Monday, 16 July 2012

Majlis Perkahwinan - Perbandingan

Para pelajar arif budiman,

Selepas menonton video ini, kamu dikehendaki untuk berkongsi pendapat berdasarkan soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Apakah persamaan di kededua majlis perkahwinan ini?
2. Apakah perbezaan di kededua majlis perkahwinan ini?
3. Pada pendapat kamu, majlis perkahwinan yang mana satu pilihan kamu? Mengapa?


Majlis Perkahwinan A




Majlis Perkahwinan B





Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

11 comments:

  1. 1. Apakah persamaan di kededua majlis perkahwinan ini?
    Terdapat akad nikah di kedua-dua majlis perkahwinan ini. Ia juga termasuk hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan.

    2. Apakah perbezaan di kededua majlis perkahwinan ini?
    Di majlis perkahwinan yang pertama, ia lebih mewah dan terdapat ramai orang yang dijemput manakala di majlis perkahwinan yang kedua, ia kurang mewah dan hanya sepupu yang terdekat sahaja dijemput.

    3. Pada pendapat kamu, majlis perkahwinan yang mana satu pilihan kamu? Mengapa?
    Pada pendapat saya, saya memilih majlis perkahwinan yang kurang mewah kerana saya percaya yang ia agak membazirkan wang untuk membuat majlis yang besar-besaran (kecuali jika saya mempunyai terlalu banyak duit sehinggakan saya tidak tahu bagaimana saya boleh membelanjakannya). Tambahan pula, tujuan sebuah majlis perkahwinan bukanlah untuk menunjuk-tunjukkan harta kita tetapi untuk berkongsi kebahagiaan dengan orang-orang terdekat. Oleh itu, saya lebih gemar majlis perkahwinan yang mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadiah. Adakah kekayaan membolehkan kita berbelanja tanpa sebab-sebab yang baik?

      Delete
  2. 1. Persamaan di kededua majlis ini adalah mereka mempunyai konsep keagamaannya di dalam perkahwinan. Ini dapat dilihat dalam rakaman tersebut apabila ia dipaparkan gambaran masjid dan Al-Quran. Ini menunjukkan kepentingan agama walaupun kita bermaju dalam hidup dengan pernikahan supaya kita juga masih mempunyai adab dan arah yang tertenu dan tidak sesat.

    2. Walaupun kedua-dua video mempunyai konsep keagamaan, video kedua mempunyai lebih penekanan kerana dari mulanya, ia ditunjuk lelaki itu memegang Al-Quran dekat dengan hatinya. Dalam video pertama, ia juga dikhaskan lebih kepada perempuannya dari mula, tetapi di kedua, ia tertumpu kepada lelakinya. Kedua juga dilihat lebih tradisional, tetapi yang pertama seperti lebih moden. Ini juga dapat ditunjuk dengan lagunya, yang pertama menggunakan lagu "pop" dan kedua lebih klasik.

    3. Saya akan memilih yang kedua, kerana ia melihat lebih mudah dirancang, dan mempunyai lebih penekanan kepada tradisi dan keagamaan. Akhirnya, inilah yang akan menolong kita dalam hidup kerana majlis perkahwinan adalah sesuatu acara yang kita akan melepasi untuk menumpukan perhatian kepada kehidupan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Iskandar. Tidakkah majlis perkahwinan hanya berlaku sekali dalam kehidupan? Tidakkah kita ingin mengadakannya secara besar-besaran agar ia lebih diingati?

      Delete
  3. 1. Apakah persamaan di kededua majlis perkahwinan ini?

    Persamaan di kededua majlis perkahwinan ini ialah mereka memasuki acara akad nikah. Sebuah acara akad nikah dilakukan kerana ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan agama.

    2. Apakah perbezaan di kededua majlis perkahwinan ini?

    Perbezaan di kedudua majlis perkahwinan ialah adalah majlis perkahwinan yang pertama adalah sebuah majlis yang dibuat secara besar-besaran. Selain itu, ia berkonsep lebih moden. Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan yang kedua adalah sebuah majlis yang dibuat secara kecil-kecilan yang mudah. Ia juga menggunakan konsep agama yang lebih daripada yang pertama kerana lelaki tersebut memegang Al Quran di permulaan video tersebut.

    3. Pada pendapat kamu, majlis perkahwinan yang mana satu pilihan kamu? Mengapa?

    Pada pendapat saya, saya akan memilih majlis perkahwinan yang pertama jika saya berkemampuan. Sebuah majlis perkahwinan ialah sebuah majlis di mana pengantin baru mahu berkongsi kegembiran mereka bersama kawan-kawan dan keluarga. Oleh kerana itu, jika majlis perkahwinan tersebut dibuat secara besar-besaran, lebih ramai orang dapat berasa gembira bersama-sama dengan pengantin tersebut. Walau bagaimanapun, jika saya tidak berkemampuan, saya akan memilih majlis yang kedua kerana walaupun ia dibuat secara kecil-kecilan, pengantin baru tersebut masih boleh berkongsi kegembiran mereka bersama kawan-kawan dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fatin. Apakah maksud sesebuah majlis pada diri awak? Adakah ia untuk orang ramai berkongsi kegembiraan?

      Delete
  4. 1) Persamaan di kedua-dua majlis perkahwinan ini ialah kedua-dua acara itu mengadakan akad nikah yang mengikut adat resmi budaya Melayu. Kedua-kedua pasangan pengantin melalui proses di mana tok kadi berada di depan pengantin lelaki dan dia harus melafazkan sesuatu ayat. Mereka mengikut kepada unsur-unsur agama.

    2) Perbezaan di kedua-dua majlis perkahwinan ini ialah akad nikah untuk majlis pertama berlaku di dalam rumah dan dibuat secara besar-besaran. Mas kahwin untuk pihak wanit adalah wang. Ramai orang yang menghadiri majlis perkahwinan itu. Majlis perkahwinan itu lebih berkonsepkan kepada unsur-unsur ala barat. Tiada banyak unsur agama yang digunakan dalam majlis ini. Manakala untuk akad nikah majlis kedua, ia dilakukan di masjid dan hanya adik beradik dan saudara terdekat untuk acara itu. Majlis kedua lebih berkonsepkan agama dan mengikuti budaya Melayu dengan teliti. Mas kahwin untuk pihak wanita adalah sebuah Al-quran.

    3) Pada pendapat saya, saya akan memilih majlis perkahwinan yang kedua. Sebuah majlis perkahwinan diadakan ialah untuk memlambangkan ikatan baru yang terjalin antara dua orang dan juga untuk memberitahu sanak saudara terdekat tentang perkahwinan itu supaya pengantin baharu itu tidak akan dituduh sembarangan apabila berjumpa di luar. Acara majlis perkahwinan tidak seharusnya menjadi terlalu megah dan mereka tidak patut menunjuk-nunjukkan kemampuan mereka. Bagi saya, majlis perkahwinan yang kecil sudah cukup bagi saya kerana kebahagiaan antara dua insan lebih penting daripada majlis itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadiah. Jika majlis kecil-kecilan membawa lebih berkat, mengapakah masih ada yang sanggup berhutang hanya kerana ingin majlis yang gah?

      Delete
  5. 1. Apakah persamaan di kededua majlis perkahwinan ini?
    Kededua majlis perkahwinan ini mempunyai acara akad nikah.

    2. Apakah perbezaan di kededua majlis perkahwinan ini?
    Majlis A lebih mewah dan berkonsep moden, dan majlisnya diadakan dalam tempoh tiga hari. Manakala Majlis B kelihatan lebih mudah dan menekankan agama. Majlisnya hanya diadakan untuk satu hari.

    3. Pada pendapat kamu, majlis perkahwinan yang mana satu pilihan kamu? Mengapa?
    Pada pendapat saya, saya akan memilih majlis A. Majlis perkahwinan sepatutnya diraikan dengan besar-besaran kerana ia adalah satu acara yang akan berlaku hanya sekali sahaja dalam kehidupan kita (untuk kebanyakan orang). Walau bagaimanapun, majlis A agak melampaui batas dari segi keagamaan dan kebudayaan. Contohnya, pada permulaan video tersebut, majlis itu bermula dengan sebuah acara mandian bunga yang bertema budaya Greek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Norul. Dengan acara besar-besaran, apakah yang ingin disampaikan pada masyarakat umum? Adakah majlis yang gah menjanjikan keberkatan?

      Delete
  6. Terima kasih atas sumbangan awak. Saya harap kita perolehi pengajaran yang berguna.

    ReplyDelete