Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Pendidikan & Pelajar (3HML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan : Isnin, 26 Mac 2012, Bengkel kongsi idea hadapi gejala IT
Pautan : Berita


1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Media sosial boleh diibaratkan sebagai senjata tajam seperti pisau;
terpulang kepadasi pengguna menentukan bagaimana ia digunakan dan hasilnya kelak
menguntungkan ataupun memudaratkan”. Adakah kamubersetuju dengan pernyataan ini?
Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakanbukti-bukti.
(4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :
Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini dan jelaskan jawapan kamu
dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :
Pada pendapat kamu, adakah dengan memberi maklumat menerusi lamanweb serta
pameran-pameran adalah cara-cara yang berkesan untuk menyampaikantentang isu
berkaitan IT? Jelaskan. (6 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

14 comments:

  1. 1. Saya bersetuju dengan pernyataan ini. Pada pendapat saya, semua orang dalam dunia ini ada akal supaya mereka boleh fikir tentang perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan juga yang buruk. Oleh kerana itu, jika orang itu membuat sesuatu yang buruk, ia adalah pilihannya sendiri. Walaubagaimanapun, media sosial adalah salah satu perkara yang mempengaruhi orang. Oleh kerana itu, ia adalah sesuatu yang patut menjadi pengaruhan yang baik.

    2. Dua pengajaran yang saya peroleh daripada cerita ini ialah ugama boleh diaplikasi kepada aktiviti harian kami. Bukti daripada petikan ialah 'Tetapi forum dan bengkel yang kami adakan ini adalah berbeza kerana ia bukan sahaja membincangkan unsur-unsur negatif yang boleh didapati daripada media sosial, tetapi turut membincangkannya melalui perspektif Islam.'.

    Selain itu, saya juga pelajari untuk berhati-hati apabila saya melungsuri lelaman web. Bukti daripada petikan ialah 'terpulang kepada si pengguna menentukan bagaimana ia digunakan dan hasilnya kelas menguntungkan ataupun memudaratkan'.


    3. Pada pendapat saya, dengan memberi maklumat menerusi lamanweb serta pameran-pameran adalah cara-cara yang berkesan untuk menyampaikan tentang isu berkaitan IT kerana lebih ramai orang akan membacanya. Orang lebih gemar untuk membaca sesuatu yang ringkas jika dibandingkan dengan mendengar syarahan.

    Selain itu, jika ia dipamerkan di lelaman web, pengguna akan ada pilihan untuk memilih apa yang baik dan apa yang buruk untuk dirinya. Ia tidak menjadi sesuatu paksaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "Walaubagaimanapun" = "Walau bagaimanapun"
      • Salah imbuhan
      - "pengaruhan" = "pengaruh"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "kelas" = "kelak"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "lamanweb" = "laman web"

      Jumlah = 12/14

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1) Saya setuju dengan apa yang dikatakan. Pada pendapat saya, kami semua sebagai manusia boleh membezakan apa yang betul dengan apa yang tidak. Dengan ini, perbuatan salah seseorang adalah kesalahan dia sendiri.

    2) Dua pengajaran yang saya perolehi daripada cerita ini adalah yang penggunaan media sosial dapat memupuk sifat dan aksi yang baru. Ini bukti dari teks di mana "kami antara lain membincangkan impak negatif media sosial sebagai wadah untuk menaburkan fitnah dan mengumpat" dan juga "Tetapi forum dan bengkel yang kami adakan ini adalah berbeza kerana ia bukan sahaja membincangkan unsur- unsur negatif yang boleh didapati daripada media sosial, tetapi turut membincangkannya melalui perspektif Islam"

    3) Pada pendapat saya, memberi maklumat menerusi lamanweb serta pameran-pameran adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan isu tersebut kerana dengna penggunaan lamanweb, ia senang untuk cari informasi tentang isu-isu terkini. Pameran-pameran pula dapat menarik perhatian orang yang menggunakan internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian.

      Soalan 2 : 4 - 1 - 0.5 = 2.5 markah
      • Perlu jelaskan isi pada huraian "turut membincangkannya melalui perspektif Islam"
      • Pembetulan
      - "yang" = dibuang, tidak perlu

      Soalan 3 : 6 - 1 - 0.5 = 4.5 markah
      • Konteks yang berbeza "Pameran-pameran pula dapat menarik perhatian orang yang menggunakan internet." = ini lebih menjurus pada orang yang tidak menggunakan internet
      • Pembetulan
      - "dengna " = "dengan"

      Jumlah = 9/14

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1. Dengan zaman kita lebih maju setiap tahun, komunikasi tentu maju juga. Masa yang lebih singkat digunakan untuk menghantar mesej yang diinginkan kepada seseorang. Dengan teknologi baru ini, "Mass Media" diperkenalkan dalam hidup seharian kita, memberi kuasa untuk berkomunikasi kepada ramai orang pada masa yang sama. Lebih jauh kita ke hadapan, lebih susah untuk membahagikan yang benar daripada yang salah. Media sosial ini boleh meyakinkan audiens tertentu dengan pelbagai cara. Darinya adalah kegunaan bahasa yang sesuai, kerana dengan intonasi dan bahasa yang betul, kita mempunyai kuasa untuk membuat orang percayakan kepada kita. Selain itu, visuals juga boleh digunakan, dan boleh ditirukan kerana pada masa sekarang, banyak program yang boleh digunakan untuk membuat orang keliru apa yang benar, dan apa yang tidak.

    2. Dua pengajaran yang boleh saya perolehi daripada artikel ini ialah penggunaan media sosial lebih fleksibel dan tidak tertentu pada sesuatu subjek sahaja, dan kedua, untuk mendapat kesan yang lebih baik melalui kegunaan IT, kita harus mempunyai keinginan yang baik.

    3. Pada pendapat saya, ini mungkin tidak begitu berkesan, walaupun menerusi lelaman internet salah satu cara yang lebih mudah dibuat, penyampaiannya pula bergantung kepada beberapa orang yang tertarik dengan sesuatu subjek/topik. Ia harus melihat "Target Audience". Contoh, jika kita mahu menyampaikan sesuatu kepada warga tua atau kanak-kanak untuk membelajar IT, ia tidak begitu berkesan, tetapi lebih sesuai untuk membuat secara fizikal. Ini juga kerana tidak semua orang dapat akses kepada sebuah komputer/internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Terdapat 2 isi yang tepat tetapi penjelasan terlalu panjang.
      • Pembetulan
      - "kepada" = dibuang, tidak perlu
      - "ditirukan" = "ditiru"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu huraian pada kededua isi.
      • Pembetulan
      - "tertentu" = "tentu"

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian.
      • Salah imbuhan
      - "membelajar " = "belajar"
      - "membuat" = "dibuat"

      Jumlah = 5.5/14

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Ya, saya memang setuju dengan pernyataan tersebut kerana setiap orang mempunyai sebab yang berbeza dalam menggunakan media sosial. Ada yang menggunakan media sosial dengan niat yang jahat seperti untuk mencederakan orang lain. Akhirnya, mereka akan memusnahkan diri mereka sendiri kerana lambat laun mereka akan diketemui bersalah dan dipenjarakan. Ada juga yang menggunakan media sosial dengan niat yang baik seperti menggunakan ia sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu isu ataupun untuk berhubung dengan rakan yang sudah lama tidak dijumpa. Ini adalah sesuatu kebaikan kerana ia memudahkan diri kita dalam berhubung dengan orang di seluruh dunia ini. Oleh itu, ia boleh menguntungkan ataupun memudaratkan berbanding kepada niat si pengguna.

    2. Daripada petikan tersebut, saya dapat mempelajari bahawa terdapat ramai para belia yang tidak menyedari keburukan dan kebahayaan yang terdapat di media sosial. Ini kerana tujuan bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan wadah perkongsian idea bagi para belia dalam membantu usaha masyarakat membanteras pengaruh negatif dan impak sosial IT. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat pengaruh negatif dan impak sosial IT yang harus dibanteras akibat orang yang tidak menyedari kewujudannya. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bahawa masyarakat mempunyai persepsi bahawa setiap orang Melayu mempunyai agama Islam kerana bengkel tersebut dikaitkan dengan agama Islam. Ini menunjukkan bahawa penganjur tersebut membuat andaian yang setiap para hadiri bengkel tersebut mempunyai agama Islam.


    3. Pada pendapat saya, ia tidak berkesan bagi menyampaikan isu yang berkenaan dengan IT menerusi laman web kerana ia tidak begitu bersesuaian. Sebagai contoh, jika informasi yang ingin disampaikan adalah keburukan tentang penggunaan IT, orang ramai akan berasa sangsi tentang informasi tersebut. Ini kerana jika IT memang buruk, informasi tersebut tidak sepatutnya disampaikan melalui laman web iaitu sesuatu penggunaan IT. Namun begitu, saya berpendapat bahawa menyampaikan informasi tentang IT melalui pameran-pameran memang berkesan kerana orang yang melihat pameran tersebut dapat mengutarakan apa-apa soalan kepada orang yang sedang menguruskan pameran tersebut. Oleh itu, informasi yang disampaikan akan lebih berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "lambat laun" = "lambat-laun"
      - "diketemui " = "didapati"
      - "dalam" = dibuang, tidak perlu
      • Salah imbuhan
      - "dijumpa" = "ditemui"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "kebahayaan" = "bahaya"
      - "mempunyai" = "menganuti"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "bagi " = "untuk"
      - "sesuatu " = "tentang"

      Jumlah = 10/14

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1) Saya bersetuju dengan pernyataan ini. Pada pendapat saya, media sosial boleh membawa kebaikan dan juga keburukan untuk diri kita. Kita mempunyai pilihan tersendiri untuk membuat keputusan yang betul apabila berada di media sosial. Setiap seorang daripada kita mempunyai akal untuk membezakan yang baik dan buruk apabila berkomunikasi dengan orang lain di media sosial. Jika kita tidak menggunakan media sosial itu dengan betul, kita akan terpengaruh dengan mereka yang berada di media sosial lalu ia akan memusnahkan kita. Segala apa yang kita buat di media sosial bergantung kepada diri kita sendiri dan mempunyai akibat nanti.

    2) Pengajaran pertama ialah melalui bengkel ini, pelajar akan lebih sedar tentang isu-isu dan kesan-kesan negatif yang terdapat di sosial media. Ini akan membantu mereka untuk lebih berhati-hati apabila berada di media sosial dan tidak senang terpengaruh oleh mereka yang berada di media sosial. Ia juga dapat membantu usahah masyarakat membanteras dan jika boleh, menghapuskan pengaruh negatif dan impak sosial IT.

    Pengajaran kedua ialah ceramah yang diadakan di dalam bengkel ini dibincangkan melalui perspektif agama. Ia adalah sesuatu yang baru dan menarik kerana unsur-unsur agama Islam dimasukkan di dalam ceramah itu dan bagaimana ia mempunyai kaitan dengan sosial media.

    3) Pada pendapat saya, saya rasa ia tidak begitu berkesan untuk menyampaikan isu berkaitan dengan IT menerusi lamanweb dan pameran-pameran. Ini kerana tidak ramai orang yang akan berminat untuk membaca maklumat-maklumat di lamanweb kerana mereka akan rasa bahawa ia tidak menarik dan semua berdasarkan pada fakta dan kajian. Bukan itu sahaja, tidak ramai orang yang akan tahu tentang lelamanweb itu jika ia tidak diiklan dengan baik. Mereka tidak akan membaca maklumat-maklumat yang terletak di dalam lelemanweb itu kerana mereka tidak tahu URL untuk lelamanweb itu. Pameran-pameran juga tidak begitu kesan kerana kebanyakan daripada mereka malas mengunjungi pameran jika ia tidak menarik. Adakala juga, mereka tidak tahu bahawa pameran-pameran itu sedang diadakan kerana ia tidak diiklankan dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "usahah" = "usaha"
      - "di dalam" = "ke dalam"

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Jumlah = 13/14

      Terima kasih.

      Delete
  6. 1) Ya, saya bersetuju dengan pernyataan ini. Pada pendapat saya, terdapat banyak faedah yang boleh diraikan dengan penggunaan media sosial. Ia dapat membenarkan orang ataupun pihak untuk berkongsi informasi kepada khalayak ramai. Berita juga dapat dikemaskinikan secara langsung. Namun, ia juga mempunyai keburukan. Media sosial boleh digunakan untuk berkongsi maklumat yang tidak benar. Tidak semua sumber boleh dipercayai.

    2) Satu pengajaran yang saya telah memperolehi adalah golongan belia memainkan peranan besar bagi membantu usaha masyarakat membanteras pengaruh negatif dan impak sosial IT. Buktinya adalah bengkel yang dianjurkan Madrasah Aljunied Al-Islamiah bersama Persatuan Muhammadiyah Singapura dan Pusat Khidmat Keluarga Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) (Timur) kelmarin melibatkan para belia, kerana mereka yang sering menggunakan media sosial.

    Lagi satu pengajaran adalah kita patut berjaga-jaga apabila menggunakan media sosial. Buktinya adalah terdapat banyak unsur-unsur negatif yang boleh didapati daripada media sosial dan ada kalanya ia juga melanggar peraturan Islam. Contohnya, media sosial boleh digunakan sebagai wadah untuk menaburkan fitnah dan mengumpat, yang seharusnya haram.

    3) Pada pendapat saya, dengan memberikan maklumat menerusi lamanweb serta pameran-pameran, ia berkesan untuk menyampaikan tentang isu berkaitan IT. Ini kerana pengguna media sosial akan ke lamanweb, lalu mereka akan melihat maklumat tersebut. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Ia juga boleh menjadi sesuatu peringatan bagi mereka yang menggunakan media sosial. Pameran-pameran dapat membincangkan isu-isu berkaitan ketagihan dan bahaya penggunaan media sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "Tidak semua" = "Namun, tidak semua"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "memperolehi" = "perolehi"
      - "banyak unsur-unsur " = "banyak unsur" atau "unsur-unsur "

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Elakkan penggunaan peribahasa dalam jawapan kefahaman = akan memanjangkan jawapan kerana perlu jelaskan peribahasa

      Jumlah = 12.5/14

      Terima kasih.

      Delete
  7. 1) Saya setuju dengan pernyataan itu kerana terdapat kesan positif daripada media sosial. Kita boleh berbincang dengan kawan sekolah di sana dan tidak perlu berjumpa muka ke muka. Malangnya, jika kita tidak tahu bagaimana untuk mengawal diri sendiri, kita boleh tergigih kepada media sosial ini dan mereka tidak menghabiskan tugas sekolah mereka. Juga kita boleh melakukan perkara perkara yang di pantang dan/atau tidak digalakkan oleh agama Islam dan mendapat dosa. Dari petikan ‘ isu-isu berkaitan ketagihan dan bahaya penggunaan media sosial...membincangkan unsur- unsur negatif yang boleh didapati daripada media sosial, tetapi turut membincangkannya melalui perspektif Islam.’


    2) Saya mempelajari yang ada kalangan masyarakat yang tidak sedar akan kesan negatif media sosial. Kalangan ini memerlukan pengajaran tentang kesan-kesannya dan juga contoh kes supaya mereka dapat tahu yang terdapat beberapa pengguna media sosial yang tidak tahu bagaimana untuk mengawal diri mereka. Buktinya ‘Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan menyediakan wadah perkongsian idea bagi para belia dalam membantu usaha masyarakat membanteras pengaruh negatif dan impak sosial IT….Rancangan selanjutnya bagi kami adalah mengongsi idea- idea yang dikumpulkan kepada masyarakat umum. Mungkin kami akan menyebarkannya melalui risalah, laman web ataupun menerusi pameran-pameran yang boleh diadakan di Singapore Expo’.

    Kedua, saya mempelajari yang bengkel ini seuatu bengkel yang unik kerana ia membincagkan kesan negatif media sosial dari perspektif Islam. Ini menunjukkan tidak banyak bengkel yang sebab tidak banyak bengkel yang berbincang kesan media sosial dari perskpektif Islam, banyak orang Islam tidak akan sedar akan keburukkan media sosial. Dari petikan ‘Ini merupakan kali pertama forum dan bengkel sebegini diadakan. Selalunya kita mendengar ceramah tentang kebaikan media sosial. Tetapi forum dan bengkel yang kami adakan ini adalah berbeza kerana ia bukan sahaja membincangkan unsur- unsur negatif yang boleh didapati daripada media sosial, tetapi turut membincangkannya melalui perspektif Islam.’


    3) Saya berpendapat yang memberi maklumat melalui menerusi lelaman web serta pameran-pameran sesuatu cara yang efektif kerana ramai orang mengguna lelaman web. Jika mereka memberi dan berkongsi informasi itu dengan kawannya dan mereka menyebarkan informasi itu, tidak dapat dibayang betapa banyak orang akan mempelajari informasi yang penting itu.

    Kedua, menyebarkan maklumat ini melalui pameran-pameran juga berkesan kerana di pameran-pameran, tentu ada ramai orang. Jika maklumat itu disebarkan dalam bentuk poster, ia boleh ditampal atau diberi kepada para pelanggan. Jika ia ditampal, kurang poster harus dicetak tetapi mungkin orang tidak akan melihatnya kecuali reka bentuk poster itu menarik perhatian pelanggan. Jika ia dicetak, lebih poster harus dicetak tetapi lebih orang akan melihatnya. Juga, para pelanggan itu boleh memberi poster itu kepada keluarganya, sepupu, rakan-rakan, pihak sekolah dan banyak lagi. Kini, informasi itu disebarkan dengan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "tergigih" = "tertagih"
      - "perkara perkara" = "perkara-perkara"
      - "di pantang" = "dilarang"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "seuatu" = "sesuatu"
      - "yang sebab tidak banyak bengkel yang" = "yang"
      - "Tetapi" = "Namun"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "mengguna" = "menggunakan"
      - "dibayang" = "dibayangkan"
      - "dengan banyak" = "secara meluas"

      Jumlah = 9.5/14

      Terima kasih.

      Delete