Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3HML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak

$225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib

baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan

pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini dan jelaskan jawapan kamu

dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah khidmat bantuan kewangan yang disediakan TYA dapat

membantu golongan yang memerlukan pada jangka masa panjang? Jelaskan.(6 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

12 comments:

  1. 1) Pada pendapat saya, cara itu berfaedah. Dengan mengadakan acara besar-besaran, ia akan meningkatkan kesedaran khalayak ramai tentang badan-badan yang menolong keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka akan tertarik untuk menderma ataupun menjadi seorang sukarelawan. Badan-badan tersebut dapat mengumpul banyak wang derma melalui acara tersebut. Wang yang dikumpulkan boleh digunakan untuk membiayai khidmat mereka.

    2) Satu pengajaran yang saya telah memperolehi daripada cerita ini adalah walaupun seseorang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah, mereka masih boleh mendapat peluang yang sama seperti orang lain. Terdapat banyak badan-badan yang dapat memberi bantuan seperti wang dan perkhidmatan bagi keluarga-keluarga tersebut.

    Satu lagi pengajaran adalah dengan bantuan yang sesuai, seseorang dapat meningkatkan prestasi mereka. Walaupun seseorang itu datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah, mereka masih boleh mendapat peluang untuk mengambil tuisyen dan sebagainya. Ini membolehkan mereka untuk memperolehi keputusan yang lebih baik.

    3) Pada pendapat saya, khidmat bantuan kewangan yang disediakan TYA dapat membantu golongan yang memerlukan pada jangka masa panjang. Dengan memberikan mereka bantuan kewangan, mereka dapat membiayai pembelanjaan mereka dan mereka tidak perlu merisaukan tentang hal wang. Mereka tidak perlulah bekerja setiap masa. Ini membolehkan mereka untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka dan juga mendidik mereka dengan pengajaran yang penting. Apabila anak-anak mereka dididik dengan baik, mereka akan bekerja keras untuk mendapat masa depan yang baik. Ini menunjukkan bahawa dengan memberikan bantuan wang, TYA dapat membantu golongan yang memerlukan pada jangka masa panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Cadangan = letakkan "cara pertama, cara kedua" agar lebih jelas

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "memperolehi" = "perolehi"
      - "banyak badan-badan" = "banyak badan" / "badan-badan"
      - "mengambil tuisyen" = "mengikuti kelas tuisyen"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "merisaukan" = "risau"
      - "hal wang" = "hal kewangan"
      - "mendapat" = "memperoleh"

      Jumlah = 10.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1) Pada pendapat saya, acara ini amat berfaedah kerana ia dengan jelas telah mendapat sambutan yang positif. Bukti daripada petikan ialah “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.”.

    Selain itu, acara ini berfaedah kerana ramai orang akan tahu tentang badan TYA dan akan menolong mereka. Bukti daripada petikan ialah "Dr Maliki melakukan senaman memanaskan badan bersama sekitar 2,400 peserta acara berlari amal Run & Raisin' 2012 bagi mengumpul dana untuk membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaan khidmat Touch Young Arrows (TYA).".

    2) Pengajaran pertama yang saya boleh pelajari ialah untuk tidak berputus asa walaupun dalam keadaan tersebut ia seolah-olah tidak ada harapan lagi. Bukit daripada petikan ini ialah "Mujur, dengan bantuan dan sokongan adik iparnya dan badan-badan seperti Touch Young Arrows (TYA), satu khidmat oleh Khidmat Masyarakat Touch, ringanlah sedikit beban di bahu."

    Pengajaran kedua yang saya boleh pelajari ialah untuk berasa bersyukur dengan apa yang saya ada, terutama sekali keluarga saya. Walaupun kadang-kala ibubapa saya kecewa dengan saya, mereka masih bekerja untuk memastikan saya dapat pergi ke sekolah, dapat makan dan lain-lain lagi. Bukti daripada petikan ini ialah "Apakan tidak, satu-satunya pencari nafkah keluarganya tidak ada lagi untuk menyara hidup beliau dan dua anaknya yang ketika itu baru berusia tujuh tahun dan dua bulan.".

    3) Pada pendapat saya, khidmat bantuan kewangan yang disediakan TYA tidak dapat membantu golongan yang memerlukan pada jangka masa panjang kerana mereka hanya membantu anak-anak yang berusia antara enam dengan 12 tahun. Ia memang benar bahawa anak-anak tersebut berpeluang untuk menyertai tuisyen, kelas seni dan lain-lain lagi tetapi dia hanya dapat menyertainya sehingga dia berusia 12 tahun. Selepas itu, TYA dapat membantu dia dan keluarganya lagi. Oleh kerana itu, keluarganya akan menjadi susah sekali lagi dan TYA tidak dapat membantu golongan yang memerlukan pada jangka masa panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 = 2 markah
      • Isi & huraian perlu lebih tepat = sebab-sebab ia berkesan

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Cuba kaitkan pengajaran dengan merujuk pada petikan = rasa bersyukur dengan apa yang saya ada kerana saya lebih beruntung jika dibandingkan dengan kelaurga-keluarga yang menghadapi masalah kewangan

      Soalan 3 : 6 - 3 = 3 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian.

      Jumlah = 7/14
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Program TYA berkesan kerana ia merealisasikan potensi anak-anak tersebut dengan memberi mereka aktiviti tambahan yang membolehkan mereka untuk menunjukkan bakat mereka dalam sesuatu perkara atau bidang dengan mendedahkan mereka kepada aktiviti yang mempunyai tujuan dan tema yang lain. Dari petikan, ‘berpeluang menyertai pelbagai permainan, kelas seni, perkhemahan, lawatan dan sesi perkongsian yang dianjurkan TYA.’

    Kedua, TYA itu memberi tuisyen kepada anak-anak yang memerlukannya supaya kurangkan beban ibu bapa mereka. Juga, ia memberi murid itu bantuan dalam sekolah mereka supaya mereka tidak tertinggal dalam kelas. Juga, kelas tuisyen boleh membantu murid memahami konsep-konsep yang diajar dalam kelas. Kini, mereka tidak akan mengalami masalah dalam peperiksaan akibat tidak pasti tentang konsep yang diuji. Mereka akan dapat lihat markah peperiksaan mereka semakin baik dan ini akan membanggakan TYA dan ibu bapa mereka. Buktinya, “'Sekarang nampak jugalah lebih banyak (gred) 'A' yang Annisa dapat di sekolah,' kata Cik Anny.”


    2) Saya mempelajari yang TYA mendapat sokongan publik untuk menderma dan melari untuk membantu murid-murid yang ditolong TYA. Ini memberi masyarakat kesedaran yang ada orang yang kurang beruntung. Dari petikan ‘Annisa ialah antara 300 anak-anak berusia antara enam dengan 12 tahun yang dibantu TYA, yang menyertai karnival dan acara berlari amal Run & Raisin' 2012 bersama ahli keluarga mereka pagi semalam di East Coast Park. Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya. Ia turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Dr Mohamad Maliki Osman, selaku tetamu terhormat.’

    Kedua, saya mempelajari yang anak-anak yang kurang beruntung ini banyak jumlahnya dalam masyarakat kerana terdapat 12 lokasi TYA mengadakan aktivitinya. Atas sebab murid-murid itu mempunyai ibu bapa yang mendapat pendapatan yang agak rendah, mereka tidak akan hantar anak mereka ke tempat yang jauh, jadi TYA membina pejabat mereka berdekatan dengan di mana murid-murid itu berdiam. Dari petikan ‘Selain Marine Parade, Kelab TYA juga menjalankan kegiatannya di 12 kawasan lain - Ang Mo Kio, Bedok, Bukit Merah, Clementi, Eunos, Hougang, Mountbatten, Queenstown, Serangoon, Tampines, Woodlands dan Yishun.’


    3) Pada pendapat saya, tentulah khidmat bantuan kewangan yang TYA menyediakan dapat membantu kanak-kanak yang memerlukannya pada jangka masa panjang. Ini adalah kerana sebab ia membantu mereka dalam jangka masa yang pendek, dengan memberi mereka tuisyen dan peluang untuk merealisasikan potensi mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berbeza. Kini, mereka akan lebih yakin akan diri mereka dan kebolehan mereka. Ini akan memberi mereka keyakinan untuk melakukan perkara dan bukan diam sahaja. Jika mereka melakukan ini, mereka tidak akan kehilangan apa-apa peluang. Tambahan pula, tanpa keyakinan, murid-murid itu akan sentiasa rasa mereka tidak boleh lakuakan apa-apa dengan baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "ditolong" = "dibantu"
      - "Dari petikan" = "Bukti dari petikan adalah....."
      - "tidak tertinggal dalam kelas" = "tidak tertinggal dalam pelajaran di kelas"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "publik" = "orang awam"
      - "dan melari" = "berlari dalam acara larian"
      - "dengan di mana" = "dengan lokasi"
      - "Dari petikan" = "Bukti dari petikan adalah....."

      Soalan 3 : 6 - 1 - 0.5 = 4.5 markah
      • Isi tentang jangka masa pendek dan panjang kurang jelas
      • Pembetulan
      - "menyediakan " = "sediakan"

      Jumlah = 9/14
      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Pada pendapat saya, acara tersebut memang berfaedah kerana ia memberikan sesuatu kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan orang yang kurang bernasib baik. Dengan itu, masyarakat dapat memupuk sikap bertolak-ansur. Selain itu, acara tersebut dapat menolong mereka yang kurang bernasib baik kerana dana yang diperoleh daripada acara tersebut akan digunakan untuk membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik.

    2. Pertama, saya dapat mempelajari bahawa ada orang yang mempunyai banyak potensi tetapi kurang peluang untuk merealisasikannya akibat kesuntukan wang. Berdasarkan teks, ia dikatakan bahawa Annisa mempunyai keluarga yang tidak mampu membiayai kursus baginya. Selepas menghadiri kelas tuisyen yang disediakan oleh TYA, dia mendapat beberapa gred ‘A’ bagi mata pelajarannya. Potensinya tidak direalisasikan dari awal kerana keluarganya tidak mempunyai cukup wang. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bahawa kita tidak sepatutnya memandang rendah terhadap orang yang kurang bernasib baik dalam aspek kewangan kerana mereka mungkin mempunyai lebih potensi daripada diri kita sendiri. Dengan potensi mereka, mereka juga mungkin dapat memudahkan diri kita pada masa hadapan.


    3. Pada pendapat saya, bantuan kewangan yang disediakan oleh TYA dapat membantu golongan yang memerlukan pada jangka masa yang panjang kerana bantuan tersebut juga termasuk kelas tuisyen, perkhemahan, lawatan dan sesi perkongsian. Aktivti-aktiviti ini dapat memperkembangkan kemahiran mereka yang memerlukan dalam pelbagai aspek seperti akademik dan pemikiran luas. Kemahiran yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti tersebut dapat memberikan mereka sesuatu kelebihan apabila mencari kerja untuk menyampung diri mereka dan juga keluarga mereka. Oleh itu, mereka tidak perlu bergantung kepada TYA sepanjang hayat mereka bagi menyampung kehidupan mereka kerana mereka akan mempunyai cukup kemahiran untuk mencari nafkah bagi diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 1 = 3 markah
      • Isi kedua perlu dijelaskan dengan mengaitkannya dengan petikan.

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "memperkembangkan " = "memupuk"

      Jumlah = 12.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  5. 1) Pada pendapat saya, pada konteks ini, cara ini tentu berfaedah kerana mereka dapat menggunakan duitnya untuk menyokong keluarga-keluarga yang miskin, jika tidak ditolong, mereka akan dalam lebih kesusahan seperti penyakit yang boleh didapati daripada kelaparan atau tidak mendapat nutrien dan vitamin yang secukupnya. Dari artikelnya juga, terdapat bukti, "Saya tak mampu memberinya tuisyen dan keputusannya dulu pun cukup makan saja. Sekarang nampak jugalah lebih banyak (gred) 'A' yang Annisa dapat di sekolah,' kata Cik Anny."

    2) Dua pengajaran yang boleh saya perolehi dari petikan ini ialah wang sesuatu halangan dalam hidup yang menghentikan idea-idea dan potensi kita yang menjadikan wang penting dalam hidup, dan kedua, untuk mendapat masyarakat yang berjaya, kita harus memberi antara satu sama lain dan menyokong yang dekat dengan kita. Ini boleh memajukan masyarakat kita bersama.

    3) Pada pendapat saya, TYA tidak boleh menolong pada jangka panjang tetapi keluarganya yang disokong TYA patut berbijaksana dan menggunakan wang yang diberi untuk melabur dalam sesuatu yang membolehkan mereka mendapat pendapatan yang stabil. TYA hanya menolong mengukuhkan tahap kewangan yang asas sahaja, dan itu harus bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian
      • Pembetulan
      - "mereka akan dalam lebih kesusahan" = "mereka akan mengalamai lebih kesusahan"

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu kaitkan isi dengan contoh daripada petikan.
      • Pembetulan
      - "wang sesuatu halangan " = "wang merupakan suatu halangan "

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi perlu lebih jelas, ada kaitan dengan petikan
      • Pembetulan
      - "berbijaksana " = "berfikiran jauh"

      Jumlah = 6.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  6. 1) Pada pendapat saya, cara ini sangat berfaedah kerana dengan wang yang dikumpulkan sebanyak $225,000 itu, ia dapat membantu anak-anak yang tidak begitu bernasib baik untuk meneruskan pelajaran mereka dan keluarga anak-anak itu tidak perlu risau tentang pembiayaian pendidikan anak-anak mereka. Ini dapat memberikan anak-anak itu masa depan yang cerah dan meningkatkan tahap pretasi mereka dalam pelajaran. Selain daripada itu, cara ini boleh menjadikan suatu wadah untuk menyedarkan kepada orang-orang lain yang ada juga anak-anak daripada keluarga yang kurang bernasib baik masih ingin meneruskan pelajaran mereka dan berharap orang-orang lain dapat menderma seikhlasnya supaya mereka boleh merealisasikan potensi mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

    2) Pengajaran pertama ialah masih terdapat badan-badan yang akan membantu keluarga yang kurang bernasib baik dan ia telah dapat mengurangkan beban . Daripada artikel ini, badan-badan seperti Touch Young Arrows telah memberikan bantuan dan sokongan kepada anak-anak daripada keluarga yang kurang pendapatan untuk menyertai dalam program-program tambahan. Kedua, saya pelajari bahawa dengan bantuan badan badan ini, ia dapat menambahkan prestasi anak-anak daripada keluarga yang kurang bernasib baik dan mereka dapat mengenal dan merealisasikan potensi yang tersembunyi. Melalui program-program yang dianjurkan badan tersebut, boleh lihat peningkatan murid-murid dari segi akademik mereka.

    3_ Pada pendapat saya, khidmat seperti ini dapat membantu golongan yang memerlukan pada jangka yang panjang. Ini kerana dengan wang yang dikumpulkan, ia dapat diberikan kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik yang mempunyai anak-anak untuk digunakan untuk aktiviti seperti tuisyen, program tambahan seperti kelas seni dan kelas lukisan. Mereka akan mengetahui bakat dan potensi mereka dan jika mereka keluar bekerja, mereka boleh menggunakan kemahiran ini dan ia akan membantu masa depan mereka. Bukan itu sahaja, dengan badan-badan ini memberikan bantuan wang, ibu bapa tidak akan berasa risau untuk pelajaran anak-anak mereka tetapi mereka boleh menumpukan perhatian mereka untuk bekerja lebih keras untuk menampung pembelajaan harian mereka. Namun, ibu bapa tidak harus bergantung sepenuhnya kepada badan-badan ini dan berusaha untuk mencari nafkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang baik!
      • Pembetulan
      - "badan badan" = "badan-badan"

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!

      Jumlah = 13.5/14
      Terima kasih.

      Delete