Monday, 16 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3HML)

Petikan : Isnin, 16 April 2012, Kawal risiko di dalam talian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Laman rangkaian sosial kian menjadi pelantaran lumayan untuk aplikasi pihak ketiga.” Pada pendapat kamu, mengapakah laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Evaluating :

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada artikel ini dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Creating :

Pada pendapat kamu, adakah rangkaian sosial penting dalam kehidupan remaja? Jelaskan. (6 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 19 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

12 comments:

  1. 1. Pada pendapat saya, laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah kerana terdapat ramai orang yang menggunakannya sebagai wadah untuk bersosial antara satu sama lain. Oleh itu, ia lebih mudah bagi para penjenayah untuk mencari mangsa-mangsa mereka. Selain itu, semakin ramai orang yang lalai apabila menggunakan wadah sosial. Mereka berfikiran bahawa rangkaian sosial selamat dan tidak mungkin mereka akan dibahayakan. Dengan itu, mereka lebih senang ditipu oleh para penjenayah.


    2. Pada artikel ini, saya telah mempelajari bahawa rangkaian sosial seperti gergaji bermata dua. Walaupun ia dapat memudahkan diri kita semasa bersosial dengan rakan-rakan yang lain, ia juga dapat memudaratkan diri kita jika kita memberikan informasi peribadi untuk aplikasi pihak ketiga. Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa rangkaian sosial mempunyai pelbagai kebahayaan jika kita lalai dalam memastikan kesahihan sesuatu aplikasi semasa memberikan informasi peribadi. Sebagai contoh, jika kita memberikan informasi kad kredit kita kepada aplikasi yang bertujuan untuk menipu orang, kita akan kehilangan wang kita tanpa disedari.


    3. Pada pendapat saya, rangkaian sosial memang penting bagi para remaja. Ini kerana mereka selalunya mempunyai pelbagai projek kumpulan untuk diselesaikan dan komunikasi amat penting. Tambahan pula, mereka harus menyelesaikan projek tersebut walaupun mempunyai pelbagai kerja sekolah yang lain. Oleh itu, rangkaian sosial membolehkan para remaja untuk berkomunikasi tentang projek kumpulan tersebut tanpa perlu bersua muka. Ini tidak hanya menjimatkan masa tetapi ia juga dapat mengurangkan beban mereka. Selain itu, rangkaian sosial memberikan para remaja sesuatu pendedahan kepada dunia luar. Pendedahan tersebut termasuk berita dan budaya dunia luar. Dengan ini, para remaja dapat meluaskan perspektif mereka mengenai sesuatu isu dan tidak akan seperti katak di bawah tempurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Kaitan isi dengan contoh yang lebih jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "kebahayaan" = "unsur bahaya"

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!

      Jumlah = 13.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Pada pendapat saya, laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah kerana platform ini merupakan salah satu platform yang dikenali ramai. Dengan itu, para penggunanya juga banyak, lebih lagi kepada kumpulan para pemuda. Tambahan, melalui platform ini, penjenayah dapat mengakses rakan-rakan pengguna dan menghantar e-mel dengan mudah, seperti apa yang ditulis dalam artikel. Ini menjimatkan tenaga untuk para penjenayah kerana ia selesa untuk digunakan.

    2. Dua pengajaran yang boleh saya perolehi dari artikel ini ialah pertama, jangan percaya seratus peratus sesiapa yang kita jumpa di dunia virtual seperti orang yang menghantar e-mel menyatakan boleh dapatkan kita duit dan sebagainya. Mereka boleh mendapatkan informasi peribadi yang boleh mengancam reputasi diri kita. Kedua, kita harus sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan kita, tidak kira di dunia virtual atau yang benar. Kita boleh buat bergitu dengan contoh, bertukar kata laluan dengan kerap dan menjaga siapa kawan kita.

    3. Pada pendapat saya, rangkaian sosial tidak penting setakat kita harus mempunyainya untuk hidup. Platform ini memang tentu dapat memudahkan hidup kita dengan memberikan sesuatu platform hiburan dan untuk melepaskan stres, tetapi kita masih boleh menggunakan platform-platform lain seperti berjumpa secara fizikal. Kita masih tetap boleh melakukan sukan seperti berbasikal, berenang dan sebagainya. Pelbagai kemahiran lain dalam hidup yang masih kita boleh memperbaiki selain permaninan di dunia virtual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!

      Soalan 2 : 4 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "setakat" = "tetapi setakat"

      Jumlah = 13.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Pada pendapat saya, laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah kerana ia adalah tempat yang senang bagi mereka untuk mendapatkan informasi tentang seseorang. Sebagai contoh, akaun Facebook seseorang ada emelnya. Dengan emel tersebut, para penjenayah boleh menjejaki alamat IP orang tersebut. Dengan alamat IP tersebut, para penjenayah boleh menjejaki di mana komputer riba yang digunakan itu untuk melungsuri Facebook.

    Selain itu, laman rangkaian sosial juga adalah sebuah platform yang menggunakan teknologi. Ia bukan sesuatu yang memerlukan perjumpaan bersemuka. Oleh kerana itu, para penjenayah itu boleh bersembunyi di belakang komputer ribanya dan orang tidak akan tahu identitinya. Sebagai contoh, seorang para penjenayah boleh membuka sebuah akaun Facebook untuk membuat kekecohan kepada pengguna-pengguna Facebook dan orang tidak tahu identiti sebenarnya.

    2) Pengajaran pertama yang saya peroleh daripada artikel ini ialah risiko-risiko jika saya bermain permainan di rangkaian sosial. Sebagai contoh, permainan yang percuma di rangkaian sosial itu sebenarnya menghubungkan seseorang dengan sebuah server maklumat yang mengarkibkan maklumat perbadi dan perakaunannya. Oleh kerana itu, seseorang harus berhati-hati apabila dia bermain permainan di rangkaian sosial.

    Pengajaran kedua yang saya peroleh daripada artikel ini ialah cara-cara untuk mengelakkan diri saya daripada menjadi mangsa para penjenayah. Sebagai contoh, seseorang boleh menggunakan kata laluan yang perkasa dan menggantikannya dengan kerap. Selain itu, seseorang itu boleh memasangkan aplikasi keselamatan yang utuh dalam komputernya.

    3) Pada pendapat saya, rangkaian sosial penting dalam kehidupan remaja kerana ini adalah salah satu platform bagi mereka untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan mereka. Tanpa rangkaian sosial, remaja-remaja akan kurang berkomunikasi bersama rakan-rakan mereka. Ini akan menyebabkannya untuk menjadi seseorang anti-sosial dan ia akan menjejasnya apabila dia mahu bekerja di masa depan.

    Selain itu, ia juga adalah sebuah platform bagi remaja untuk berehat selepas mengulangkaji pelajaran untuk beberapa jam. Remaja tersebut boleh bermain permainan-permainan yang ada di rangkaian sosial tersebut supaya dia boleh merehatkan mindanya sebelum dia belajar lagi. Sebagai contoh, remaja tersebut boleh pergi ke Facebook dan bermain sebuah permainan bersama kawannya selepas dia telah belajar bersungguh-sungguh. Oleh kerana itu, rangkaian sosial penting dalam kehidupan remaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "bersemuka" = "secara bersemuka"

      Soalan 2 : 4 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!

      Jumlah = 13.5/14
      Terima kasih.

      Delete
  4. 1) Ia menjadi tumpuan para penjenayah kerana sekarang, ramai orang menggunakan teknologi dan mereka mempunyai akaun rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter. Ini memudahkan penjenayah untuk mencari lebih banyak mangsa dan dia boleh menyamar dirinya menjadi orang lain. Bukan itu sahaja, ia lebih selesa dan senang bagi penjenayah untuk menipu mangsa-mangsa di laman rangkaian sosial kerana di dunia virtual, kita tidak akan bersemuka dengan penjenayah itu lalu kita tidak tahu bagaimana penampilan dan mukanya.

    2) Pengajaran pertama ialah apabila seseorang mengambil bahagian dalam kuiz trivia dalam talian dan sebagainya, dia akan berkongsi maklumat peribadi setiap kali dia membuat kuiz tersebut. Ini kerana permainan talian itu menghubungkan seseorang dengan sebuah pelayan atau server maklumat yang mengarkibkan maklumat peribadi dan perakaunannya. Pengajaran kedua ialah untuk pengguna rangkaian sosial harus proaktif menggunakan kata laluan yang perkasa dan gantikannya secara kerap. Ia dapat mengawal keselamatan maklumat peribadi di rangkaian soail supaya penjenayah tidak dapat mencuri identiti dan menyamar menjadi orang lain.

    3) Pada pendapat saya, rangkaian sosial penting dalam kehidupan remaja kerana usia remaja adalah usia di mana kita masih membesar dan menjalani pelbagi perubahan. Ini adalah masa untuk mereka keluar daripada zon selesa mereka dan menyelesakan diri di dunia virtual. Ini kerana apabila mereka bekerja nanti, mereka akan menggunakan rangkaian sosial untuk berbincang dengan klien. Namun, pada masa sekarang juga, remaja boleh menggunakan rangkaian sosial ini untuk berbincang dengan kawan tentang projek dan juga menanya mereka tentang kerja sekolah jikalau mereka tidak mempunyai telefon bimbit. Ini akan menjimatkan masa mereka kerana mereka tidak harus berjumpa setiap kali mereka ingin berbincang dan mereka boleh membuat perkara lain sambil berbincang. Kawan-kawan mereka juga akan berkongsi berita yang menarik di dunia di rangkaian sosial dan ini dapat menolong remaja lebih sedar tentang apa yang berlaku di dunia dan meluaskan ilmu pengetahuan am mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "soail" = "sosial"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 = 5.5 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "pelbagi" = "pelbagai"

      Jumlah = 13/14
      Terima kasih.

      Delete
  5. 1) Rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah kerana terdapat cara-cara baru untuk melakukan jenayah. Ini membolehkan para penjenayah lebih moden dan mereka sentiasa mengubah cara mereka melakukan jenayah supaya tidak tertinggal dalam zaman teknologi ini. Bukti dari petikan adalah, ‘Risiko dan ancaman terbesar wadah perhubungan digital ini adalah pencurian identiti...memohon wang daripada anda untuk bantuan kecemasan dan sebagainya...menghantar e-mel kepada rakan-rakan anda dan mengakses maklumat peribadi anda dengan cara ini.’

    Kedua, ia adalah mudah untuk para penjenayah untuk melakukan jenayah mereka. Petikan teks ini berkata yang ‘laman seperti ini masih tetap menerima pembangun aplikasi pihak ketiga, termasuk permainan dan membolehkan pembangun mengakses wadah pemprograman mereka...memudahkan pembangun pihak ketiga untuk melancarkan permainan baru dengan kerap. Malangnya, ia juga mendedahkan aplikasi ini kepada kegiatan jenayah seperti pelombongan maklumat dan penghantaran timbunan iklan...anda tidak meninggikan risiko ancaman penceroboh apabila memuat turun dan memasang sebuah aplikasi permainan dalam telefon bijak anda...Namun permainan hebat yang percuma itu sebenarnya menghubungkan anda dengan sebuah pelayan atau server maklumat yang mengarkibkan maklumat perbadi dan perakaunan anda...Begitu juga apabila anda mengambil bahagian dalam kuiz trivia dalam talian dan sebagainya.’


    2) Saya mempelajari yang kita harus prihatin terhadap apa-apa aplikasi yang kita mengguna di rangkaian sosial kerana para penjenayah boleh mencuri maklumat peribadi kita. Kini, mereka dapat mencuri identiti kita. Bukti dari petikan, ‘Apakah risikonya apabila saya menyertai permainan aplikasi (app) Facebook?...Risiko dan ancaman terbesar wadah perhubungan digital ini adalah pencurian identiti’.

    Saya juga mempelajari yang kita harus pastikan kita mempercayai lelaman dan aplikasi yang kita gunakan supaya apa-apa matlumat yang kita memberinya tidak disalah gunakan. Dari petikan ‘Namun permainan hebat yang percuma itu sebenarnya menghubungkan anda dengan sebuah pelayan atau server maklumat yang mengarkibkan maklumat perbadi dan perakaunan anda...Begitu juga apabila anda mengambil bahagian dalam kuiz trivia dalam talian dan sebagainya...Anda berkongsi maklumat peribadi anda setiap kali anda melakukan perbuatan ini...perlu proaktif berbuat demikian. Gunakan kata laluan yang perkasa dan gantikannya secara kerap. Pasangkan pula aplikasi keselamatan yang utuh dalam komputer anda supaya anda sentiasa selamat daripada ancaman jenayah siber.’


    3) Rangkaian sosial adalah penting dalam kehidupan remaja kerana kepada remaja, ia adalah sebuah alat berkommunikasi yang cepat dan efektif. Ini bermaksud mereka dapat berinteraksi dengan rakan-rakannya denganmudah. Ia juga penting bagi remaja kerana pujaan-pujaan mereka (idols) mengguna lelaman sosial tersebut dan ia memberi remaja sebuah platform untuk mengikuti kehidupan mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat berita juga mengguna juga rangkaian sosial. Kini, remaja dapat berita yang terkini dengan lebih mudah daripada surat khabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian yang jelas tapi terlalu panjang.
      • Pembetulan
      - "tertinggal" = "ketinggalan

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah
      • Cuba elakkan daripada gunakan ayat-ayat yang panjang daripada teks, cuba pendekkan dengan menggunakan ayat-ayat sendiri
      • Pembetulan
      - "mengguna" = "gunakan"
      - "matlumat" = "maklumat"

      Soalan 3 : 6 - 0.5 - 0,5 = 5 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!
      • Pembetulan
      - "denganmudah" = "dengan mudah"
      - "mengguna" = "menggunakan"

      Jumlah = 10,5/14
      Terima kasih.

      Delete
  6. 1) Pada pendapat saya, laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah kerana ia kini digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia. Laman-laman tersebut mempunyai banyak maklumat peribadi para penggunanya yang boleh digunakan oleh penjenayah untuk mengeksploitasikan mereka. Laman rangkaian sosial juga memudahkan penjenayah untuk mencuri identiti dan menyamar sebagai seseorang lalu mendorong pengguna yang lain untuk melawat laman jenayah. Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh membuat akaun di laman-laman tersebut.

    2) Pengajaran pertama yang saya telah memperolehi adalah kita harus berhati-hati apabila menggunakan laman rangkaian sosial. Ini kerana kita mungkin terdedah kepada aplikasi pihak ketiga yang boleh menggunakan maklumat peribadi kita untuk digunakan dalam skema penipuan dan sebagainya.

    Pengajaran kedua yang saya telah memperolehi adalah kita boleh mengawal keselamatan kita sendiri di dalam talian. Kita harus proaktif menggunakan kata laluan yang perkasa dan gantikannya secara kerap. Dengan memasangkan pula aplikasi keselamatan yang utuh dalam komputer, kita sentiasa selamat daripada ancaman jenayah siber.

    3) Pada pendapat saya, laman rangkaian sosial adalah penting dalam kehidupan remaja. Kini zaman berteknologi tinggi, dan kemudahan teknologi menjadi sebahagian kehidupan kita. Apatah lagi remaja sekarang dilahirkan pada "Gen Z" (pada tahun 1990 ke atas) di mana mereka terbiasa dengan kemudahan teknologi sepanjang hayat mereka. Mereka bergantung kepada alat-alat elektronik untuk melakukan perkara seharian, dan ini termasuklah bersosial dengan orang lain. Apabila kesemuanya dilakukan secara dalam talian dan bukan bersekemuka, tentulah lelaman rangkaian sosial penting untuk menjalankan fungsi bersosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 4 markah
      • Isi & huraian yang jelas. Baik!

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Jawapan yang tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "memperolehi" = "perolehi"

      Soalan 3 : 6 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!

      Jumlah = 13/14
      Terima kasih.

      Delete