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

Ini adalah tugasan setiap individu.

Point Kemasukan Penyumbang dapatan

1

Tujuan

oleh Cikgu

2

Bukti/Data

oleh Ilya

3

Andaian

oleh Iskandar

4

Pendapat

oleh M.Hakeem

5

Konsep

oleh Fatin

6

Kesan

oleh Nadiah

7

Maksud Tersirat

oleh Norul

8

Persoalan

oleh Nur Nadiah



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad



10 comments:

  1. Point Kemasukan (3) Andaian

    Andaian penulis berdasarkan isu yang terbentang adalah Bahasa Melayu mempunyai kepentingan dan pangkat berbanding dengan Bahasa Inggeris. Oleh itu, andaiannya menjadi orang Melayu, bahasa Melayu tidak boleh dinafikan kerana Bahasa Melayu ialah identiti dan mempunyai peranan besar kepada bangsa kita.

    Selain itu, andaian pembaca pula boleh dianggap Bahasa Melayu seperti salah satu bahasa yang ditolak tepi dalam dunia, walaupun dicontohi dalam artikel ini yang Bahasa Melayu amat terkenal dalam dunia kita ini. Ini menunjukkan yang identiti kebangsaan kita penting dalam hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaian penulis adalah Bahasa Melayu setaraf Bahasa Inggeris. Dengan itu, Bahasa Melayu tidak boleh ditepikan dalam hidup kita.

      Delete
  2. Penulis dapat menguatkan hujahmya dengan bukti dari teks yang "banyak pihak mengambil kira yang penguasaan bahasa Inggeris sebagai penanda aras bagi menilai tahap kebijaksanaan seseorang" dan juga "sesetengah pihak yang tidak lagi menghiraukan bahasa Melayu sebagai bahasa yang utama di Malaysia" serta "ada pihak yang berfikiran dangkal dengan menganggap bahawa penggunaan bahasa kebangsaan sebagai ketinggalan zaman". Ini menguatkan hujahnya iaitu warganegara Malaysia malu berbahasa Melayu kerana takut dikirakan kurang bijak. Penulis tidak rujuk pada bahan-bahan lain.

    ReplyDelete
  3. Point Kemasukan (6) Kesan

    - Artikel ini akan memberi kesedaran kepada warganegara Malaysia bahawa bahasa utama mereka, Bahasa Melayu, adalah bahasa yang penting.

    - Artikel ini akan menukar persepsi orang terhadap bahasa utama di Malaysia.

    - Artikel ini juga akan menukar persepsi orang terhadap Bahasa Inggeris. Walaupun seseorang mahir dalam Bahasa Inggeris, ia tidak bermakna bahawa mereka lebih pandai.

    ReplyDelete
  4. Point Kemasukan (8) Persoalan
    -Isu utama yang dibincangkan adalah penghargaan rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu
    -Isu lain yang dibincangkan adalah persepsi rakyat Malaysia terhadap bahasa ibunda mereka dan kepentingan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek seperti identiti dan kemajuan negara.
    -Isu-isu lain yang dibincangkan memang berkaitan dengan isu utama kerana ia menjadi sebagai bukti bagi tahap penghargaan rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Isu utama yang dibincangkan adalah tanggungjawab rakyat Malaysia yang sepatutnya menghargai bahasa Melayu

      Delete
  5. Point Kemasukan (7) Maksud Tersirat

    Maksud tersirat dalam artikel ini adalah:
    - penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa seharian tidak digalakkan
    - seseorang yang bertutur dengan Bahasa Inggeris tidak semestinya lebih pandai ataupun berkelebihan
    - para penduduk Malaysia patut bertutur dengan Bahasa Melayu kerana ia adalah bahasa kebangsaan mereka
    - Bahasa Melayu berperanan dalam pembangunan negara mereka serta perpaduan kaum

    Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini:
    - penulis asyik menekankan kepentingan Bahasa Melayu
    - penulis tersebut berat sebelah dengan bahasa ibundanya kerana dia seorang penduduk Malaysia dan juga seorang yang berbangsa Melayu
    - intonasinya menunjukkan yang dia menggalakan para pembaca untuk bertutur dalam Bahasa Melayu

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Point Kemasukan (4) Pendapat


    Artikel ini ditulis berdasarkan perspektif penulis.

    Kumpulan yang diwakili penulis tidak jelas, malangnya penulis boleh mewakili beberapa kumpulan.

    1) Penulis boleh mewakili kumpulan para pelajar yang ingin bahasa ibunda lebih digunakan di dalam masyarakat.

    2) Penulis juga boleh mewakili golongan guru-guru dan pihak sekolah dan mereka ingin masyarakat sedar akan apa telah jadi kepada penggunaan bahasa Melayu.

    3) Akhirnya, penulis boleh mewakili golongan warga tua yang telah lihat dengan mata sendiri penggunaan bahasa Melayu yang semaking berkurangan atau seorang yang bijak tentang sejarah Melayu kerana penulis.

    ReplyDelete
  8. Point Kemasukan (6) Kesan

    Kesan-kesannya ialah:
    - segolongan orang di kalangan masyarakat yang masih tidak yakin untuk berbahasa
    Melayu.
    - Tidak fasih untuk berbicara dalam bahasa Melayu dan takut mereka akan dipandang rendah oleh orang yang berbicara dalam bahasa Ingeris.
    Ini memberikan kesan yang tidak baik kepada orang-orang Melayu yang lain
    Selepas membaca artikel ini, saya rasa lebih berminat untuk bertutur dalam bahasa Melayu
    Ia adalah budaya kita dan kita harus cuba mengekalkan bahasa Melayu.
    Jika tidak, bahasa Melayu akan lama-kelamaan pupus dan generasi muda yang lain tidak dapat mewakili dirinya sebagai seorang insan Melayu.

    ReplyDelete