Wednesday, 21 March 2012

Santapan Minda – Kesihatan Fizikal, Mental & Rohani (Menengah 3HML)

Selamat sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini.


Petikan : Rabu, 21 Mac, Bersemangat ingin turunkan berat badan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, program LTW (Lose To Win) dikatakan menarik disebabkan cara ia dikendalikan. Nyatakan dua cara itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, Cik Siti menyatakan “Saya seorang yang kalau mahu membuat sesuatu seperti senaman, perlukan keseronokan dengan kawan-kawan. Barulah ada semangat”. Adakah pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

1. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah senaman suatu cara yang boleh mengurangkan berat badan? Jelaskan. (6 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

14 comments:

  1. 1. Dua cara yang menyebabkan program LTW ini menarik adalah pertama, senaman ini dapat dilakukan secara ramai-ramai dalam kumpulan menerusi platform yang disediakan, seperti apa yang dikatakan dalam petikan, "Antara aktiviti yang dimuatkan dalam program LTW itu ialah senaman berkumpulan, bengkel pemakanan secara interaktif dan lawatan ke pasar raya dan sesi kaunseling."

    Selain itu, ia memberikan sesuatu cabaran yang meyebabkan peserta memikir dan merancang apa yang dikehendaki untuk dilakukan supaya dapat mencapai matlamat sendiri. Ini terdapat dalam petikan dalam contoh, "'Kami diajar membuat perancangan, macam juga perancangan dalam kewangan. Katakan kita mempunyai $1,000, bagaimanakah kita harus membelanjakannya agar tidak berlebihan."

    2. Penyataan Cik Siti adalah tepat kerana menerusi program ini, senaman dapat dilakukan dengan kawan-kawan atau kumpulan yang sedang dalam masalah sama sepertinya. Ini membolehkan mereka dapat memahami satu sama lain lebih mudah dan menuju ke arah kejayaan bersama-sama kerana apabila kita gagal, tentu tahu ada seseorang yang akan menolong membangunkan kita sekali lagi. Ini terbukti dalam petikan, 'Beliau juga mempunyai seorang teman jururawat lelaki yang berlebihan berat badan dan mereka sama-sama bersenam."

    3. Pada pendapat saya, senaman tentu adalah salah satu cara yang lebih selamat dan natural untuk mengurangkan berat badan. Sebagai manusia, kita tentu harus membuat aktiviti-aktiviti yang mengharuskan aspek fizikal. Khasiat yang dalam badan akan digunakan untuk aksi fizikal, mengurangkan lemak di dalam. Walaupun agak memenatkan, ini tentu akan mengelakkan dari segala penyakit, seperti kesan sampingan yang tidak diingini daripada contoh, "Diet Pill" atau ubat-ubat conventional. Akhirnya, senaman bukan sahaja satu cara untuk mengurangkan berat badan, tetapi salah satu cara yang paling baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Salah imbuhan
      - "memikir" = "berfikir"

      • Pembetulan
      - "meyebabkan" = "menggalakkan"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Pembetulan
      - "sama " = dibuang, tidak perlu
      - "lebih mudah" = "dengan lebih mudah"
      - "tahu" = "pasti"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah

      • Pembetulan
      - "tentu adalah" = "tentunya"
      - "mengharuskan" = "menyentuh"
      - "yang" = dibuang, tidak perlu
      - "di dalam" = "di dalam badan"
      - "akan mengelakkan" = "akan dapat mengelakkan diri"
      - "daripada" = "seperti"
      - "conventional" = "konvensional"
      - "salah" = "adalah"

      Jumlah = 7.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1) Dua cara tersebut ialah dengan membuat senaman-senaman lebih menyeronokkan dengan mengadakannya dengan ramai orang dan bukan bersendirian. Bukti daripada petikan ialah antara aktiviti yang dimuatkan dalam program LTW itu ialah senaman berkumpulan. Selain itu, para peserta program LTW telah belajar cara untuk memilih makanan yang kurang dalam kandungan lemaknya. Seperti contoh, mereka telah belajar bagaimana untuk memilih minyak masak.

    2) Pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya kerana dia bersenam bersama seorang teman jururawat lelaki yang berlebihan berat badan. Pada pendapat saya, ini adalah salah satu cara untuk berinteraksi dengan kawan-kawan sambil membuat sesuatu yang berfaedah.

    3) Pada pendapat saya, senaman suatu cara yang boleh mengurangkan berat badan apabila seseorang individu membuat senaman yang sesuai untuk dirinya. Jika seseorang membuat senaman yang terlalu ringgan, ia tidak akan berkesan tetapi jika seseorang membuat senaman yang terlalu berat, ia mungkin akan mencederakkannya. Selain itu, individu patut juga menjaga pemakanannya kerana ia tidak berguna untuk bersenam tetapi makan makanan yang menggemukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 = 3.5 markah

      • Pembetulan
      - "mengadakannya" = "melakukannya"


      Soalan 2 : 4 markah

      • jawapan yang tepat.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah

      • Pembetulan
      - "ringgan" = "ringan"
      - "mencederakkannya" = "mencederakannya"
      - "tidak berguna" = "tiada gunanya"


      Jumlah = 11.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Dua cara yang menybabkan program LTW menarik kerana cara ia dikendalikan ialah pertama, bengkel-bengkel yang disediakan untuk para perserta dapat membantu dalam seluruh hidupnya, dan bukan hanya aspek fizikal dan berat badan. Dari petikan 'Peserta juga berpeluang menyertai bengkel-bengkel kesejahteraan mental yang mencakupi aspek mencapai matlamat, keupayaan mengawal emosi, meningkatkan keyakinan dan menyelesaikan masalah.'

    Kedua, para peserta mendapat lebih matlumat tentang makanan dan mereka juga diberi pertolongan dan juga dapat bersenam secara berkumpulan. Buktinya, 'Antara aktiviti yang dimuatkan dalam program LTW itu ialah senaman berkumpulan, bengkel pemakanan secara interaktif dan lawatan ke pasar raya dan sesi kaunseling.'

    2) Pendapat Cik Siti adalah betepatan kerana dia mendapat seorang teman yang juga mempunyai berat badan yang berlebihan yang dia bersenam bersama-sama. Pada pendapat saya, bersenam dalam pasangan atau kumpulan lebih baik kerana kita tidak berseorangan apabila melakukan aktiviti itu dan kita boleh memberi sokongan supaya tidak berputus asa. Juga, jika kita mengalami masalah, kita ada bantuan dan kita juga dapat mengenali orang itu dengan lebih baik. Dari teks, 'Beliau juga mempunyai seorang teman jururawat lelaki yang berlebihan berat badan dan mereka sama-sama bersenam.'

    3) Tentulah saya berasa bersenam adalah satu cara yang mengurangkan berat badan. Selain mengurangkan berat badan, melakukan senaman dalam bentuk sukan akan membuat kita lebih baik dalam sukan itu. Jika kia suka melakukan sesuatu cara dan ingin membuatnya hobi kita, kita tentu akan lebih sihat dan kita melakukannya bukan kerana kita harus, tetapi kita suka sukan itu dan senaman yang dikaitkan dengan sukan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Salah ejaan
      - "matlumat" = "maklumat"

      • Pembetulan
      - "dalam seluruh hidupnya" = "dengan cara yang menyeluruh"
      - "pertolongan" = "bantuan"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Salah ejaan
      - "betepatan" = "bertepatan"

      • Pembetulan
      - "yang dia" = "dan mereka"
      - "dalam" = "secara"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5 markah

      • Pembetulan
      - "baik" = "mahir"
      - "membuatnya hobi" = "menjadikannya hobi"


      Jumlah = 10 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1) Satu cara menarik yang program tersebut dikendalikan adalah ia menjadikan senaman sebagai suatu tabiat. Buktinya adalah mereka telah mengadakan cara senaman yang kreatif supaya peserta tidak bosan melakukannya, lalu mereka lebih senang menjadikkannya sebagai suatu tabiat.

    Lagi satu cara adalah ia mengajar peserta untuk merangcang pemakanan mereka setiap hari. Buktinya adalah para peserta diberikan jumlah kalori bagi pemakanan mereka setiap hari dan mereka tidak boleh melebihinya. Mereka diajar bagaimana untuk memilih makanan yang lebih menyihatkan.

    2) Pada pendapat saya, apa yang dikatakan Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya. Dia melakukan perkara-perkara seperti senaman bersama kawan-kawannya. Buktinya adalah dia mempunyai seorang teman jururawat lelaki yang berlebihan berat badan dan mereka sama-sama bersenam. Dia juga mengambil bahagian dalam aktiviti bersenam secara berkumpulan dalam program LTW.

    3) Pada pendapat saya, senaman memang suatu cara yang boleh mengurangkan berat badan. Badan kita memerlukan jumlah kalori yang tertentu untuk berfungsi dengan sempurna, tetapi jika kita melebihi jumlah itu dengan pemakanan kita, ia akan bertukar menjadi lemak. Terlalu banyak lemak akan membuat seseorang menjadi berlebihan berat badan. Tenaga yang digunakan untuk bersenam dapat menghapuskan kalori-kalori dan lemak-lemak yang terlebih. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu bersenam tetapi tetap makan makanan yang mempunyai jumlah lemak yang tinggi, ia tidak akan berkesan. Pilihan yang terbaik adalah untuk mengimbangkan kedua-dua senaman dan pemakanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 - 0.5 = 3 markah

      • Pembetulan
      - "menjadikkannya" = "menjadikannya"
      - "merangcang" = "merancang"


      Soalan 2 : 4 markah

      • Jawapan yang tepat. Baik!

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah

      • Pembetulan
      - "pemakanan" = "cara pemakanan"


      Jumlah = 12.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1. Cara pertama adalah program tersebut diadakan sebagai kumpulan. Dengan itu, peserta akan berasa lebih bermotivasi untuk menurunkan berat badan mereka kerana mereka tahu bahawa terdapat orang lain yang juga ingin menurunkan berat badan. Buktinya adalah salah seorang peserta program tersebut mempunyai rakan-rakan yang juga menyertai program tersebut. Oleh itu, dia berasa lebih bermotivasi. Cara kedua adalah program tersebut dilakukan secara interaktif. Ini dapat menarik perhatian peserta kerana mereka dapat melakukan aktiviti tersebut dengan bergerak. Sebagai contoh, bengkel pemakanan dikendalikan secara interaktif.

    2. Pendapatnya tidak begitu bertepatan dengan apa yang dilakukannya kerana dia sepatutnya ingin bersenam atas motivasi dirinya untuk menjaga kesihatannya dan bukan kerana ia seronok jika dilakukan dengan kawan-kawan. Jika dia bergantung kepada kawan-kawannya untuk mendapatkan motivasi untuk bersenam, dia tidak akan dapat mengekalkan berat badan yang telah dikurangkan melalui senaman bersama kawan-kawannya. Ini kerana kawan-kawannya mungkin akan bertukar fikiran mereka untuk mengurangkan berat badan mereka.

    3. Pada pendapat saya, senaman tentu adalah suatu cara yang boleh mengurangkan berat badan kerana badan kita akan menjadi lebih aktif dan dengan itu dapat meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Tambahan pula, jika kita bersenam sebagai kumpulan, kita tidak hanya mengurangkan berat badan kita tetapi juga ahli kumpulan yang lain. Namun begitu, sukan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada berat badan kita jika kita tidak mengubah cara pemakanan kita. Sebagai contoh, seseorang boleh rajin bersenam setiap hari tetapi jika pengambilan kalorinya lebih daripada kalori yang dibakar melalui senaman, dia akan menambah berat badannya dan bukan mengurangkannya. Oleh itu, bersenam hanya akan berkesan jika pemakanan juga dikawal dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 - 0.5 = 3 markah

      • Pembetulan
      - "diadakan sebagai kumpulan" = "dilakukan secara berkumpulan"
      - "merangcang" = "merancang"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 1 = 2.5 markah

      • Pembetulan
      - "bertukar" = "menukar"
      - "untuk mengurangkan berat badan mereka. " = "dengan tidak mengikuti program tersebut"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah

      • Pembetulan
      - "tentu adalah" = "tentunya menjadi"
      - "sebagai" = "secara"
      - "juga ahli kumpulan yang lain" = makna tidak jelas


      Jumlah = 10 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  6. 1)Cara pertama ialah program LTW membuat senaman itu menjadi sebuat tabiat bagi peserta-pesertanya. Mereka yang menyertai program ini tidak berasa bosan kerana cara-cara yang dilakukan di dalam program itu kreatif lalu menjadikan senaman sebagai sebuah tabiat dalam kehidupan mereka. Cara kedua ialah aktivti-aktiviti di dalam program itu dilakukan secara interaktif. Seperti contoh, bengkel pemakanan dilakukan secara interaktif. Melalui bengkel interaktif ini, ia akan membuat peserta lebih aktif untuk mengambil serta daripada harus duduk dan mendengar jurulatih memberi ceramah.

    2) Pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya kerana program ini dilakukan secara berkumpulan. Dia juga melakukan aktiviti-aktiviti di dalam program itu dalam kumpulan. Seperti contoh, dia bersenam dengan seorang tema jururawat lelaki yang berlebihan berat badan bersama-sama dan dia juga membuat senaman berkumpulan. Dengan itu, dia akan berasa lebih yakin untuk mengurangkan berat badannya. Bersenam dengan yang lain juga dapat memberinya semangat dan mereka akan berasa seronok melakukan perkara yang sama.

    3) Senaman adalah satu cara yang boleh mengurangkan berat badan kerana dengan bersenam, ia dapat membuang lemak-lemak berlebihan yang terkandung di dalam badan kita. Lemak-lemak ini yang akan menaikkan berat badan seseorang. Bersenam juga akan membantu badan kita untuk menjadi cergas dan minda akan menjadi lebih cerdas. Ini akan memudahkan saluran darah di dalam badan kita. Namun, bersenam untuk sekali sahaja tidak akan mengurangkan berat badan dengan segera. Kita harus konsisten dan menjaga pemakanan kita untuk melihat kesannya. Pemakanan itu penting untuk dijaga kerana jika kite bersenam tetapi masih makan makanan yang berlemak, berat badan kita tidak akan berkurangan. Seseorang itu boleh makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, tetapi dia harus juga makan makanan yang mempunyai karbohidrat seperti nasi kerana ia akan memberi tenaga untuk melakukan senaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 - 0.5 = 3 markah

      • Pembetulan
      - "Seperti" = "Sebagai"
      - "serta" = "bahagian"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Pembetulan
      - "Seperti" = "Sebagai"
      - "tema" = "teman"
      - "berkumpulan" = "secara berkumpulan"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5 markah

      • Pembetulan
      - "memudahkan saluran darah" = "memudahkan pengaliran darah"
      - "kite" = "kita"


      Jumlah = 10.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  7. 1. Dua cara yang menyebabkan program LTW ini menarik adalah pertama, peserta dapat bersenaman bersama-sama. Seperti dari petikan, "Antara aktiviti yang dimuatkan dalam program LTW itu ialah senaman berkumpulan, bengkel pemakanan secara interaktif dan lawatan ke pasar raya dan sesi kaunseling."

    Cara kedua adalah pandangan jauh untuk peserta. Peserta dapat berancang untuk apa yang meraka ingin untuk diri mereka sendiri. Seperti dari petikan, "'Kami diajar membuat perancangan, macam juga perancangan dalam kewangan. Katakan kita mempunyai $1,000, bagaimanakah kita harus membelanjakannya agar tidak berlebihan."

    2. Penyataannya tepat kerana jika tidak menyeronokkan atau menarik, peserta tidak akan melakukan aktiviti tersebut. Peserta juga berseronok bersama dengan kawan-kawan mereka juga.

    3. Pada pendapat saya, senaman dapat mengurangkan berat badan. Untuk menetapkan kecergasan badan kami, kami harus bersenam secara tetap. Kami harus tajam di minda dan cergas di badan supaya sihat. Dengan bersenam, kami dapat mengurangkan berat badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 -0.5 - 0.5 = 3 markah

      • Salah imbuhan
      - "berancang" = "merancang"

      • Salah ejaan
      - "meraka" = "mereka"


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 1 = 2.5 markah
      • Kurang penjelasan.

      • Pembetulan
      - "jika" = "jika ia"

      Soalan 3 : 6 - 3 = 3 markah

      • Perlu tambah 1 isi beserta huraian & contoh



      Jumlah = 8.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete