Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Kembara (3HML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan : Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepadamanusia Melayu dan wajar
dihormati”. Adakah pernyataanini sesuai pada konteks sekarang? Berikan pendapat kamu.
(4markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah kepercayaan pada semangat kayu perlu diteruskan? Jelaskan.
(6 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad


14 comments:

  1. 1. Pada pendapat saya, pernyataan ini sesesuai pada konteks sekarang kerana pada zaman ini, kami memotong banyak pokok-pokok untuk kegunaan kami dan merosakkan bumi ini. Kami terlupa tentang kepentingan pokok-pokok. Oleh kerana itu, penyataan ini boleh menjadi peringatan kepada kami supaya kami menghormati kayu yang dibuat daripada pokok-pokok.

    2. Dua pengajaran yang saya peroleh daripada daripada laporan ini ialah bukan semua masyarakat Melayu melihat hutan sebagai sumber alam yang menjadi semacam lombong emas dan kayu-kayu yang bersemangat tinggi digunakan bagi perkakas-perkakas yang lebih berwibawa seperti hulu-hulu keris.

    3. Pada pendapat saya, kepercayaan kepada semangat kayu perlu diteruskan kerana semangat kayu adalah yang menetapkan kesesuaiannya untuk digunakan bagi pembinaan-pembinaan tertentu. Sebagai contoh, jika kayu-kayu yang bersemangat rendah digunakan untuk membuat hulu-hulu keris, ia mungkin tidak dapat digunakan. Ia juga menghormati kayu tersebut jika ia digunakan untuk tujuan sebenarnya. Terakhir, ia akan mengekalkan kesenian dan warisan Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "sesesuai pada" = "sesuai dalam"
      - "banyak pokok-pokok" = "banyak pokok" atau "pokok-pokok"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian
      • Pembetulan
      - "daripada" = dibuang, ada pengulangan

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Jumlah = 10.5/14

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Walaupun pada zaman terkini mempunyai lebih banyak bahan-bahan pembinaan alternatif yang boleh kita menggunakan seperti besi, plastik, styrofoam dan sebagainya, kayu masih salah satu daripadanya yang digunakan dengan lebih luas. Pohon memberikan kita kayu yang boleh kita bukan sahaja membuat rumah untuk melindung kita, tetapi lebih banyak kemudahan yang lain seperti meja, kerusi, dan juga mainan. Kayu adalah sesuatu bahan yang fleksibel dan boleh tukar penggunaanya. Dengan itu, pada pendapat saya, kayu adalah sahabat pada masyarakat Melayu, sama seperti masyarakat-masyarakat yang lain.

    2. Dua pengajaran yang boleh saya peloreh daripada laporan ini adalah pertama, pokok dapat memainkan peranan dalam alam manusia ini dan juga alam roh, seperti yang dicatatkan dalam artikel, dan kedua, pokok adalah salah satu anugerah tuhan yang tidak disia-siakan dalam masyarakat Melayu kerana dapat banyak hasil yang berguna daripada kayunya.

    3. Pada pendapat saya, kepercayaan semangat kayu masih boleh diteruskan kerana ini adalah kepercayaan budaya kita. Mungkin pada masa dahulu, orang-orang itu telah dapat pengalaman untuk membahagikan kayu-kayu ini daripada kegunaannya. Ini boleh menjadi benar dengan kepercayaan orang-orang dahulu masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Pembetulan
      - "banyak bahan-bahan" = "banyak bahan" atau "bahan-bahan"
      - "yang boleh kita bukan sahaja membuat rumah untuk melindung kita" = "yang bukan sahaja dibuat rumah untuk melindungi kita"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Pembetulan
      - "peloreh" = "peroleh"
      - "dapat" = "terdapat"

      Soalan 3 : 6 - 3 - 0,5 = 2.5 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian
      • Salah kata hubung
      - "daripada" = "kepada"

      Jumlah = 8.5/14

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Pada pendapat saya, pernyataan tersebut sesuai pada konteks sekarang kerana kami menggunakan kayu untuk berbagai tugas seperti binaan. Kayu juga digunakan dengan lebih luas dan juga senang dan tidak beberapa mahal untuk dapat. Pohon-pohon amat berfaedah pada manusia di mana batangnya boleh dibuat kayu untuk binaan, buah-buah pohon tersebut boleh dijual dan juga dimakan.

    2) Dua pengajaran yang saya dapat perolehi daripada laporan tersbut adalah yang pokok penting kerana ia simbolik seperti dikatakan di teks, "Simboliknya, hutan dilihat sebagai sumber alam yang dapat menjadi semacam lombong emas bagi masyarakat" Kedua, pohon merupakan salah satu anugerah daripada tuhan. Ini dapat dibuktikan dari teks yang "Pohon merupakan hasil bumi serta anugerah khusus daripada Tuhan".

    3) Pada pendapat saya, kepercayaan semangat kayu patut diteruskan kerana ia telah menjadi kepercayaan dalam budaya kami. Mungkin pada masa dulu, pohon-pohon merupakan bahan yang penting pada masyarakat dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5= 3.5 markah
      • Pembetulan
      - "dapat" = "diperolehi"

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Soalan 3 : 6 - 3 = 3 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian.


      Jumlah = 10.5/14

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1) Pada pendapat saya, pernyataan ini tetap sesuai pada konteks sekarang. Kini, pohon-pohon masih digunakan oleh manusia, seperti untuk membina perabot. Walau bagaimanapun, manusia zaman sekarang tidak menghormati pokok. Setiap hari, banyak pokok ditebang untuk penggunaan kita.

    2) Dua pengajaran yang saya telah memperolehi adalah pokok-pokok adalah penting bagi kehidupan kita, dan kita patut menghormati pokok-pokok.

    3) Pada pendapat saya, kepercayaan pada semangat kayu perlu diteruskan. Selama ini, kayu telah memainkan peranan dalam budaya Melayu. Ia telah digunakan untuk membina banyak benda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2= 2 markah
      • Perlu jelaskan isi dengan lebih tepat.

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian.
      • Pembetulan
      - "memperolehi" = "perolehi"
      - "adalah" = dibuang, tidak perlu

      Soalan 3 : 6 - 3 = 3 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian.

      Jumlah = 6/14

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1) Saya setuju yang pernyataan itu sesuai pada konteks sekarang kerana kayu digunakan untuk membina rumah (tiang rumah, lantai) dan juga perabot rumah (katil, kerusi, sofa, meja,‘laddle’). Kayu masih luas digunakan walaupun terdapat pelbagai jenis bahan binaan seperti besi, plastik, simen dan konkrit. Di tempat kampung, banyak peralatan dibuat kayu kerana terdapat hutan dan pokok yang berdekatan. Tambahan pula, kayu menunjukkan kerbekatan alam yang Maha Esa pinjamkan kepadanya. Semua ini menyebabkan pokok menjadi sahabat kepada masyarakat Melayu dan ini bermakna kita harus menghormati segala yang diberi kita.


    2) Saya mempelajari yang pokok amat dihormati oleh masyarakat Melayu. Ini adalah kerana pokok adalah pemberian dan berkat dari Tuhan. Juga, masyarakat Melayu bergantung kepada pokok dan kayu yang ia memberi, jadi itulah mengapah masyarakat Melayu menghormati sesuatu yang amat penting kepada mereka.

    Kedua, saya mempelajari yang pokok merupakan sesuatu yang penting bagi masyarakat, terutama masyarakat Melayu. Pokok penting bagi pembangunan ilmu-ilmu masyarakat Melayu. Pokok juga menyatukan masyarakat Melayu. Tambahan pula, masyarakat Melayu amat mementingkan pokok dan kayu.


    3) Kepercayaan kepada kayu perlu diteruskan kerana kayu adalah bahan pembinaan yang amat masih luas digunakan. Ia masih digunakan walaupun terdapat bahan-bahan alternatif dan kayu adalah antara bahan pembinaan yang pertama terutama di kampung kerana kampung terletak dekat dengan hutan dan di hutan terdapat pokok dan kayu. Ini menunjukkan kepentingan kayu pada masa kini.

    Kedua, kayu menunjukkan keberkatan alam dan pemberian Tuhan kepada kita. Sebagai orang Islam kita harus menghormati dan merasa syukur untuknya kerana kayu adalah amat penting dalam kehidupan kita terutama sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 1 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Perlu jelaskan isi yang kedua
      • Pembetulan
      - "pokok dan kayu yang ia memberi" = "kayu daripada pokok"
      - "mengapah" = "mengapa"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Salah imbuhan
      - "merasa" = "rasa"

      Jumlah = 11/14

      Terima kasih.

      Delete
  6. 1) Pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang kerana pada zaman sekarang, pokok ditebang untuk kegunaan seharian manusia seperti kertas dan batang pokok boleh digunakan untuk binaan perabot-perabot. Ia telah menjadi sesuatu yang manusia bergantung kepada dan tanpa pokok, aktiviti manusia tidak boleh dijalankan dengan lancar.

    2) Pengajaran pertama yang boleh saya perolehi ialah pokok membawa banyak faedah kepada manusia dan manusia banyak bergantung kepadanya. Pengajaran kedua ialah pokok-pokok yang ditebang boleh dibuat kepada banyak barang seperti perabot, hiasan dan banyak lagi.

    3) Kepercayaan pada semangat kayu tetap harus diteruskan kerana kayu yang sememangnya datang daripada pokok adalah sesuatu yang penting dalam hidup manusia dan ia telah membantu kita dalam banyak aspek kehidupan. Manusia tidak harus lupa pada pokok kerana ia telah membuat aktiviti manusia lebih senang dan mudah. Kita harus berhutang budi kepada pokok-pokok itu dan bersyukur kerana adanya pokok sebagai pemberian Allah kepada manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "bergantung kepada" = "harapkan"

      Soalan 2 : 4 - 1 = 3 markah
      • Perlu jelaskan isi yang pertama

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Jumlah = 12.5/14

      Terima kasih.

      Delete
  7. 1. Pada pendapat saya, pernyataan tersebut memang sesuai bagi konteks sekarang kerana kayu masih berharga walaupun ia tidak begitu berharga jika dibandingkan dengan harganya pada zaman dahulu. Pada zaman ini, kayu tetap boleh digunakan dengan pelbagai cara sebagai sumber bagi kertas. Pelbagai ukiran juga terdapat pada kayu yang digunakan untuk membuat sofa. Sofa yang mempunyai ukiran pada kayunya selalunya diukir oleh orang Melayu dan ia juga adalah sesuatu seni.

    2. Pengajaran yang dapat diperoleh adalah kayu amat dihargai pada zaman dahulu. Berdasarkan laporan tersebut, ia dikatakan bahawa "kayu kemuning kononnya dianggap lebih berharga berbanding emas". Ini menunjukkan bahawa kayu mempunyai nilai yang amat berharga. Selain daripada itu, saya juga dapat mempelajari bahawa kita patut menghargai kayu kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan yang berguna seperti hulu-hulu keris, objek-objek adat, pintu dan sebagainya.

    3. Pada pendapat saya, kepercayaan pada semangat kayu tidak perlu diteruskan kerana terdapat pelbagai alternatif yang lain bagi menggantikan kegunaan kayu. Jika semangat kayu diteruskan, lebih ramai orang akan menggunakan kayu untuk membina struktur dan sebagainya. Ini bermakna lebih pokok harus dipotong bagi mendapatkan kayu. Ini adalah perkara yang akan memudaratkan dunia ini kerana pokok mempunyai peranan yang penting dalam mengurangkan kesan pemanasan global. Jika semangat kayu tetap diteruskan, kesan pemanasan global akan berlebihan dan akhirnya manusia yang akan menghadapi akibatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Jumlah = 14/14

      Terima kasih.

      Delete