Tuesday, 3 April 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 3HML)

Petikan : Selasa, 3 April 2012, Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Kunjungan ke Beijing dan Xian ibarat kelas Sejarah di luar bilik darjah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada laporan ini. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah darmawisata perlu dilaksanakan untuk setiap pelajar? Jelaskan. (6 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

10 comments:

  1. 1) Pernyataan tersebut bermaksud bahawa perlancongan ke kedua bandar China itu seperti membelajar tentang sejarah pada waktu sekolah, hanya sekarang kelas bukan berada di dalam kelas, tetapi di luar kelas. Peluang dapat menjejakkan kaki pada tempat yang mempunyai kesan peninggalan sejarah adalah sesuatu peluang yang jarang. Penulis dapat menziarahi tempat-tempat yang mempunyai banyak sejarah seperti Tembok Besar China. Dia juga dapat tahu lebih tentang tempat-tempat tersebut.

    2) Satu pengajaran yang saya telah memperolehi adalah perlancongan boleh dijadikan satu kunjungan di mana kami tidak hanya bermakan angin sahaja, tetapi dapat belajar sesuatu yang baru. Kami boleh menuntut ilmu di mana sahaja.

    Satu lagi pengajaran adalah ia sungguh menarik untuk belajar tentang sejarah sesuatu tempat apabila kita dapat menyaksikan tempat itu dengan mata kita sendiri. Kita dapat mengaplikasikan apa yang kita telah pelajari. Ia juga memberikan kita sesuatu perspektif yang berlainan.

    3) Pada pendapat saya, darmawisata perlu dilaksanakan untuk setiap pelajar. Pelajar tidak patut dikurung dalam bilik darjah sahaja. Jika mereka diberikan peluang untuk keluar dari bilik darjah untuk belajar, tentu seronok. Mereka akan lebih bersemangat untuk belajar. Apatah lagi, mereka akan mendapat pengalaman yang baru. Darmawisata tidak perlu diadakan pada tempat-tempat yang berjauhan. Walaupun mengunjung tempat tempatan, seperti Kampong Glam, ia tetap berdamawisata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "perlancongan" = "pelancongan"
      - "kedua" = "kededua"

      Soalan 2 : 4 - 1 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Perlu kaitkan isi dengan contoh daripada petikan.
      • Pembetulan
      - "memperolehi" = "perolehi"
      - "perlancongan" = "pelancongan"
      - "sesuatu" = "suatu"

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi perlu lebih jelas, ada kaitan dengan petikan
      • Pembetulan
      - "pada " = "di"
      - "mengunjung" = "mengunjungi"

      Jumlah = 8/14
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1) Pernyataan ini bermaksud yang pelbagai fakta yang boleh kita pelajari tentang apa yang terjadi pada masa dahulu melalui perlancongan tersebut, seperti bersolat di Masjid Besar Xian, yang telah berdiri sejak tahun 742 dan juga menikmati patung-patung tanah liat yang dijumpa pada 1974 yang selalu ditemui dalam buku teks sekolah.

    2) Dua pengajaran yang boleh saya perolehi daripada teks ini adalah jika kita mahu sesuatu untuk terjadi, kita mesti merancang dengan keinginan supaya tiada apa-apa yang buruk boleh terjadi. Selain itu, kita harus melihat dunia yang di sekililing kita supaya dapat menikmati keunikannya.

    3) Pada pendapat saya, semua pelajar patut diberi peluang untuk melaksanakan darmawisata kerana dengan mendedahkan pelajar-pelajar pada dunia di luar, dan bukan terperangkap dalam bilik darjah sahaja, mereka dapat pengalaman yang lain dan juga kesedaran yang baru bahawa banyak di sekeliling mereka yang tidak mereka sedari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas.

      Soalan 2 : 4 - 1 - 0.5 = 2.5 markah
      • Perlu kaitkan isi dengan contoh daripada petikan.
      • Pembetulan
      - "sekililing" = "sekeliling"

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi perlu lebih jelas, ada kaitan dengan petikan
      • Pembetulan
      - "banyak " = "banyak ilmu"

      Jumlah = 8/14
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Pernyataan ini bermaksud bahawa kunjungan ke Beijing dan Xian adalah seperti kelas Sejarah tetapi ia sebuah kelas yang tidak diajar di dalam bilik darjah. Bukti daripada teks ialah "Ini memandangkan saya belajar tentang sejarah China dari sekolah menengah hingga ke universiti.". Oleh kerana itu, apabila dia pergi ke Beijing and Xian dia dapat pelajari dengan lebih tentang sejarah China.

    2) Pengajaran pertama yang telah saya pelajari ialah jika saya mengunjungi negeri yang bukan negeri Islam seperti China, ia tidak mustahil untuk mencari sebuah masjid dan makanan halal. Bukti daripada teks ialah "Mentelah lagi, dua bandar itu mempunyai beberapa restoran makanan halal dan masjid bagi memenuhi keperluan pengunjung Muslim.".

    Pengajaran kedua yang telah saya pelajari ialah Tembok Besar China adalah sebuah struktur yang amat dikagumi. Bukti daripada teks ialah "Tembok sepanjang 8,852 kilometer itu dibina dari abad kelima sebelum Masihi hingga abad ke-16 untuk melindungi China daripada puak-puak nomad.".

    3)Pada pendapat saya, darmawisata perlu dilaksanakan untuk setiap pelajar kerana kadang-kala tidak semua pelajaran boleh diajar di dalam bilik darjah. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar patut pergi darmawisata. Walaupun sesuatu boleh diajar di dalam kelas pun, jika pelajar itu pergi berdarmawisata dan melihat apa yang diajar dengan secara fizikal, dia akan lebih memahami apa yang diajar. Sebagai contoh, jika kami belajar tentang 'mangroves' dalam mata pelajaran geografi, kami akan lebih memahami tentangnya jika kami melihat 'mangrove' yang betul dan bukan hanya gambar-gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas.

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi perlu lebih jelas, ada kaitan dengan petikan
      • Pembetulan
      - "bukan hanya gambar-gambar" = "bukan hanya melihat pada gambar-gambar"

      Jumlah = 9.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Pernyataan tersebut bermaksud penulis dapat mempelajari pelbagai perkara mengenai sejarah China seolah-olah dia berada di dalam kelas walaupun dia tidak sebenarnya berada di dalam kelas tetapi di Beijing dan Xian. Sebagai contoh, penulis telah mempelajari pelbagai perkara di Muzium Sejarah Shaanxi. Muzium Sejarah Shaanxi ini dianggap seperti ‘bilik darjah’ kerana dia mendapat informasi dari muzium tersebut.

    2. Pertama, saya dapat mempelajari bahawa ia mungkin sukar tetapi tidak mustahil untuk mencari makanan halal dan masjid di negeri yang bukan Islam seperti China. Daripada petikan, ia dikatakan bahawa penulis dapat mencari makanan halal dan juga masjid walaupun China adalah negeri yang bukan Islam. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa ia lebih berkesan untuk mempelajari sejarah jika kita mengunjungi tempat tersebut. Ia terbukti di dalam teks, “kunjungan ke Beijing dan Xian ibarat kelas Sejarah di luar bilik darjah.” Ini menunjukkan bahawa penulis telah mempelajari pelbagai perkara tentang sejarah seperti di bilik darjah tetapi kunjungannya berasa lebih realistik.

    3. Pada pendapat saya, darmawisata memang perlu dilaksanakan bagi setiap pelajar kerana pengalaman yang dapat diperolehi amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman mempelajari sesuatu di dalam bilik darjah. Selain itu, para pelajar juga dapat meneroka tempat yang dikunjungi. Oleh itu, pembelajaran tidak hanya terhad kepada sesuatu aspek sahaja. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar ingin mempelajari lebih tentang sejarah Kemboja, dia tidak hanya akan mendapat tahu tentang informasi asas sahaja tetapi juga informasi yang menarik seperti ‘Khmer Rouge’. Dengan ini, para pelajar akan dapat berfikir dengan lebih luas dan lebih memahami perkara yang sedang mereka mempelajari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas.

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!

      Soalan 3 : 6 - 2 = 4 markah
      • Isi perlu lebih jelas, ada kaitan dengan petikan

      Jumlah = 10/14
      Terima kasih.

      Delete
  5. 1) Ia bermaksud bahawa kunjungan ke Beijing dan Xian bukan kelas biasa di mana penulis duduk di dalam kelas dan mempelajari semua fakta dan informasi tentang sejarah tempat-tempat itu tetapi penulis dapat keluar daripada kelas dan merasakan sendiri bagaimana pengalaman berada di tempat kunjungan itu dan boleh mempelajari lebih banyak lagi dengan melihat perkakas dan perhiasan yang tidak boleh dilihat di buku teks ataupun internet. Bukti daripada artikel ini ialah penulis mengunjungi Muzium Sejarah Shaanxi yang menyimpan lebih 300,00 khazanah silam dan beliau kagum melihat perkakas yang digunakan oleh masyarakat China seawal abad ke-17. Penulis dapat melihat ddengan mata sendiri artifak-artifak itu dan mempelajari sejarah Beijing dan Xian dengan lebih mendalam.

    2) Pengajaran pertama ialah terdapat beberapa restoran makanan halal dan masjid bagi pengunjung Muslim di Beijing dan Xian tetapi ia mungkin susah untuk mencari restoran-restoran itu lebih lagi jika kita tidak tahu bagaimana untuk ke sana. Pengajaran kedua ialah dengan acara gah Sukan Olimpik 2008, ia telah membangkitkan negara China untuk menjadi apa yang ia telah jadi sehingga kini. Stadium Sarang Burung yang dibina sempena acara sukan itu merupakan antara bangunan unik di Beijing yang kelihatan berkembang pesat. Ini bermakna bahawa dengan adanya Sukan Olimpik pada 2008, ia telah membuat China terserlah dan naik kembali selepas kejatuhan China dahulu.

    3) Pada pendapat saya, darmawisata perlu dilaksanakan untuk setiap pelajar kerana mereka akan dapat mempelajari lebih apabila didedahkan kepada dunia luar. Pengalaman diperolehi apabila belajar di kelas lain daripada belajar sambil berdarmawisata. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang belajar di luar kelas boleh merasa dan juga memegang artifak-artifak yang dipamerkan apabila melawati sebuah muzium. Mereka dapat melihat artifak-artifak itu dengan visual dan membuat kaitan artifak-artifak itu dengan sejarah negara itu. Mereka akan merasakan bahawa berdarmawisata lebih menarik daripada duduk di kelas dan melihat buku teks. Ini akan meningkatkan minat mereka kepada subjek ataupun topik itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas.

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "menjadi apa yang ia telah jadi sehingga kini" = "maju seperti apa yang berlaku sekarang"
      - "bangunan unik" = "mercu tanda"

      Soalan 3 : 6 - 2 = 4 markah
      • Isi perlu lebih jelas, ada kaitan dengan petikan

      Jumlah = 9/14
      Terima kasih.

      Delete