Tuesday, 20 March 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 3HML)

Selamat sejahtera,

Sila lakukan tugasan ini.

Petikan : Selasa, 20 Mac, Muzikal dalam acara budaya Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, muzikal ‘menjejak perjalanan seorang pemuzik mencapai kejayaan di persada seni dunia meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan’. Adakah tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan, relevan untuk para pelajar? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah pementasan muzikal di taman suatu perbuatan yang wajar? Jelaskan. (6 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

14 comments:

  1. 1) Pada pendapat saya, tema pada muzikal seperti yang dilaporkan adalah relevan untuk para pelajar kerana ia boleh digunakan sebagai motivasi supaya seorang pelajar terus berusaha untuk berjaya walaupun dia berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Selain itu, ia juga ia menggambarkan kehidupan seorang remaja. Pada usia ini, ia adalah usia yang kami masih tidak pasti tentang banyak perkara.

    2) Dua pengajaran yang saya perolehi daripada laporan ini ialah pertama, untuk selalu berusaha terutama sekali dalam bidang akademik walaupun saya menghadapi cabaran dapat kehidupan saya dan mahu berputus asa. Pengajaran kedua ialah kepentingan budaya Melayu kerana muzikal tersebut menggunakan dikir barat dan penonton juga akan mendapat kuih tradisional serperti bingka ubi. Ini menunjukkan bahawa walaupun kami berada di zaman moden, kami tidak patut melupakan budaya kami.

    3) Pada pendapat saya, pementasan muzikal di taman suatu perbuatan yang wajar kerana ia akan disambut dengan lebih meriah kerana lebih ramai orang akan menonton pementasan tersebut, lebih ramai orang dapat sedar tentang kepentingan budaya apabila mereka melihat atau mendengar dikir barat dan lebih ramai orang akan bermotivasi untuk melakukan perkara-perkara yang lebih baik dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 = 3.5 markah

      • Pembetulan
      - "usia yang kami masih tidak pasti tentang banyak perkara" = "frasa di mana kami masih tidak pasti apa yang kami inginkan dalam kehidupan."

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Salah imbuhan
      - "kepentingan" = "pentingnya"

      • Pembetulan
      - "menggunakan" = "mempamerkan muzik"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5 markah
      • Salah imbuhan
      - "kepentingan" = "pentingnya"

      • Pembetulan
      - "mendengar" = "didedahkan kepada muzik"

      Jumlah = 11.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Pada pendapat saya, tema muzikal tersebut boleh digunakan oleh para pelajar sebagai inspirasi untuk belajar dengan lebih keras untuk mencapai aspirasi mereka. Muzikal tersebut juga menggambarkan hidup orang remaja yang boleh memberi motivasi pada penonton.

    2. Dua pengajaran yang saya medapati darpida cerita tersebut adalah yang kami harus berkerja keras untuk mendapat apa yang kami ingin mencapai. Saya juga mempelajari yang kami boleh dapat motivasi dari sudut-sudut yang lain, seperti muzikal ini.

    3. Pada pendapat saya, pementasan muzikal di taman tidak wajar kerana ia tidak begitu selesa untuk penonton yang akan datang menonton muzikal tersebut. Akibat tidak selesa ini, ada kalanya penonton tidak akan dapat mesej yang ingin disampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Pembetulan
      - "keras" = "tekun"
      - "hidup" = "kehidupan"
      - "orang" = "seorang"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Salah imbuhan
      - "berkerja" = "bekerja"
      - "mencapai" = "capai"
      - "mempelajari " = "pelajari "

      • Pembetulan
      - "darpida" = "daripada"
      - "adalah yang" = buang "yang"

      • Ada 2 isi dan huraian tapi tiada rujukan pada teks.

      Soalan 3 : 6 - 3 = 3 markah
      • Hanya ada 1 isi & huraian beserta contoh, perlu tambah 1 isi beserta huraian & contoh.

      • Pembetulan
      - "mendengar" = "didedahkan kepada muzik"

      Jumlah = 6.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Pada pendapat saya, tema pada muzikal seperti yang dilaporkan pada petikan memang relevan untuk para pelajar. Terdapat pengajaran di sebalik tema tersebut, iaitu kejayaan boleh dicapai jika seseorang itu sanggup bekerja keras dan berdepan dengan cabaran. Pengajaran ini boleh dijadikan sebagai perangsang untuk para pelajar untuk terus berjuang mengejar impian dan jangan berputus asa. Ia amat relevan kerana pengajaran tersebut boleh dipraktikkan sepangjang hayat mereka.

    2) Satu pengajaran yang saya telah memperolehi adalah adat tradisional tetap boleh digunakan pada masa kini. Satu contoh adalah muzik tradisional seperti dikir barat akan dipersembahkan dalam muzikal tersebut. Ini menunjukkan bahawa muzik tradisional masih ada dalam zaman moden kita ini.

    Pengajaran kedua yang saya telah memperolehi adalah acara seperti muzikal ini ialah wadah yang baik untuk mendidik bukan sahaja para pelajar tetapi orang awam tentang adat-adat tradisional Melayu. Mereka akan berpeluang belajar membuat bakul, melukis batik dan menyaksikan pelbagai pameran kebudayaan dan seni Melayu seperti permainan tradisional dan pakaian tradisional dan sebagainya.

    3) Pada pendapat saya, pementasan muzikal di taman bukan suatu perbuatan yang wajar. Ruang taman selalunya adalah ruang yang terbuka. Ini mungkin tidak wajar kerana para penonton tidak akan dapat mendengar dengan jelas percakapan pelakon-pelakon yang terlibat dalam muzikal tersebut. Selalunya, muzikal akan dipersembahkan di atas pentas auditorium ataupun tempat yang tertutup kerana akustiknya lebih jelas. Ia juga tidak terdedah kepada gangguan luaran yang boleh menjejaskan pementasan tersebut. Walau bagaimanapun, ia agak mahal untuk mengadakan pementasan di dalam auditorium. Orang yang hendak menonton muzikal tersebut tetapi tidak mampu untuk membeli tiket tidak akan dapat peluang untuk menontonnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah

      • Pembetulan
      - "sepangjang" = "sepanjang"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Salah imbuhan
      - "memperolehi" = "perolehi"


      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5 markah

      • Pembetulan
      - "menjejaskan" = "menjejas"
      - "Orang" = "Ramai orang"

      Jumlah = 12 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Pada pendapat saya, tema muzikal tersebut memang relevan bagi para pelajar kerana mereka pasti mempunyai impian tersendiri. Walaupun impian mereka mungkin tidak berkenaan dengan seni, mereka tetap harus berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Melalui muzikal tersebut, mereka boleh mendapat tahu sikap yang diperlukan bagi mencapai impian mereka. Dengan itu, mereka boleh mendapat inspirasi dan akan lebih bermotivasi untuk bekerja keras.

    2. Melalui laporan ini, saya dapat mempelajari bahawa masih ada golongan orang yang ingin mengekalkan adat dan budaya Melayu. Selain muzikal tersebut, pelbagai aktiviti seperti pameran kebudayaan seni Melayu dipamerkan. Ini menunjukkan bahawa masih ada orang yang sanggup meluangkan masa untuk mempamerkan informasi tentang kebudayaan seni Melayu. Selain itu, saya mempelajari bahawa banyak usaha telah diberikan semata-mata untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang seni Melayu. Buktinya adalah pelbagai macam aktiviti telah dianjurkan selain muzikal tersebut. Orang ramai tidak sahaja boleh menonton muzikal tersebut tetapi juga merasakan keenakan bermacam-macam kuih tradisional.

    3. Pada pendapat saya, pementasan muzikal di taman adalah sesuatu yang wajar kerana lebih ramai orang akan mendapat tahu tentang acara tersebut. Apabila sesuatu acara dianjurkan di sebuah taman, ia selalunya akan menjadi lebih meriah dan heboh kerana muzik yang kuat boleh didengari daripada jarak yang jauh. Oleh itu, orang ramai akan berasa hairan dan ingin mengetahui lebih tentang apa yang sedang berlaku. Ini dapat menarik perhatian ramai orang untuk menghadiri acara tersebut. Selain itu, orang yang menghadiri muzikal tersebut akan berasa lebih bersemangat kerana keadaan akan menjadi lebih riuh-rendah dengan ramai orang. Apabila mereka menjadi lebih bersemangat, mereka akan melibatkan diri mereka dalam pelbagai aktiviti yang terdapat di acara tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Salah imbuhan
      - "tersendiri" = "sendiri"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Pembetulan
      - "orang" = buang "orang"
      - "diberikan" = "dijalankan"
      - "macam" = buang "macam"


      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah

      • Salah kata hubung
      - "di" = "dalam"

      Jumlah = 11.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1) Saya rasa tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan relevan untuk para pelajar. Ia relevan kerana ia berkaitan dengan kehidupan para pelajar. Mesej yang ingin disampaikan melalu muzikal ini ialah pelajar tidak harus cepat putus asa dan harus mengharungi setiap rintangan dan cabaran yang dilaluinya kerana pasti ada sesuatu kebaikan yang akan dikecapi di akhirnya. Untuk konteks para pelajar pula, ia sesuai kerana kita sering melalui pelbagai cabaran di kehidupan sekolah untuk berjaya dalam kehidupan seperti tekanan dan kerja sekolah yang bertimbun. Kita tidak harus cepat putus asa dan membuat yang terbaik untuk mencapai kejayaan pada akhirnya.
    2) Pengajaran pertama yang boleh saya perolehi daripada laporan ini ialah muzik tradisional Melayu masih kekal hingga ke hari ini. Muzik tradisional Melayu seperti dikir barat masih dihargai oleh generasi muda hingga ke hari ini dan mereka mengubah muzik tradisional Melayu untuk menjadi lebih rancak dengan memberinya nafas moden yang akan menarik perhatian generasi muda dan dipersembahkan dalam seni tarian, lakonan dan nyanyian. Pengajaran kedua ialah seseorang boleh membawa pulang kemahiran daripada acara yang disediakan seperti membuat bakul, melukis batik dan menyaksikan pameran tentang budaya Melayu.
    3) Saya rasa pementasan muzikal di taman suatu perbuatan yang wajar kerana dengan membuat sesuatu pementasan muzikal di tempat awam, ia akan menarik lebih banyak orang untuk menyaksikan permentasan itu. Dengan lebih banyak orang berkumpul, orang lain yang ingin mengetahui lebih tentang apa yang sedang berlaku akan juga menonton permentasan itu. Dengan ini, ia akan jadi lebih meriah dan mereka yang bukan berbangsa Melayu juga dapat menonton permentasan itu. Mereka yang bukan berbangsa Melayu dapat mengenal lebih tentang adat-adat orang Melayu dan juga tentang alat-alat tradisional Melayu yang digunakan untuk permentasan itu. Bukan itu sahaja, jika orang muda mendengar dan menonton permentasan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar sendiri, mereka akan rasa tertarik untuk menyertai acara seperti ini dan juga menghargai muzik-muzik tradisional Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Salah imbuhan
      - "melalu" = "melalui"

      • Salah kata hubung
      - "di" = "dalam"
      - "dan" = "tetapi"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah

      • Pembetulan
      - "moden" = "baru"


      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah

      • Pembetulan
      - "mengenal lebih" = "lebih mengenali"

      Jumlah = 11.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  6. 1) Tema ini adalah relevan kerana pertama, ia adalah tentang muzik tradisional yang diberi nafas moden. Juga, ia dipersembahkan dalam seni tarian, lakonan dan nyarian. Ini akan menarik perhatian para pelajar kerana ia tentang sesuatu tradisi yang dibuat moden dan ini mereka akan berasa itu lebih ‘kini masa’.

    Kedua, ia cuba untuk mengajar para pelajar sifat penting dengan cara yang lebih menarik perhatian mereka. Muzikal ini ingin menyampaikan mesej jangan putus asa dan untuk terus lakukan dan mengikut impian mereka.

    2) Saya mempelajari yang penganjur muzikal itu ingin membuat generasi Melayu yang terkini seperti remaja dan praremaja kenal pasti kepada tradisi melayu seperti dikir barat, seni Melayu, pakaian tradisional Melayu dan juga permainan tradisional. Mungkin ini adalah kerana mereka ingin mereka lebih perasan tradisi Melayu kerana ia adalah tradisi mereka. Juga, pengajur ingin menarik lebih orang dengan menjual tiket dengan harga yang murah

    Kedua, saya mempelajari yang ada golongan di dalam komuniti Melayu yang tidak sedar akan tradisi dan budaya Melayu. Saya berpendapat bergini kerana selain muzikal yang mengandungi dikir barat, seni tarian, lakonan dan nyarian, juga terdapat banyak perkara yang mengenai budaya Melayu. Contoh adalah permainan dan pakaian tradisional Melayu seperti baju batik, kelas melukis batik, pameran tentang budaya Melayu, seni Melayu dan kuih tradisional. Semua adalah tentang budaya Melayu dan penganjur memberi banyak tumpuan kepada budaya Melayu kerana mereka ingin orang tertarik kepada budayanya dan sambung budaya ini. Ini seperti mereka berpendapat yang budaya Melayu tidak diberi banyak tumpuan.

    3) Saya berpendapat yang mengadakannya di padang adalah wajar kerana, sebab ia diadakan di tempat yang luas, orang akan dapat jumpainya dengan senang. Juga, orang yang ingin tahu apa yang sedang diadakan di sana, mereka boleh ke padang itu. Juga, sebab ia di padang, ia patut luas dan cukup tempat untuk semuah pameran dan aktiviti yang penganjur ingin adakan.

    Malangnya, jika ada estet perumahan yang berdekatan, penganjur harus berhati-hati supaya kekuatan suara muzikal itu cukup kuat untuk orang dengar tetapi tidak terlalu kuat hingga menganggu orang. Sebab ia di adakan pada 6-9.30 malam, orang tidak ingin gangguan apabila melakukan perkara mereka dan ada orang yang ingin tidur. Asalkan penganjur berhati-hati, tidak ada isu tentang suara dari muzikal itu.

    Juga, sebab ia di padang, penganjur harus menyediakan tempat untuk penonton duduk dan/atau diri jika padang itu basah. Itu adalah lagi satu isu penganjur harus menyelesaikan. Penganjur juga harus mencari sumber elektrik yang mencukupi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Salah imbuhan
      - "nyarian" = "nyanyian"

      • Salah kata hubung
      - "dan" = "tetapi"

      • Pembetulan
      - "dibuat moden " = "dimodenkan"
      - "penting" = "mulia"
      - "mengikut" = "mencapai"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah

      • Salam imbuhan
      - "bergini" = "begini"

      • Pembetulan
      - "membuat" = "memperkenalkan"
      - "perasan" = "menghayati"
      - "sambung" = "melestarikan"


      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 1.5 markah
      • Salah imbuhan
      - "menganggu" = "mengganggu"
      - "di adakan" = "diadakan"
      - "gangguan" = "diganggu"
      - "menyelesaikan" = "peka"

      • Pembetulan
      - "jumpainya" = "mengetahui tentang tempat ini"
      - "patut" = dibuang
      - "semuah" = "mengadakan"
      - "kekuatan" = "nada"
      - "apabila melakukan perkara mereka dan ada orang yang ingin tidur." = dibuang

      Jumlah = 5.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  7. 1) Tema ini adalah relevan kerana pertama, ia menyentuh muzik tradisional yang diberi nafas moden. Ia juga dipersembahkan menerusi seni tarian, lakonan dan nyarian. Ini akan menarik perhatian para pelajar kerana ia tentang sesuatu tradisi yang dibuat moden dan ini mereka akan berasa itu lebih dekati kepada mereka. Kedua, ia cuba untuk mengajar para pelajar sifat penting dengan cara yang lebih menarik perhatian mereka. Harapan muzikal ini adalah untuk memupuk sifat tidak putus asa dalam para pelajar.

    2) Pelajaran yang didapati penganjur muzikal itu ingin membuat generasi Melayu yang terkini lebih terbuka kepada tradisi melayu. Mungkin ini adalah kerana mereka ingin mereka lebih perasan tradisi Melayu kerana ia adalah tradisi mereka. Pelbagai contoh adalah seperti pakaian tradisional dan dikir barat. Kedua, saya mempelajari yang ada golongan di dalam komuniti Melayu yang tidak sedar akan tradisi dan budaya Melayu. Ia bergini kerana selain muzikal yang mengandungi dikir barat, seni tarian, lakonan dan nyarian, juga terdapat banyak perkara yang mengenai budaya Melayu. Contoh adalah permainan dan pakaian tradisional Melayu seperti baju batik, kelas melukis batik, pameran tentang budaya Melayu, seni Melayu dan kuih tradisional.

    3) Saya berpendapat yang mengadakannya di padang adalah wajar kerana, sebab ia diadakan di tempat yang luas, orang akan dapat jumpainya dengan senang. Ia dapat memberi kebebasan kepada para penonton untuk gemar konsert itu dengan cara apa yang mereka selesa, tetapi mereka harus mengorbankan keselesaan seperti harus berdiri atau menerusi dalam kehujanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah

      • Salah ejaan
      - "nyarian" = "nyanyian"

      • Pembetulan
      - "moden" = "secara moden"
      - "penting" = "mulia"
      - "Harapan" = "Harapan yang ingin dicapai dalam"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 1.5 markah

      • Salah imbuhan
      - "penganjur" = "anjuran"

      • Pembetulan
      - "Pelajaran" = "Pengajaran"
      - "perasan" = "menghayati"
      - "bergini" = "begini"
      - "mengandungi" = "melibatkan"


      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Perlu masukkan contoh daripada teks.

      • Pembetulan
      - "selesa" = "rasa selesa"
      - "menerusi dalam kehujanan" = "berhujan"

      Jumlah = 6.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete