Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3HML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada artikel ini dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah latihan jasmani dapat mendisiplinkan diri? Jelaskan.

(6 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

10 comments:

  1. 1) Pada pendapat saya, ia adalah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara. Ini supaya mereka bersedia dari segi fizikal. Buktinya adalah latihan yang diikuti Said Mahdi sebelum dia menjalani Perkhidmatan Negara dapat membantunya menjalani Latihan Ketenteraan Asas (BMT) dan juga latihan di OCS. Ia juga penting kerana ia melatih mereka untuk berdisiplin dan dapat memimpin dengan baik. Kemahiran-kemahiran tersebut dapat dipupuk dengan lebih awal lagi jika mereka melalui latihan sebelum menjalani Perkhidamatan Negara.

    2) Satu pengajaran yang saya telah memperolehi adalah kita boleh mendapat kecemerlangan jika kita bersikap gigih dan tabah. Jika kita tidak bekerja keras, kita mungkin tidak akan mencapai potensi penuh kita. Lagi satu pengajaran adalah untuk mempunyai sikap gigih dan tabah, kita harus berdisiplin. Betapa pentingnya untuk kita berdisiplin, kerana tanpa disiplin, apa-apa pun yang diinginkan atau yang ingin diusahakan agak sukar diperolehi.

    3) Pada pendapat saya, latihan jasmani dapat mendisiplinkan diri. Apabila seseorang melakukan latihan jasmani, mereka harus melakukannya dengan konsisten supaya ia berkesan. Untuk melakukannya dengan secara konsisten, mereka harus mengikuti jadual supaya mereka tidak menyimpang daripada rutin mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga harus tabah apabila melakukan latihan kerana harus memberikan usaha dengan sedaya upaya. Walaupun mereka letih, mereka tetap harus mengikuti jadual untuk berlatih. Ini menunjukkan bahawa latihan jasmani dapat mendisiplinkan diri secara mental dan fizikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Kaitan isi (2) dengan contoh kurang jelas.
      • Pembetulan
      - "memperolehi" = "perolehi"
      - "mencapai potensi penuh kita" = "memaksimakan potensi kita sepenuhnya"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "dengan konsisten" = "secara konsisten"
      - "dengan secara" = "secara"
      - "memberikan usaha dengan sedaya upaya" = "berusaha sedaya upaya"

      Jumlah = 11/14
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Pada pendapat saya, ia penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara kerana ia menyediakan diri kita dalam segi fizikal dan juga mental. Dengan itu, tiada tekanan yang akan dihadapi apabila membuat pelbagai latihan jasmani semasa Perkhidmatan Negara. Selain itu, ia penting kerana ia memberikan sesuatu kesedaran kepada diri kita tentang tanggungjawab terhadap Perkhidmatan Negara. Oleh itu, kita akan berasa lebih bermotivasi untuk berkhidmat kepada negara.

    2. Pertama, saya telah mempelajari bahawa disiplin amat penting dalam mencapai kejayaan. Daripada teks, ia dikatakan bahawa tanpa disiplin, apa-apa pun yang diinginkan atau yang ingin diusahakan agak sukar diperolehi. Ini menunjukkan jika kita mempunyai disiplin, kita pasti dapat berusaha dengan gigih dan akhirnya mencapai kejayaan. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa kita harus mencabar diri kita untuk membuat pelbagai perkara yang sukar kerana ia menjadi sesuatu dorongan untuk mencapai kejayaan. Sebagai contoh, daripada petikan, Said mencabar dirinya untuk menerima latihan di OCS. Dia dikehendaki untuk menjalani kursus keyakinan hutan selama sembilan hari di Brunei. Akhirnya, dia mencapai kejayaan dengan menerima anugerah Pedang Merit.

    3. Pada pendapat saya, latihan jasmani pasti dapat mendisiplinkan diri kerana ia adalah sesuatu perkara yang amat melelahkan. Ia tidak sahaja memberikan tekanan kepada badan kita, tetapi juga kepada minda kita. Badan kita mungkin masih mampu menyambung latihan tersebut, tetapi jika minda kita berfikiran negatif, diri kita tidak akan dapat menyambung latihan jasmani tersebut. Sebagai contoh, jika kita sedang berlari-lari anak dan mulai berasa penat, minda kita akan berfikiran negatif dan tidak menggalakkan diri kita untuk terus sambung berlari. Dengan itu, kita akan berhenti berlari walaupun kita sebenarnya mampu untuk sambung bersenam. Jika kita sering membuat latihan jasmani, diri kita akan terbiasa dengan rutin senaman tersebut, oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "dalam" = "dari"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Kaitan isi dengan contoh yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "dapat berusaha" = "berusaha"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "menyambung latihan" = "meneruskan latihan"

      Jumlah = 12.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Pada pendapat saya, ia penting untuk seseorang mengikuti latihan jasmani sebelum dia menjalani Perkhidmatan Negara kerana ia akan berkhidmat sebagai sebuah persiapan dari segi fizikal sebelum dia menjalani Perkhidmatan Negara. Bukti daripada teks ialah "'Mujur latihan yang saya terima membantu apabila saya menjalani Latihan Ketenteraan Asas (BMT) dan juga latihan di OCS,' ujar bekas penuntut Maktab Rendah Raffles (RJC) itu.".

    Selain itu, latihan jasmani tersebut akan berkhidmat sebagai sebuah persiapan dari segi mental juga kerana ia akan berlatihan orang tersebut untuk tidak berputus asa dengan senang apabila dia melakukan latihan jasmani dan berusaha untuk yang terbaik. Ini juga dapat diaplikasikan kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Bukti daripada teks ialah "Oleh itu, beliau gembira dan teruja setelah muncul sebagai salah seorang penerima Pedang Merit - sebuah anugerah yang diberikan bagi 10 peratus pelatih terbaik di OCS - kelmarin.".

    2) Pengajaran pertama yang saya peroleh daripada artikel ini ialah untuk ada disiplin apabila saya mahu belajar jika tidak, saya tidak dapat fokus dan membuat yang terbaik. Bukti daripada petikan ialah "'Ini kerana tanpa disiplin, apa-apa pun yang diinginkan atau yang ingin diusahakan agak sukar diperolehi,' ujar anak sulung tiga beradik itu.".

    Pengajaran kedua yang saya peroleh daripada artikel ini ialah untuk mencabar diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kadang-kala melalui cabaran itu seseorang dapat melihat potensi sepenuhnya. Bukti daripada teks ialah "WALAUPUN bergiat aktif dalam kegiatan trek dan balapan sejak menuntut di menengah satu, Leftenan Muda (2LT) Said Mahadi Said Iziddin masih mendapati latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) agak mencabar.".

    3) Pada pendapat saya, latihan jasmani dapat mendisiplinkan diri kerana seseorang harus sering melakukannya dan dengan secara konsisten. Untuk melakukannya dengan secara konsisten, orang tersebut harus mengikuti jadual untuk dia ada latihan jasmani. Dengan melakukan sedemikian, ia akan mendisplinkan diri. Sebagai contoh, seorang pemain bola sepak harus berlatih beberapa hari dalam satu minggu. Dia juga harus memastikan bahawa dia menjaga dirinya dan itu akan mendisiplinkan dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "dalam" = "dari"

      Soalan 2 : 4 markah
      • Kaitan isi dengan contoh yang jelas. Baik!

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 4.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "dengan secara" = "secara"
      - "untuk dia" = "agar dia"
      - "satu minggu" = "seminggu"

      Jumlah = 12/14
      Terima kasih.

      Delete
  4. 1) Pada pendapat saya, ia adalah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara kerana latihan tersebut akan membantu kita kerana kita ada pengalaman melakukan latihan tersebut. Dari petikan’ “Mujur latihan yang saya terima membantu apabila saya menjalani Latihan Ketenteraan Asas (BMT) dan juga latihan di OCS”. Tambahan pula, ia menyiapkan diri sendiri untuk cabaran yang lebih amat. Kini, kita akan sentiasa memperbaiki diri sendiri. Buktinya “WALAUPUN bergiat aktif dalam kegiatan trek dan balapan sejak menuntut di menengah satu, Leftenan Muda (2LT) Said Mahadi Said Iziddin masih mendapati latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) agak mencabar. “


    2) Saya mempelajari yang jika kita berusaha dan tidak berputus asa, kita boleh mendapat keuntungan dan meraih kejayaan. Dari petikan “Antara latihan yang dianggap mencabar itu termasuk kursus keyakinan hutan selama sembilan hari yang perlu dijalaninya di kawasan hutan belantara di Brunei. Oleh itu, beliau gembira dan teruja setelah muncul sebagai salah seorang penerima Pedang Merit - sebuah anugerah yang diberikan bagi 10 peratus pelatih terbaik di OCS - kelmarin.”

    Kedua, saya mempelajari tentang kepentingan berdisiplin untuk mencapai apa yang kita ingini. Buktinya “‘Namun lebih penting lagi, latihan itu mengajar saya tentang betapa pentingnya disiplin diri dan bagaimana memimpin dengan lebih baik. 'Ini kerana tanpa disiplin, apa-apa pun yang diinginkan atau yang ingin diusahakan agak sukar diperolehi,' ujar anak sulung tiga beradik itu.”


    3) Pada pendapat saya, ia dapat mendisiplinkan diri kerana kita dipercayai untuk melakukan latihan jasmani tersebut. Kini, kita harus melakukan latihan tersebut jika tidak ingin dimarahi. Kedua, latihan jasmani akan membuat kita ingin membuat sesuatu dengan lebih baik dengan memberi kita matlamat yang lebih tinggi. Kini, kita akan berdisiplin dan berlatih untuk memperbaiki diri sendiri. Akhirnya, latihan jasmani mendisiplinkan diri kerana kita harus sentiasa berfokus supaya tidak tertinggal. Kita harus meneumpukan perhatian keapda apa yang sedang berlaku dan apa yang kita harus lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "cabaran yang lebih amat" = "cabaran yang lebih tinggi"

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah
      • Cuba kaitkan isi dengan contoh dengan lebih jelas.

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas.
      • Pembetulan
      - "dipercayai" = "diberi kepercayaan"
      - "berfokus" = "fokus"
      - "tertinggal" = "ketinggalan"
      - "meneumpukan " = "menumpukan "

      Jumlah = 7.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  5. 1. Pada pendapat saya, ia adalah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum memasuki NS kerana ia menyediakan badan kita untuk aktiviti-aktiviti yang memerlukan banyak tenaga dan usaha. Said Mahdi berkata ia banyak mengajarnya tentang cara-cara memimpin askar, taktik dan strategi pertempuran serta pengetahuan asas ketenteraan. Ini menunjukkan yang ia berguna kerana dapat memberi kita sesuatu gambaran untuk apa yang akan dihadapi semasa NS.

    2. Dua pengajaran yang boleh saya perolehi dari artikel ini adalah pertama, mempersediakan diri kita dari segi fizikal dan mental boleh membantu dalam prestasi kita untuk apa-apa kegiatan pada masa hadapan kerana kita dapat tahu apa yang akan dilakukan. Seperti yang disebut dalam text, "Namun lebih penting lagi, latihan itu mengajar saya tentang betapa pentingnya disiplin diri dan bagaimana memimpin dengan lebih baik."

    Selain itu, disiplin adalah salah satu dari nilai-nilai yang penting untuk kejayaan. Jika kita tidak berdisiplin, kita tidak berfokus, dan itu akan menghalang kita dari mencapai potensi kita yang sebenar. Seperti yang disebut dalam teks, "'Ini kerana tanpa disiplin, apa-apa pun yang diinginkan atau yang ingin diusahakan agak sukar diperolehi."

    3. Pada pendapat saya, latihan jasmani dapat mengukuhkan disiplin kita, tetapi kita harus mempunyai disiplin sebelum itu. Tanpa disiplin, kita tidak dapat membuat latihan jasmani dengan berkesan. Walaupun begitu, latihan jasmani masih tentu dapat mendisiplinkan diri kita kerana kita mengalami kesakitan dan kepedihan untuk kebaikan masa hadapan, yang memaksa kita untuk menjadi lebih berfokus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "menyediakan" = "mempersiapkan"

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Kaitan isi dengan contoh yang lebih jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "mempersediakan" = "mempersiapkan"
      - "dalam prestasi" = "dalam meningkatkan prestasi"
      - "text" = "teks"
      - "salah satu dari nilai-nilai" = "salah satu nilai"

      Soalan 3 : 6 - 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas.
      • Pembetulan
      - "masih tentu dapat " = "pasti dapat "
      - "mengalami kesakitan dan kepedihan" = "perlu mengalami kesakitan dan melalui kepedihan"
      - "lebih berfokus" = "berfokus"

      Jumlah = 8/14
      Terima kasih.

      Delete