Monday, 19 March 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3HML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.


Petikan : Isnin, 19 Mac 2012, Perkhemahan ajar pelajar adab, kesantunan Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah perkhemahan ini suatu cara yang wajar? Jelaskan.

(6 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

14 comments:

  1. 1. Pada pendapat saya, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar dengan pertama, pelajarnya sendiri dapat mengalami kepentingan budi baik dalam masyarakat dengan seronok. Bukti ini terdapat dalam petikannya apabila Siti Jannatul Arfiyah Moharum, murid Sekolah Rendah Zhenghua berusia 11 tahun, berkata: 'Perkhemahan ini banyak mengajar kami tentang pentingnya bersopan santun dan beradab, terutama kepada orang lebih tua. Saya juga seronok membaca sajak dan membuat persembahan bersama rakan-rakan.'

    2. Dua pengajaran dari cerita ini yang boleh saya dapati ialah pertama, pengajaran tentang budaya dan budi baik kepada generasi baru adalah penting supaya mereka dapat tersedar tentang norma-norma masyarakat untuk diikuti. Ini terjadi supaya kesusahan dapat dielakkan dan kehidupan seseorang dapat dilakukan tanpa terancam. Kedua, kesedaran untuk memupuk kanak-kanak dengan nilai-nilai moral juga amat disebarkan kepada kebanyakan rakyat dan dilihati daripada pihak atasan sebagai sesuatu yang serius.

    3. Pada pendapat saya, perkhemahan mungkin tidak begitu sesuai, kerana apabila terdengar perkataan “perkhemahan” pelajar-pelajar pada umur yang kecil kebanyakan tidak mahu terlibat oleh kerana tidak berana keluar daripada keselesaan yang asyik dialami. Pilihan yang lebih sesuai boleh menjadikan sesuatu karnival atau yang lebih merayu kepada kanak-kanak dengan konsep yang seronok, tetapi juga berfaedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • bahasa yang baik!
      • perlukan tambah 1 isi serta huraian

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 1.5 markah
      • salah imbuhan = "tersedar" kepada "sedar"
      • pembetulan
      - "...untuk diikuti." = "...yang perlu dipatuhi."
      - "Ini terjadi supaya..." = "Ini diperlukan agar..."
      - "...dapat dilakukan tanpa terancam." = "...dapat diuruskan tanpa ancaman."
      - "...amat disebarkan kepada kebanyakan rakyat dan dilihati daripada..." =
      "...perlu disebarkan kepada seluruh rakyat dan ia patut dilihat oleh..."

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4 markah
      • kupasan isi yang sesuai
      • salah ejaan
      - "berana" = "berani"
      • pembetulan
      - "...keselesaan yang asyik dialami." = "...zon keselesaan."
      - "...boleh menjadikan..." = "..boleh adakan..."
      - "...yang lebih merayu..." = "...yang lebih berkesan adalah dengan menarik perhatian kanak-kanak..."

      Jumlah Markah = 7.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1) Pendapat yang perkhemahan itu dapat menjana budi baik dalam diri pelajar bertepatan. Pada pendapat saya, murid-murid diajar kepentingan menghormati orang lebih tua. Dari petikan 'Perkhemahan ini banyak mengajar kami tentang pentingnya bersopan santun dan beradab, terutama kepada orang lebih tua.' Mereka juga belajar aspek budi yang penting dan ini akan memolehkan mereka menjadi manusia arif budiman kelak. Buktinya 'mengenalkan mereka kepada lima aspek budi, iaiu nilai kedirian atau merendah diri, nilai kekitaan, iaitu mengutamakan kepentingan masyarakat, nilai kehormatan, nilai kebudimanan dan nilai keindahan, iaitu berlemah lembut.'

    2) Pertama, saya belajar yang membongkok untuk mencium tangan orang lebih tua adalah tanda yang menunjuk kehormatan. Dari petikan 'perbuatan membongkok sedikit dan bergerak ke tangan orang-orang tua nampak lebih seni dan nampak hormatnya'. Kedua, saya mempelajari yang dalam masyarakat Singapura terkini, nilai dan budi tidak diterapkan ke dalam anak-anak dengan cukup penekanan. Buktinya, 'adalah penting nilai dan budi diterapkan dalam diri anak-anak kerana ia kadangkala kurang diberi penekanan dalam kehidupan masyarakat Singapura hari ini.'

    3) Saya rasa perkhemahan ini satu cara yang wajar kerana murid-murid mempelajari nilai dan budi yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan mereka setiap hari. Kedua, mereka belajar tentang bersopan santun. Kini, mereka dapat beradab keapda orang yang disekelilinginya. Akhirnya, sebab mereka diperkenalkan kepada aspek budi, mereka dapat tahu tentang bagaimanaka untuk lebih berbudi bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • pembetulan
      - buang ayat yang pertama = tidak perlu
      - "kepentingan" = "pentingnya"
      - "Dari petikan.." = "Tukilan daripada petikan ialah..."

      • salah ejaan
      - "memolehkan" = "membolehkan"
      - "iaiu" = "iaitu"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • salah imbuhan
      - "menunjuk" = "menunjukkan"

      • salah kata
      - "kehormatan" = "rasa hormat"

      • pembetulan
      - "Dari petikan..." = "Tukilan daripada teks menyatakan..."

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah
      • kupasan isi yang sesuai
      • salah ejaan
      - "keapda" = "kepada"
      - "orang yang disekelilinginya" = "orang yang berada di sekelilingnya."
      • pembetulan
      - "...sebab mereka..." = "...oleh sebab mereka..."

      Jumlah Markah = 9 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Pada pendapat saya, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Bukti pertama daripada petikan ialah tujuan perkhemaham ini ialah untuk memupuk nilai-nilai murni, adab dan kesantunan Melayu dalam diri pelajar. Oleh kerana itu, ia pasti dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar.

    2) Pengajaran pertama yang saya peroleh daripada petikan ini ialah kepentingan nilai-nilai murni, adab dan kesantunan Melayu. Bukti daripada petikan ialah Majlis Bahasa Melayu Singapura telah menganjur perkhemahan ini. Jika ia tidak penting, pasti Majlis Bahasa Melayu Singapura tidak akan menganjurkan perkhemahan tersebut. Pengajaran kedua ialah membongkok sedikit dan bergerak ke tangan orang-orang tua apabila bersalam lebih baik. Bukti daripada petikan ialah perbuatan membongkok sedikit dan bergerak ke tangan orang-orang tua nampak lebih seni dan nampak hormatnya.

    3) Pada pendapat saya perkhemahan ini suatu cara yang wajar kerana sebuah perkhemahan adalah suatu cara yang menyeronokkan jika dibandingkan dengan sebuah ceramah. Ini kerana peserta perkhemahan ini dalah belajar tentang kepentingannya bersopan santun dan beradab, terutama kepada orang lebih tua. Selain itu, mereka juga membaca sajak dan membuat persembahan bersama rakan-rakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • pembetulan
      - "perkhemaham" = "perkhemahan"

      • perlu tambah 1 isi serta huraian


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • salah imbuhan
      - "kepentingan" = "pentingnya"
      - "menganjur" = "menganjurkan"


      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 = 5 markah
      • kupasan isi yang sesuai

      • salah imbuhan
      - "kepentingannya" = "pentingnya"

      • salah ejaan
      - "dalah" = "dapat"


      Jumlah Markah = 9 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  4. (1) Pada pendapat saya, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Bukti adalah pelajar-pelajar yang menghadiri perkhemahan tersebut diperkenalkan dengan lima aspek budi, iaiu nilai kedirian atau merendah diri, nilai kekitaan, nilai kehormatan, nilai kebudimanan dan nilai keindahan.

    (2) Satu pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita ini adalah budi bahasa tidak dipupuk dalam pelajar-pelajar Singapura, hinggakan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) harus mengadakan sebuah khemah untuk mendidik mereka. Buktinya adalah ia kepentingan budi bahasa dan kesantunan kadangkala kurang diberi penekanan dalam kehidupan masyarakat Singapura hari ini

    Pengajaran kedua adalah budi bahasa juga selaras dengan kurikulum pendidikan moral Kementerian Pendidikan (MOE). Buktinya adalah ia menekankan pendidikan yang membentuk perwatakan dan kewarganegaraan selain kejayaan akademik.

    (3) Pada pendapat saya, pekhemahan ini suatu cara yang wajar untuk medidik pelajar Singapura tentang adab dan kesantunan Melayu. Kini, pelajar-pelajar tidak terbiasa dengan adab budaya sendiri, walaupun mereka berbangsa Melayu. Dengan mengadakan perkhemahan seperti ini, pelajar dapat pendedahan kepada nilai-nilai tersebut. Apabila mereka belajar tentang nilai-nilai, mereka akan mempunyai pembangunan diri yang seimbang dan menjadi insan lebih menyeluruh. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pelajar kerana mereka yang harus mempraktikkan perkara yang mereka telah belajar dalam kehidupan seharian. Jika mereka tidak mempraktikkan, seribu perkhemahan pun tidak akan bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • pembetulan
      - "dengan" = "kepada"
      - "iaiu" = "iaitu"

      • perlu tambah 1 isi serta huraian


      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • kupasan isi yang tepat
      • pembetulan
      - "...tidak dipupuk dalam pelajar-pelajar..." = "...tidak dipupuk dalam diri pelajar-pelajar..."



      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah
      • kupasan isi yang sesuai

      • salah imbuhan
      - "medidik" = "mendidik"



      Jumlah Markah = 12 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  5. 1. Pendapat bahawa perkhemahan tersebut menjana budi yang baik dalam diri pelajar memang bertepatan kerana mereka terdedah kepada nilai-nilai kemelayuan yang penting bagi memastikan kesopan-santunan di dalam masyarakat Melayu. Daripada petikan, ia dikatakan bahawa seorang pelajar yang menghadiri perkhemahan tersebut telah banyak mempelajari tentang pentingnya bersopan santun dan beradab, terutama kepada orang lebih tua. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tersebut setuju yang nilai-nilai yang diajar semasa perkhemahan telah menjana budi yang baik dalam diri mereka dan ia amat penting.

    2. Dua pengajaran yang boleh diperolehi adalah ia penting untuk memupuk nilai-nilai kemelayuan dalam pelajar-pelajar berbangsa Melayu kerana ia akan mengajar mereka untuk menjadi lebih bersopan-santun dan lebih menghormati orang yang lebih tua. Pada zaman kini, ramai pelajar yang berbahasa kasar dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa ataupun guru mereka. Ini boleh dibuktikan kerana nilai bersopan-santun dan menghormati orang yang lebih tua telah diterapkan kepada pelajar-pelajar yang menghadiri perkhemahan tersebut. Jika remaja zaman sekarang bersopan-santun dan menghormati orang tua, nilai tersebut tidak akan diterapkan semasa perkhemahan tersebut. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bahawa perkhemahan tersebut agak berkesan kerana seorang pelajar menyatakan bahawa dia berasa seronok semasa menyertai aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut. Dia juga mempelajari pentingnya sikap bersopan santun.

    3. Pada pendapat saya, perkhemahan tersebut tidak begitu wajar kerana ia tidak begitu bertepatan dengan zaman sekarang. Pelajar zaman sekarang selalunya tidak begitu bersemangat jika ia adalah sesuatu perkhemahan mengenai nilai-nilai kemelayuan kerana mereka tidak bersemangat Melayu. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada budaya-budaya yang lain seperti budaya barat yang mempunyai nilai-nilai yang amat berbeza daripada nilai-nilai kemelayuan. Saya rasakan bahawa sesuatu perkhemahan pengembaraan akan menjadi lebih bertepatan kerana pelajar terkini lebih gemar melakukan sesuatu yang lebih praktikal. Pengembaraan tersebut mestilah mempunyai aktiviti-aktiviti yang mengajar mereka nilai-nilai kemelayuan. Dengan itu, pelajar akan lebih bersemangat dan akan benar-benar sedar tentang kepentingan nilai-nilai tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • bahasa yang baik

      • perlu tambah 1 isi serta huraian


      Soalan 2 : 4 markah
      • kupasan yang baik!
      • cuba elakkan dari menggunakan "seorang pelajar" sebagai bahan bukti kerana ia tidak menggambarkan majoriti

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4 markah
      • kupasan isi yang sesuai

      • salah kata hubung
      - "dengan" = "pada"

      • salah penjodoh bilangan
      - "sesuatu" = "sebuah"

      • salah perkataan
      - "bersemangat" = "berjiwa"
      - "perkhemahan pengembaraan" = "perkhemahan ala pengembaraan"

      Jumlah Markah = 10 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  6. 1) Pada pendapat saya, saya rasa perkhemahan ini dapar menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Ia membantu pelajar mengenal lebih tentang budaya Melayu and pentingnya adab apabila berdepan dengan mereka yang lebih tua, memupuk nilai-nilai diri yang murni dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian mereka. Perkhemahan ini juga mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti membaca sajak dan persembahan drama yang dapat menarik pelajar untuk menyertainya. Bukan itu sahaja, seorang pelajar yang menyertai acara ini juga memberi pandangannnya bahawa perkhemahan ini telah banyak mengajar mereka tentang pentingnya bersopan santun dan beradap terutama kepada orang tua. Pelajar itu juga rasa seronok membaca sajak dan membuat persembahan bersama rakan-rakan. Ini menunjukkan bahawa perkhemahan telah memberi kesan kepada pelajar tersebut dan dia tahu betapa pentingnya bersopan-santun dan berbudi bahasa.

    2) Dua pengajaran yang dapat saya peloreh daripada cerita ini ialah nilai-nilai kemelayuan dan adab sopan santun penting dalam diri pelajar-pelajar Melayu kerana ia dapat membentuk mereka untuk menjadi insan arif budiman dan menjadi insan yang menyeluruh. Mereka akan lebih tahu bagaimana untuk mempersembahkan diri mereka di depan orang ramai supaya tidak akan memalukan diri sendiri dan keluarga. Selain daripada itu, ia lebih baik untuk membongkok sedikit dan bergerak ke tangan orang-orang tua apabila mencium tangan mereka. Ini kerana orang-orang tua akan nampak seseorang pelajar itu mempunyai adab bersopan-santun.

    3) Pada pendapat saya, perkhemahan ini adalah suatu cara yang wajar kerana ia dapat menyedarkan pelajar Melayu tentang pentingnya nilai diri dan juga adab bersopan santun. Ia juga akan membuat pelajar Melayu sedar bahawa mereka harus mempelajari lebih tentang adab Melayu kerana mereka mungkin terpengaruh dengan budaya lain seperti budaya barat. Namun, tidak semua pelajar akan tertarik kepada perkhemahan seperti ini kerana mereka fikir bahawa ia tidak menarik and membosankan. Satu cara untuk menarik perhatian para pelajar ialah untuk mengundang artis-artis popular untuk meriahkan lagi perkhemahan itu dan juga pelbagai permainan yang berkaitan dengan nilai-nilai Kemelayuan supaya pelajar-pelajar akan menjadi lebih rapat dan nilai-nilai yang dipelajari dapat dipratikkan dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • salah ejaan
      - "dapar" = "dapat"
      - "and" = "dan"

      • cuba elakkan dari menggunakan "seorang pelajar" sebagai bahan bukti kerana ia tidak menggambarkan majoriti

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • salah ejaan
      - "peloreh" = "peroleh"

      • salah perkataan
      - "mempersembahkan" = "menampilkan"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah
      • kupasan isi yang sesuai

      • salah kata hubung
      - "kepada" = "dengan"

      • salah imbuhan
      - "meriahkan" = "memeriahkan"

      • salah perkataan
      - "juga" = "mengadakan"

      Jumlah Markah = 10.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete
  7. 1. Pada pendapat saya, perkhemahan tersebut dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Murid-murid tersebut dapat belajar tentang budaya melayu dan juga dapat belajar tentang konsep hormat yang amat penting pada masyarakat kami. Buktinya ada di mana Siti Jannatul Arfiyah Moharum, 11, berkata yang 'Perkhemahan ini banyak mengajar kami tentang pentingnya bersopan santun dan beradab, terutama kepada orang lebih tua'

    2. Dua pengajaran yang saya dapat memperolehi daripada cerita tersebut adalah yang konsep penghormatan dan budaya kami dari masa dulu patut diajar pada generasi sekarng supaya mereka dapat tahu tentang budaya kami dan juga untuk meneruskan menjaga warisan kita. Ini bukti dari petikan di mana. Pengajaran kedua yang saya dapat dari cerita ini adalah kesedaran kanak-kanak zaman sekarang untuk mempelajari tentang hormat dan nilai-nilai moral supaya bila mereka tua dan bekerja mereka tidak dihina atau tidak dikira serius,

    3. Pada pendpat saya, perkhemahan tersebut wajar kerana ia dapat menyampaikan mesej atau pelajaran pada semua yang menghadiri perkhemahan tersebut. Kanak-kanak yang menghadiri perkhemahan tersebut juga akan rasa seronok kerana bersama orang yang sama umur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • salah kata hubung
      - "pada masyarakat" = "dalam masyarakat"

      • salah kata nama
      - "melayu" = "Melayu"

      • cuba elakkan dari menggunakan "seorang pelajar" sebagai bahan bukti kerana ia tidak menggambarkan majoriti

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • salah ejaan
      - "sekarng " = "sekarang"

      • salah kata hubung
      - "yang" = "tentang"

      • salah perkataan
      - "meneruskan menjaga " = "terus melestarikan"

      • 2 isi bertepatan tapi tiada contoh yang jelas.

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • kupasan isi yang sesuai tapi tiada contoh


      Jumlah Markah = 6.5 / 14

      Terima kasih.

      Delete